SINGAPURA, 10 November 2015 /PRNewswire/ -- Graebel Relocation, sebuah syarikat milik persendirian, telah meraih Anugerah Emas Singapura untuk Syarikat Penempatan Semula Terbaik Tahun Ini di rantau Asia Pasifik (APAC) oleh Human Resources Magazine pada 04 November 2015.
Para pemenang anugerah Vendor Terbaik Tahunan Human Resource sempena ulang tahun ke-10 itu telah dipilih oleh panel bebas dalam kalangan eksekutif sumber manusia daripada majikan serantau yang terkemuka. Penyertaan telah diadili berdasarkan prestasi, produk, kakitangan dan perspektif.
Ketua Pegawai Eksekutif Graebel Companies, Inc. William Graebel SGMS mengulas, "Kami benar-benar terharu kerana ibu pejabat serantau APAC kami di Singapura telah diiktiraf dengan anugerah Emas untuk Syarikat Penempatan Semula Terbaik. Setelah membuka pusat perniagaan APAC pertama kami pada tahun 2009, kami telah melakukan usaha perluasan sebanyak dua kali di Singapura, membuka sebuah pusat di Shanghai pada tahun 2013, hasil daripada maklum balas kepada kemajuan pelanggan kami di rantau tersebut. Saya amat terharu atas pengiktirafan ini dan memuji kakitangan kami atas perkhidmatan cemerlang mereka yang diberikan kepada para pelanggan kami dan penerima khidmat mereka di seluruh dunia."
"Anugerah ini merupakan penghormatan kepada usaha tanpa lelah oleh pasukan kami dalam menyediakan khidmat pelanggan yang hebat dan keyakinan bahawa kami dapat menjadikan salah satu peralihan paling mencabar dalam hidup sebagai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan," ulas Scott Sullivan pengarah urusan untuk Graebel di rantau Asia Pasifik.
Latar Belakang Human Resources Magazine
Human Resources Magazine, sebuah penerbitan oleh Lighthouse Independent Media, telah memberi khidmat kepada komuniti pengurusan Sumber Manusia di Singapura sejak tahun 2004. Human Resources diedarkan kepada 25,000 ahli profesional kanan Sumber Manusia yang menjadikannya penerbitan paling banyak dibaca di Singapura dan Malaysia.
Latar Belakang Graebel Companies, Inc.
Diasaskan pada tahun 1950, Graebel Companies merupakan sebuah organisasi global milik persendirian yang mentadbir penempatan semula pekerja dan pejabat komersial, pengurusan mobiliti, khidmat tempat kerja dan perundingan untuk Global 100, Fortune 500 dan syarikat-syarikat bersaiz sederhana. Perkhidmatan setempat diuruskan di 165 buah negara di enam buah benua. Ibu pejabat dunia terletak di Colorado AS selain pusat-pusat perkhidmatan di seluruh benua Amerika, rantau APAC dan EMEA. Dikenali oleh inovasinya yang merintis industri, Graebel memiliki pelbagai kelayakan kualiti dan sekuriti, dan telah memperoleh pengiktirafan daripada pelanggan serta industri menerusi prestasi terbaik dalam amalannya, penyelidikan maklumat pasaran dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat di seluruh dunia. Kunjungi: www.graebel.com
Untuk maklumat lanjut hubungi: marcom@graebel.com