omniture

Gam Akasia, Bahan Semula Jadi Tidak Dikenali Terdapat dalam Kebanyakan Produk Makanan Biasa

Alland et Robert
2015-11-10 10:00 734

PARIS, 10 November 2015 /PRNewswire/ -- Alland & Robert, sebuah syarikat Perancis yang ditubuhkan 131 tahun lalu ialah peneraju antarabangsa masa kini untuk Gam Akasia, bahan semula jadi dan selamat yang sering digunakan dalam industri makanan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7681351-alland-robert-acacia-gum-food/

Gam Akasia ialah eksudat sayuran yang boleh dimakan, diperoleh daripada pokok akasia. Ia boleh mengalir sama ada secara semula jadi atau hasil daripada torehan yang dibuat pada batang pokok tersebut. Bukan sahaja produk itu adalah 100% semula jadi daripada tumbuhan, kaedah mendapatkannya juga adalah 100% semula jadi. Tidak seperti kebanyakan produk yang digunakan dalam industri makanan, Gam Akasia diambil sepenuhnya daripada pokok-pokok yang tumbuh meliar tanpa racun perosak, yang kebanyakannya terletak di kawasan selatan Sahel di Afrika.

Tiga ribu tahun dahulu, orang Mesir sudah memakan Gam Akasia dan menggunakannya pada balutan mumia untuk mengemaskannya. Hari ini, terdapat pelbagai kegunaan bahan ini: bahan ini digunakan dalam industri makanan, farmaseutikal, kosmetik, serta kegunaan teknikal.

Wain, gula-gula getah, yogurt, minuman bergas, maskara… Apakah persamaan bagi setiap produk seharian ini? Semuanya mengandungi Gam Akasia yang memberikan (dan tanpa pengubahsuaian kimia) banyak sifat berfungsi: pengemulsi, penteksturan dan agen penghasil jalur, serat makanan, penstabil, pengangkut… Kualiti semula jadi dan ketekalan Gam Akasia menjadikannya sangat popular dalam industri makanan dan dalam kalangan syarikat makanan terkemuka di dunia. Syarikat-syarikat ini menghargai Gam Akasia yang serba boleh dan pada mereka ia adalah bahan semula jadi yang andal. Alland & Robert membekalkannya kepada kebanyakan syarikat makanan utama seluruh dunia serta bekerja rapat dengan industri farmaseutikal dan juga kosmetik.

Gam Akasia adalah 100% semula jadi dan vegetarian, bebas daripada racun perosak serta GMO. Ia tidak mengandungi gluten dan sangat rendah kalori, tidak memiliki bau dan juga rasa, serta tinggi kandungan seratnya. Ia adalah bahan yang selamat, diperakui tidak mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat atau Joint JEFCA (Jawatankuasa Pakar Bahan Tambahan Makanan FAO/WHO) telah menetapkan maksimum ADI (Pengambilan Harian Boleh Terima)[1] untuk Gam Akasia yang terkenal sebagai bahan tambahan makanan pelbagai guna (E414). Alland & Robert juga mematuhi peraturan berkenaan bahan tambahan makanan Eropah dan piawaian farmakopeia (Eropah, Amerika dan Jepun) untuk memastikan kualiti Gam Akasia.

Alland & Robert ialah pakar antarabangsa untuk Gam Akasia seluruh dunia. Sejak tahun 1884, syarikat Perancis yang berpusat di Paris dan Normandy itu telah mengkhusus dalam gam semula jadi. Alland & Robert menjamin kebolehkesanan dan keandalan produk-produknya, yang terkenal kerana kehebatan kualiti, hasil daripada fokus yang mendalam terhadap Penyelidikan & Pembangunan, jaminan kualiti serta pembangunan lestari.

--------------------------------------------------

1.   Pengambilan Harian Boleh Terima adalah kuantiti bahan yang boleh diambil oleh individu normal seberat 60kg secara teori setiap hari tanpa sebarang risiko terhadap kesihatannya.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151109/285377)

SUMBER  Alland et Robert

Source: Alland et Robert
Keywords: Food/Beverages Organic Food New products/services