omniture

Zubin Karkaria Dilantik Sebagai KPE Kuoni Group

VFS Global
2015-11-10 11:24 303

ZURICH, Nov. 10, 2015 /PRNewswire/ -- Warga India Pertama yang Mengetuai Syarikat Perkhidmatan Pelancongan Beribu Pejabat di Switzerland

Zubin Karkaria, Ketua Pegawai Eksekutif VFS Global, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kuoni Group – syarikat induk VFS Global dan salah satu penyedia perkhidmatan pelancongan terkemuka dunia – berkuat kuasa mulai 05 November 2015. Beliau merupakan warga India pertama yang dilantik sebagai ketua syarikat perkhidmatan pelancongan berusia 109 tahun itu, dan pada masa yang sama beliau akan terus menjawat jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif VFS Global. Beliau akan terus bekerja dari Dubai, UAE.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151109/772898)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150528/747609-a)

Kuoni sedang giat melaksanakan satu perubahan hala tuju strategik yang mana ia tidak lagi menjalankan perniagaan pengendalian jelajah tradisional mereka dan sedang meningkatkan fokusnya dalam tiga aktiviti teras – pengagihan pelancongan global, perkhidmatan destinasi, dan perkhidmatan visa – yang mana ia memegang kedudukan peneraju dalam ketiga-tiganya. Selepas meninggalkan perniagaan pengendalian jelajah, Kuoni menyasarkan untuk mendorong pelaksanaan strategi korporat baharunya itu, dan akan menjadi salah satu keutamaan penting Encik Karkaria menerusi jawatan baharu beliau.

Zubin Karkaria, 47, menubuhkan VFS Global pada tahun 2001 dan mengembangkan perkhidmata syarikat itu dengan jayanya sebagai peneraju global dalam perkhidmatan visa untuk kerajaan seluruh dunia. Menerusi Kuoni Group, Divisyen VFS Global telah memperlihatkan pertumbuhan dan keuntungan tertinggi. VFS Global berkhidmat untuk 32 pelanggan kerajaan, dengan 314 pusat permohonan visa merentasi 19 buah bandar di negara itu. Syarikat itu telah berkhidmat untuk Kerajaan India sejak tahun 2008, menerusi 8 buah negara.

Memetik kata-kata Heinz Karrer, Pengerusi - Kuoni Group, "Kuoni Group telah ditukarkan daripada syarikat pelancongan menyeluruh yang mengusahakan pelbagai aktiviti yang sangat berbeza menjadi penyedia perkhidmatan global tertumpu untuk industri pelancongan profesional serta kerajaan. Lembaga Pengarahnya telah memutuskan untuk mendorong pelaksanaan hala tuju strategik baharu ini, dan kami sangat yakin Zubin Karkaria, yang telah berjaya membangunkan VFS Global menjadi peneraju global, akan dapat membawa Kuoni Group mara ke hadapan."

Latar Belakang Zubin Karkaria

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang perdagangan daripada Universiti Mumbai, dan menghabiskan pengajian beliau dalam Pengurusan Perniagaan dari Mumbai, Encik Karkaria menyertai industri pelancongan pada tahun 1989. Beliau menyertai SOTC pada tahun 1991 dan beliau bersama SOTC semasa ia diambil alih oleh Kuoni Group pada tahun 1996. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Divisyen Pengendalian Jelajah India Kuoni pada tahun 1999, dan semasa tempoh ini, beliau menubuhkan VFS Global. Kemudian, beliau menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pembangunan Perniagaan untuk Kuoni India pada tahun 2003. Pada tahun 2005 beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kuoni India dan Asia Selatan, bertanggungjawab untuk semua unit Kuoni India – Pengendalian Jelajah, Pengurusan Destinasi, Pelancongan Perniagaan, dan Akademi Kuoni, sambil turut membangunkan secara serentak perniagaan VFS Global menjadi peneraju global dalam bidangnya (sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mulai tahun 2010). Pada Mac 2013, sejajar dengan pembangunan VFS Global sebagai Divisyen Kuoni Group yang penting, Zubin Karkaria dilantik ke dalam Lembaga Eksekutif Kuoni Group dan pada 5 November 2015 beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kuoni Group.

Latar Belakang Kuoni Group

Kuoni Group, sebuah syarikat berusia 109 tahun yang disenaraikan di Bursa Saham Zurich, merupakan penyedia perkhidmatan terkemuka untuk industri pelancongan global serta kerajaan dengan kedudukan peneraju dalam bidang aktivitinya serta prospek pertumbuhan mampan, yang memberi tumpuan khusus kepada Asia. Kuoni Group menjana pusing ganti sebanyak CHF 3.4 bilion pada tahun fiskal 2014 dan menggajikan kira-kira 8,000 orang (FTE) setakat hujung tahun 2014. Kumpulan itu mempunyai tiga divisyen perniagaan utama - Global Travel Distribution, Global Travel Services dan VFS Global. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.kuoni.com

Latar Belakang VFS Global

VFS Global merupakan pakar perkhidmatan penyumberan luar dan teknologi terbesar dunia untuk kerajaan dan misi diplomatik seluruh dunia. Dengan lebih 1837 Pusat Permohonan, beroperasi di 122 buah negara merentasi lima buah benua dengan lebih 110 juta permohonan diproses setakat 30 September 2015, VFS Global memenuhi kepentingan 48 pelanggan kerajaan. Operasi VFS Global di seluruh dunia diperakui oleh ISO 9001:2008 untuk Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 27001:2013 untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dan ISO 14001:2004 untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.vfsglobal.com.

Wakil Media
Shaily Vaswani
Tel: +91 91672 10887
ShailyV@vfsglobal.com
VFS Global

Source: VFS Global
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Travel Personnel announcements