SINGAPURA, 12 Dis, 2012 /PRNewswire/ --
DHL Global Forwarding mengangkut kargo sensitif suhu bernilai tinggi, Wiski Malt Tanah Tinggi Lama Jarang MacKinlay yang ditinggalkan di Antartika selepas kegagalan ekspedisi Shackleton.
DHL Global Forwarding, pakar pengangkutan udara dan laut dalam Deutsche Post DHL, telah mengembalikan tiga botol Wiski Malt Tanah Tinggi Lama Jarang MacKinlay 1896,yang berusia hampir 120 tahun, melalui udara dan jalan dari Scotland ke New Zealand. Wiski itu telah ditinggalkan di Antartika oleh peneroka Britain Ernest Shackleton selepas satu ekspedisi yang gagal pada 1909.
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/12/10/20121210104535641564.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/12/10/20121210104643100921.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/12/10/20121210104744475923.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2010/09/02/20100902467742-l.jpg )
"Kami menghabiskan berminggu-minggu merancang operasi ini, menyiasat pelbagai pilihan perjalanan dan laluan berbeza untuk mengangkutnya dari Scotland ke New Zealand. "Setelah tertanam di dalam ais Antartika selama lebih daripada 100 tahun, wiski itu adalah amat berharga; ini memberikan kami peluang untuk menunjukkan kepakaran kami dalam penghantaran kargo berharga," kata Alan Davis, Pengarah Serantau, Pengangkutan Udara Scotland, DHL Global Forwarding.
Wiski itu dibungkus khas untuk keseluruhan perjalanannya. Ia kemudian disimpan di dalam bekas yang selamat dan dihantar melalui Dubai ke Christchurch, New Zealand. DHL mengangkut wiski itu ke sebuah kemudahan yang selamat di Christchurch sebelum kembali ke Antartika.
"Kami memilih DHL untuk penghantaran ini kerana DHL telah memberikan kami perkhidmatan yang cemerlang dari dahulu sehingga kini dan kami mempercayai mereka dengan penghantaran yang bernilai tinggi ini. Ini adalah satu projek yang unik, peluang yang jarang dalam seumur hidup, jadi ia adalah penting bagi kami untuk melakukannya dengan betul," kata Hazel Clark, Pemimpin Pasukan Operasi Pelanggan Antarabangsa, Whyte & Mackay.
Peneroka Ernest Shackleton telah mengambil beberapa botol wiski dalam ekspedisinya ke Antartika pada tahun 1907, kemudian meninggalkannya di sana apabila ekspedisi beliau gagal untuk sampai ke Kutub Selatan.
Pada tahun 2010, tiga botol wiski telah digali oleh konservator Amanah Warisan Antartika (New Zealand). Kemudian, sepeti wiski diterbangkan ke New Zealand dan dinyahsejuk-beku secara berhati-hati di Muzium Canterbury. Tiga botol wiski bersejarah itu kemudiannya diterbangkan ke Scotland, tempat penyulingan Whyte & Mackay, yang kini memiliki jenama MacKinlay, menganalisisnya secara saintifik. Sejak itu, Whyte & Mackay telah mencipta semula wiski yang berusia seabad itu.
- Tamat -
Anda boleh mencari siaran akhbar untuk dimuat turun serta maklumat lanjut di http://www.dp-dhl.com/pressreleases
Di Internet: www.dp-dhl.com/press
Ikuti kami: www.twitter.com/DeutschePostDHL
DHL - Syarikat logistik untuk dunia
DHL merupakan pemimpin pasaran global dalam industri logistik dan "Syarikat Logistik untuk dunia". DHL menggunakan kepakarannya dalam pengangkutan ekspres antarabangsa, udara dan laut, jalan dan rel, logistik kontrak dan perkhidmatan pos antarabangsa pada pelanggannya. Sebuah rangkaian global yang merangkumi lebih daripada 220 negara dan wilayah dan kira-kira 275,000 pekerja di seluruh dunia; ia menawarkan pelanggan perkhidmatan yang berkualiti dan pengetahuan tempatan yang terunggul bagi memenuhi keperluan rantaian bekalan mereka. DHL melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menyokong perlindungan iklim, pengurusan bencana dan pendidikan.
DHL merupakan sebahagian daripada Deutsche Post DHL. Kumpulan ini menjana hasil keuntungan sebanyak 53 bilion Euro pada 2011.
Untuk maklumat lanjut: www.dp-dhl.com
SUMBER: DHL