omniture

London Calling -- Ciptaan Terbaharu Fragrance Du Bois Peroleh Ilham Daripada Salah Sebuah Bandar Terhebat Dunia

Fragrance Du Bois
2015-11-03 18:16 654

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- 'London Calling', lagu yang ditulis dan dipersembahkan oleh kumpulan rock punk ikonik, British The Clash, telah menjadi siulan selama lebih tiga dekad sejak diterbitkan pada tahun 1979. Cekal dan tegas, The Clash merintis laluan dengan jenis muzik mereka yang unik serta kehandalan yang luar biasa, dan London Calling menarik minat ramai orang pada masa itu. Fragrance Du Bois akan melakukan sesuatu yang serupa dengan wangian baharunya, London Oud, yang dihasilkan untuk pelanggan selebriti dan penduduk London, David Haye, bekas Juara Tinju Heavyweight Dunia.

London Oud merupakan ciptaan terkini bagi jenama wangian Fragrance Du Bois
London Oud merupakan ciptaan terkini bagi jenama wangian Fragrance Du Bois

 

Beberapa ramuan yang terkandung dalam London Oud – Lemon, lavender, nilam, bauan marin, cedarwood, dan akhir sekali – Minyak Oud semula jadi 100% asli daripada Asia Plantation Capital.
Beberapa ramuan yang terkandung dalam London Oud – Lemon, lavender, nilam, bauan marin, cedarwood, dan akhir sekali – Minyak Oud semula jadi 100% asli daripada Asia Plantation Capital.

Matlamatnya adalah mudah; hasilkan wangian berasaskan Oud 100% semula jadi yang asli dan unik yang mencerminkan sejarah serta kemeriahan salah sebuah bandar terhebat di dunia, menghayati kekayaan, kepelbagaian budaya dan warisannya. Eklektik, tetapi menarik, London Oud melambangkan suasana metropolis meriah yang begitu hidup pada masa kini seperti mana ketika The Clash menghasilkan lagunya yang gah sepanjang zaman.

"Apabila David Haye mula-mula menemui kami untuk menghasilkan wangian ini pada tahun 2013," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama di Fragrance Du Bois, "Saya begitu teruja dan juga sedikit gementar. Saya dibesarkan di dan sekitar London, dan telah bekerja di sana selama beberapa tahun dalam industri fesyen. Membantu menghasilkan wangian yang membawa kisah sebuah bandar yang begitu dekat di hati saya, merupakan satu cabaran, tetapi juga satu tugas impian. Saya serta merta mengenal pasti Francois Merle-Baudoin sebagai individu yang tepat untuk menggalas tugasan ini. Beliau telah bekerjasama rapat dengan David, dan sebagai pembuat wangian generasi kelima, yang dilahirkan di Grasse, beliau memahami kerumitan bekerja dengan Oud semula jadi, selain kehendak dan kebiasaan dunia wangian moden. Pada pertengahan tahun 2014, selepas hampir setahun usaha kreatif, wangian ini telah dilahirkan, dan sebaik sahaja kami mengujinya, kami tahu ia akan menjadi sesuatu yang amat istimewa."

Wangian itu bermula seperti pagi musim bunga yang segar di London, dengan kabus yang keluar dari Sungai Thames dan menyelubungi taman-taman serta mengelilingi buku lali mereka yang berjoging pada waktu pagi. Apabila hari mula pagi, begitu juga dengan wangian ini, ketika bauan pudar sitrus dan lavender memberi laluan kepada bau bungaan putih yang kompleks, bersepadan dengan perwatakan meriah bandar ini.

Wangian itu kemudiannya melalui bungaan dan rempah mengasyikkan yang mencerminkan ciri kosmopolitan London, sebelum memasuki tengah hari yang hangat sehingga waktu petang yang nyaman, dengan bauan kayu yang ringan dan beraneka menambahkan perasaan tenang serta sejahtera. Bauan asas Oud yang berani dan mengujakan menyediakan deria untuk menikmati malam mengujakan dengan berparti di salah sebuah bandar terhebat di dunia.

"Kedudukan unik kami sebagai jenama inilah yang membolehkan kami menghasilkan wangian seperti London Oud," sambung Nicola. "Kami memiliki ladang kayu gaharu kami sendiri – diuruskan oleh syarikat perladangan lestari yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital – dan kami dapat membekalkan pembuat wangian kami bukan sahaja dengan minyak Oud terbaik di pasaran hari ini, tetapi juga yang kami ketahui adalah 100% lestari dan daripada sumber yang beretika. Kami tahu dengan tepat dari mana Oud kami diperoleh, kerana kami memiliki pokok-pokok yang menghasilkannya, dan itu memberikan kami kelebihan besar dalam industri ini, membolehkan kami menghasilkan produk kami yang tersendiri pada semua wangian yang kami hasilkan. Paling penting, kami mengetahui bahawa Oud kami adalah tulen dan benar. Fragrance Du Bois, tidak seperti jenama-jenama lain, tidak akan pernah menyokong penggunaan Oud sintetik. Ia tidak akan pernah sama."

