omniture

MetaTrader 5 Dilancarkan Langsung di SAFEX oleh Broker Afrika Selatan 28E Capital

MetaQuotes Software Corp.
2015-11-05 19:32 365

JOHANNESBURG, 5 November 2015 /PRNewswire/ -- Salah satu broker terkemuka Afrika Selatan 28E Capital dengan rasminya melancarkan MetaTrader 5 di Bursa Niaga Hadapan Afrika Selatan (SAFEX). Ini telah berjaya dilakukan melalui penyertaan aktif Ejen Rasmi Afrika Selatan MetaQuotes Derivative System Technologies .

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323 )

Para pelanggan 28E Capital ditawarkan untuk mendagangkan ALSI (40 Indeks Niaga Hadapan Terbaik JSE) dan ALMI (40 Indeks Niaga Hadapan Mini Terbaik JSE) menggunakan kefungsian platform dagangan beraneka miliknya yang paling popular. Dagangan CFD terus bagi Dagangan Saham Afrika Selatan akan disediakan dalam masa terdekat. Anda boleh memuat turun demonstrasi platform MetaTrader 5 secara terus daripada laman sesawang 28E Capital di http://www.28e.co.za/.

28E Capital merupakan ahli broker khidmat penuh Bursa Saham Johannesburg (JSE), selain SAFEX. Sebagai ahli penuh Bursa Saham Johannesburg, 28E Capital menawarkan dagangan dalam semua saham yang tersenarai di JSE dan semua terbitan yang terdapat di Bursa Niaga Hadapan Afrika Selatan seperti Niaga hadapan saham tunggal, Niaga hadapan pertanian, Niaga hadapan mata wang, Indeks niaga hadapan kewangan, komoditi, CFD dan opsyen.

"Kami berbesar hati kerana dapat menawarkan pilihan tambahan kepada pelanggan-pelanggan kami melalui MetaTrader 5," kata Hugo Gous, Pengarah 28E Capital. "Ini akan membolehkan pelanggan kami membangunkan, menguji dan bertukar-tukar strategi dagangan algoritma di SAFEX dan dalam CFD. Kami amat teruja dengan peluang baharu ini."

"Kami amat gembira kerana 28E Capital menyertai kami sebagai broker Afrika Selatan pertama menggunakan Gerbang MetaTrader 5 yang telah kami bangunkan untuk SAFEX," kata André van der Walt, Ketua Pegawai Eksekutif Derivatives System Technologies. "Ini merupakan saat yang amat mengujakan, memandangkan buat kali pertama di Afrika Selatan, para pedagang mampu membangunkan robot dagangan untuk strategi dagangan ALSI mereka dan menggunakannya secara terus melalui akaun sebenar!"

Latar Belakang MetaQuotes Software
Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform dagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda niaga MetaTrader. Organisasi ini dikenali di peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian kewangan. Platform dagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh lebih 750 buah syarikat pembrokeran dan bank di seluruh dunia.
http://www.metaquotes.net

Latar Belakang 28E Capital
28E Capital ditubuhkan oleh Carlo Amorim, Hugo Gous, Sarel Snyman dan Dirk Van Den Berg. Pada masa itu, rakan-rakan kongsi tersebut mempunyai hampir 80 tahun pengalaman dalam pasaran kewangan. Sebagai ahli penuh Bursa Saham Johannesburg, 28E Capital menawarkan dagangan dalam semua saham yang tersenarai di JSE dan semua terbitan yang terdapat dalam Bursa Niaga Hadapan Afrika Selatan. 28E Capital menduduki tangga ke-9 dalam tinjauan Broker Saham Terbaik 2015 dan berada di tangga kedua dalam tinjauan pilihan Masyarakat.
http://www.28e.co.za

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology New products/services