omniture

Fokus pada Pengembangan Pasaran Jana Prestasi Kukuh Akhir Tahun Rohde & Schwarz

Rohde & Schwarz
2015-11-03 23:27 238

MUNICH, 3 November 2015 /PRNewswire/ -- Rohde & Schwarz berjaya menutup tahun fiskal 2014/2015 mereka. Pendapatan tempahan meningkat 6.1 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, dengan peningkatan perolehan sebanyak 4.1 peratus. Dengan produk berteknologi maju dan unik, kumpulan elektronik itu berupaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam pasaran. Pembangunan perniagaan memfokuskan ujian dan pengukuran serta komunikasi selamat. Selain itu, kumpulan itu juga memperluas aktiviti keselamatan siber mereka dengan ketara.

Pada tahun fiskal 2014/15 (Julai hingga Jun), Rohde & Schwarz mencatatkan peningkatan pendapatan tempahan kepada lebih EUR 1.9 bilion dan menjana perolehan kira-kira EUR 1.83 bilion. Pada penghujung tahun fiskal tersebut, syarikat itu memiliki 9,900 orang kakitangan, berbanding 9,800 orang pada tahun sebelumnya.

Wakil media:

Eropah (ibu pejabat): Monika Roth, Telefon: +49-89-4129-12232, E-mel: press@rohde-schwarz.com

SUMBER  Rohde & Schwarz

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Earnings