Walaupun asalnya diformulasikan sebagai wangian buatan khas untuk David Haye, bekas Juara Dunia itu merasakan adalah satu kerugian untuk tidak berkongsi dengan dunia wangian seluruhnya, dan Fragrance Du Bois gembira dan menghargai kemurahan hati beliau. Hasilnya, London Oud oleh Fragrance Du Bois kini dilancarkan di butik-butik utama jenama itu di Starhill Gallery di Kuala Lumpur, Malaysia, dan di Hotel Fullerton yang terkemuka di Singapura. London Oud boleh didapati tidak lama lagi di butik yang bakal dibuka di City Walk Dubai, bersama jenama rakan kerjasama lain termasuk Jovoy, Paris yang terkenal di seluruh dunia.

Tetapi tidakkah London Oud patut didapati di London sendiri? Fragrance Du Bois sedang mengusahakannya. "Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan jenama kami dan menubuhkan butik kami di Asia dan Timur Tengah," kata Nicola Parker, "kerana di sinilah kisah kami bermula sebenarnya. Kami menghasilkan Oud asli di Asia Tenggara, dan semua ciptaan kami dipengaruhi oleh kepentingan Oud dalam budaya Arab. Namun begitu, industri wangian adalah sesuatu yang global, dan wangian Oud sedang mengalami peningkatan populariti yang mendadak di pasaran barat. Jadi, ya, kami sepatutnya berada di London, dan kami telah meluangkan masa yang panjang untuk mencari gedung besar yang sesuai di bandar ini – Burlington Arcade di Piccadilly, Bond Street dan Knightsbridge yang terkemuka, semuanya di lokasi yang telah kami pertimbangkan. Malangnya, kami masih belum dapat mencari tempat yang tepat yang bersesuaian dengan keperluan kami. Namun ia tidak akan mengambil masa yang lama."

"Saya tidak dapat mengatakan terlalu banyak sekarang," simpul Nicola, "kecuali, kami menjangkakan untuk membuat pengumuman dalam waktu terdekat, dan ia akan menjadi sesuatu yang mengujakan. Sementara itu, kami sibuk dengan pembukaan satu lagi gedung kami di Dubai, di City Walk yang ikonik. Ia merupakan tempat yang digelar 'Pusat Masa Kini', yang amat sesuai. Kami merasakan Fragrance Du Bois sedang mengambil langkah besar dalam dunia wangian, dan masa kami, adalah sekarang."

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel:zureina@fragrancedubois.com
Tel. Bimbit:
 +6013 774 1009

Zaahira Muhammad                                                       
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia         
E-mel:zaahira@fragrancedubois.com                    
Tel. Bimbit:
+6012 203 5344

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian nic mewah yang dilahirkan daripada kekayaan sari alam semula jadi, dihasilkan oleh pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis Grasse abad ke-17. Semua wangian Du Bois dicipta menggunakan 100% minyak Oud tulen yang organik serta bahan-bahan lain yang disumberkan secara lestari daripada ladang-ladang yang diuruskan oleh syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital.

Dengan butik-butik utama di Singapura dan Malaysia, serta ruang wangian eksklusif di Dubai, Hong Kong dan Thailand, Fragrance Du Bois mewujudkan hanya pengalaman terbaik dalam penghasilan wangian buatan khas, sambil mengekalkan etosnya – 'Kemewahan peribadi dengan rasa prihatin'.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali rangkaian luas perniagaan perladangan dan pertanian komersial di seluruh rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat gabungan Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek-projek perladangan yang berbilang budaya dan pelbagai, ditujukan kepada permintaan domestik serta komersial di negara-negara tempat ia beroperasi.

Kini, Asia Plantation Capital merupakan salah satu pengeluar bersepadu vertikal terbesar bagi minyak Oud dan Gaharu di Asia Tenggara, dengan ladang dan projek pertanian di empat benua di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah. Salah satu usaha niaga terbaharunya termasuk kilang pemprosesan dan penapisan gaharu terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Malaysia.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151015/8521506888-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151015/8521506888-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Joint ventures