NEW HAVEN, Connecticut, 5 November 2015 /PRNewswire/ -- Pelli Clarke Pelli Architects telah menyiapkan kampus untuk Yale-NUS College di Singapura, kolej pertama Yale yang ditubuhkan di luar New Haven, CT. Kampus ini terletak bersebelahan dan bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Singapura.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151030/282426
Dengan kerjasama Forum Architects dari Singapura, PCPA telah mereka bentuk tiga buah kolej kediaman dan dua buah bangunan, mewujudkan sebuah kampus kediaman/pembelajaran yang dinamik. Sebuah kolej keempat sedang dirancang. Secara intelek dan sosial, para pelajar menghuni persekitaran yang meriah dan ceria; berinteraksi secara bersahaja dengan fakulti dan pihak pentadbir di luar pejabat dan bilik kelas formal; dan berkumpul bersama rakan-rakan dalam pelbagai ruang terbuka. Laman luar bangunan menyediakan persekitaran yang tenang untuk menyeimbangkan kesibukan pembelajaran.
"Pendekatan kami terhadap rekaan kampus Yale-NUS adalah untuk menggabungkan kesesuaian model kolej kediaman kampus Yale dan seni bina Asia, dengan iklim Singapura yang mempengaruhi banyak perincian," kata Pengetua Mariko Masuoka AIA, yang mengetuai pasukan reka bentuk PCPA. "Akhirnya, rekaan ini bukanlah sekadar kolaj ringkas bagi unsur-unsur seni bina daripada dua tradisi tetapi merupakan tindak balas unik terhadap program dan konteks."
Di pintu masuk utama, ruang tangga berdinding kaca dan deretan tiang dilitupi bumbung condong ke dalam berskala besar. Sebuah jendela bulat persegi di tengah-tengah bumbung membolehkan aliran air hujan mengalir secara terkawal ke dalam sebuah kolam memantul berbentuk bulatan yang besar di bahagian bawah. Kawasan Pembelajaran adalah bangunan pertama yang kelihatan, terletak terus berhadapan dengan laman tengah, berada di kedudukan tertinggi di tapak tersebut. Bersebelahannya adalah Agora, sebuah ruang perhimpunan bertutup untuk aktiviti kampus dan penglibatan pelajar. Laman itu dihiasi landskap taman yang indah, enam pohon tua dan sebuah kolam eko. Bangunan akademik Teras Timur dan Barat mengapit kawasan laman dan boleh dilalui menerusi laluan berpenghadang matahari dan hujan.
Pelajar-pelajar tinggal dan belajar bersama rakan-rakan dan profesor-profesor mereka dalam suasana yang inklusif. Tiga buah kolej kediaman terdiri daripada bilik-bilik kelas, serta ruang fakulti dan kediaman pelajar. Menara kediaman pelajar disusun menjadi komuniti bertingkat vertikal. Tiga puluh taman puncak mencirikan kejiranan ini dan berfungsi sebagai gerbang angin untuk menghalakan bayu melalui taman-taman puncak. Setiap menara terletak di atas sayap bangunan dua dan tiga tingkat, terdiri daripada bilik-bilik kelas, pejabat pentadbiran, dewan makan dan laman berlandskap tertutup.
Kampus ini telah menerima Anugerah Platinum Green Mark daripada Lembaga Bangunan dan Pembinaan Singapura pada tahun 2013, dan merupakan institusi pendidikan pertama menerima pensijilan Rangka Kerja Penilaian Kecemerlangan Landskap pada tahun 2014, daripada NParks, Singapura.
Latar Belakang Pelli Clarke Pelli Architects
Diasaskan pada tahun 1977 dan dipimpin oleh Cesar Pelli FAIA, RIBA, JIA, Fred Clarke FAIA, RIBA, JIA, dan Rafael Pelli FAIA, LEED AP, Pelli Clarke Pelli Architects merupakan sebuah firma yang terkemuka di peringkat antarabangsa. Sejarah kolaborasinya yang panjang dengan Universiti Yale bermula apabila Cesar Pelli menjadi Dekan Sekolah Seni Bina Yale dari tahun 1977 hingga 1984 dan Fred Clarke pula merupakan pengkritik pelawat dari tahun 1977 hingga 1982. Hasil kerja firma itu untuk Yale termasuk Pusat Kejuruteraan Daniel L. Malone dan Pusat Perubatan Molekul Boyer, selain pelan induk untuk kampus sains.