omniture

ThyssenKrupp Perkenalkan MULTI, Sistem Lif Tanpa Tali Pertama Dunia - Model Skala Pertama Dilancarkan dengan Empat Kabin dalam Operasi Berterusan

ThyssenKrupp Elevator AG
2015-11-05 19:00 299

ESSEN, Jerman dan GIJON, Sepanyol, 5 November 2015 /PRNewswire/ -- Pada 5 November 2015, hanya setahun selepas mengumumkan konsep teknologi lif MULTInya yang mengubah industri, ThyssenKrupp memperkenalkan model skala 1:3 berfungsi penuh di Pusat Inovasinya di Gijón, Sepanyol. Sistem MULTI menggunakan motor linear dan bukannya tali, yang membolehkan pergerakan mendatar dilakukan dan mengubah pengangkutan lif konvensional menjadi sistem metro vertikal. Teknologi lif MULTI mampu meningkatkan muatan dan kecekapan pengangkutan, di samping mengurangkan saiz lif dan bebanan puncak daripada bekalan kuasa di dalam bangunan.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151102/282845)

Diperkenalkan dalam operasi buat kali pertama hari ini, sistem MULTI mewakili mercu tanda revolusi dalam industri lif. Model skala pertama ini, dengan dua turus 10 meter dan empat kabin, menggunakan teknologi motor linear berasaskan tren apungan magnetik Transrapid. Tanpa sebarang kabel dan berbilang kabin bagi setiap turus, MULTI akan mengubah cara manusia bergerak di dalam bangunan. Inovasi terkini daripada ThyssenKrupp ini mengikuti sistem ACCEL yang baru diperkenalkan, yang turut mengaplikasikan teknologi motor linear yang sama dan mengubah mobiliti antara jarak dekat di bandar-bandar serta lapangan terbang.

Mengulas tentang pencapaian ini di Pusat Inovasi tersebut, Andreas Schierenbeck, Ketua Pegawai Eksekutif ThyssenKrupp Elevator berkata, "Seperti yang kami janjikan 12 bulan lalu, hari ini kami mempersembahkan model pertama sistem lif MULTI tercanggih kami. Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan kami berada pada saat yang tepat untuk merealisasikan teknologi pengangkutan tercanggih ini. MULTI akan menjadi jawapan kami kepada cabaran akan datang: seiring dengan evolusi pembinaan bangunan, ia juga perlu untuk menyesuaikan sistem lif agar dapat memenuhi keperluan bangunan dan bilangan penumpang yang ramai dengan lebih baik. MULTI mewakili detik penuh kebanggaan dalam sejarah ThyssenKrupp dalam menyampaikan inovasi yang menerajui pasaran yang dapat memenuhi keperluan mobiliti masa kini sebaiknya."

Untuk maklumat lanjut kunjungi: http://www.multi.thyssenkrupp-elevator.com dan http://www.thyssenkrupp-elevator.com

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/113002/bild / -

Hubungi
Michael Ridder
Ketua Hubungan Media
ThyssenKrupp Elevator AG
+49-201-844-563054
E-mel: michael.ridder@thyssenkrupp.com
Laman Sesawang: http://www.thyssenkrupp-elevator.com

Source: ThyssenKrupp Elevator AG
Keywords: Construction/Building Machinery Real Estate New products/services