omniture

Czapek & Cie, Kembalinya Syarikat Jam Tangan Swiss Abad Kesembilan Belas yang Menakjubkan

Czapek
2015-11-10 08:00 461

GENEVA, 10 November 2015 /PRNewswire/ -- Dunia jam tangan Swiss bakal disertai oleh penambahan baharu yang mengujakan dengan nama yang disegani. Czapek, jenama jam tangan yang telah mencapai kejayaan hebat pada abad kesembilan belas, telah dihidupkan semula dan bakal melancarkan jam tangan yang tersendiri serta strategi perkongsian inovatif untuk menarik para penggemar jam tangan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7684451-czapek-cie-19th-century-swiss-watch/

Czapek & Cie telah ditubuhkan semula oleh tiga orang usahawan dengan kecintaan terhadap jam tangan mewah dan sistem mekanikal yang mengagumkan. Pengasas asal, François Czapek merupakan seorang pembuat jam tangan warga Poland kelahiran Czech, yang tiba di Geneva, Switzerland pada tahun 1832. Pada tahun 1839 beliau mengasaskan Patek, Czapek & Cie bersama seorang lagi warga Poland, Antoni Patek. Selama enam tahun mereka telah menghasilkan jam tangan yang luar biasa.

Apabila jalinan kerjasama antara mereka hampir tamat, pada tahun 1845, beliau mengasaskan Czapek & Cie serta menjadi Pembekal kepada Maharaja Perancis Napoleon Ketiga. Pada kemuncaknya, syarikat tersebut telah memiliki beberapa buah butik di Geneva, Warsaw dan Paris, Place Vendôme.

"Czapek memang sepatutnya dihidupkan semula, kerana beliau merupakan salah seorang pembuat jam tangan hebat pada abad kesembilan belas, yang dengan penuh cemerlang menyatukan sistem mekanikal yang tepat dengan nilai estetika yang amat elegan," kata Xavier de Roquemaurel, jurucakap bagi pasukan itu. Jam-jam daripada Czapek, yang masih diburu di lelongan, menampilkan pencarian keindahan melalui paparan masa yang puitis.

Model bagi pelancaran ini merupakan jam yang agak rumit, yang bergerak menggunakan pergerakan proprietari berkunci secara manual dengan simpanan kuasa selama tujuh hari selain menampilkan jarum kembar bermisteri. Hanya 250 unit akan dihasilkan pada tahun pertama.

Selain membuat jam tangan moden secara klasik untuk pengumpul bercitarasa dan peminat jam tangan, Czapek & Cie telah membangunkan strategi inovatif yang akan membolehkan pencinta jam tangan turut serta dalam proses kreatifnya.

Syarikat itu kini telah mengumpul CHF 500,000 pada Musim Bunga 2015 bagi menyediakan jam yang pertama pada Oktober ini. Syarikat itu kini menyasarkan untuk mengumpul sebanyak CHF 1 Juta melalui kempen penjanaan dana masyarakat daripada pelbagai platform di peringkat antarabangsa, yang pertama pernah diadakan untuk jenama Haute Horlogerie.

"Impian setiap pencinta jam tangan adalah untuk merasai keterujaan memiliki sebuah jenama," kata Xavier de Roquemaurel, "dan hasil daripada sistem langganan tradisional digabungkan dengan kemungkinan daripada penjanaan dana masyarakat yang moden, kini kami dapat memenuhi impian itu."

Czapek & Cie telah ditubuhkan semula pada tahun 2013 oleh usahawan Harry Guhl melalui kerjasama dengan Xavier de Roquemaurel dan seorang pembuat jam tangan yang ingin identitinya dirahsiakan buat masa ini. Jam-jam tersebut boleh didapati melalui langganan dan melalui peruncit terpilih. Syarikat itu beribu pejabat di Geneva, Switzerland.  

Wakil Media
Estelle d'Hubert
+41-79-236-58-30
edh@czapek.com
http://czapek.com/

Ikuti kami: https://www.facebook.com/czapekgeneve 

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151109/285339

Source: Czapek
Related Links:
Keywords: Jewelry Retail New products/services