CHICAGO, 10 November 2015 /PRNewswire/ -- Cityzenith berbesar hati mengumumkan penerimaan platform penggambaran dan pengurusan data IoT generasi akan datangnya di 10 Bandar Raya Pintar terkemuka di 8 buah negara tahun ini.
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151108/284996
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151108/284997
Syarikat itu merancang untuk menawarkan pratonton bagi pelancaran 5D Smart City™ versi 3.0 akan datang di Kongres Sedunia Ekspo Bandar Raya Pintar (Smart City Expo World Congress) di Barcelona mulai 17-19 November 2015.
Cityzenith membantu organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk jabatan kerajaan dan perusahaan komersial untuk memahami data bandar—bersaiz besar dan kecil.
Sepanjang 12 bulan lalu, kumpulan pengguna syarikat itu telah berkembang untuk merangkumi pengguna di 5 buah rantau di dunia – Amerika Utara dan Tengah, Eropah, Timur Tengah, serta Asia:
"Bandar-bandar telah menghasilkan lebih banyak data sejak 2 tahun lalu berbanding 200 tahun sebelumnya, dan 95% daripada data itu adalah tidak berstruktur dan dengan itu, tidak digunakan atau kurang digunakan," jelas pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cityzenith, Michael Jansen. "Memahami data itu – mengagregat, menganalisis, dan menggambarkannya – adalah salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh bandar-bandar pada masa kini."
TEKNOLOGI
5D Smart City membantu bandar-bandar berhubung, menggambarkan dan mengurus data mereka dengan simulasi 3D interaktif, intuitif dan masa nyata yang dapat digunakan dengan mudah oleh sesiapa sahaja daripada datuk bandar hinggalah kepada jurutera di lapangan. Pengguna menunjukkan, mengklik, menekan dan menolak untuk mencapai maklumat yang mereka perlukan dalam masa nyata — Data Terbuka, data peranti IoT, dan data media sosial — tanpa memerlukan latihan yang banyak. Ringan dan fleksibel untuk disesuaikan kepada sebarang pelayar, platform ini direka supaya menjadi terbuka, tidak proprietari, mampu milik, dan berfungsi pada PC serta tablet standard.
Dalam 5D Smart City™, Modul Pintar mengagregat, mengubungkan, dan menyiasat set data kritikal merentasi vertikal penting, termasuk: infrastruktur, sekuriti, dan persekitaran. Para pelanggan menggunakan modul pilihan mereka dan menyesuaikan analitik mengikut keperluan mereka.
Bagi para pengguna kerajaan, 5D Smart City™ membantu pengurus-pengurus dan kakitangan jabatan bandar bekerja dengan data kompleks secara lancar. Tom Schenk, Ketua Pegawai Data Bandar Raya Chicago, mengulas tentang pengalaman bandar raya beliau dengan Cityzenith:
"Bandar-bandar, sebahagiannya dapat dicirikan oleh peristiwa yang berlaku setiap hari, bermula dengan tindak balas terhadap keperluan penduduk kepada air minuman yang mengalir di bawah kaki anda. Semuanya perlu difahami oleh beratus-ratus pekerja bandar. Cityzenith mampu menghimpunkan maklumat ini untuk dilihat oleh para pekerja. Bukan sekadar penganalisis data, tetapi pakar perniagaan sebagai sebahagian daripada tugas mereka."
Bagi pengguna-pengguna perusahaan komersial, 5D Smart City™ memberikan para pemaju besar, para pemilik hartanah korporat, syarikat-syarikat utiliti, para penyedia rangkaian, dan syarikat-syarikat telekomunikasi dengan papan pemuka sejagat yang mudah digunakan dan repositori tunggal untuk semua data terdahulu dan operasi, termasuk telemetri sensor IoT masa nyata, yang ditempatkan serta dipersembahkan dalam persekitaran geospatial 3D intuitif yang mempunyai data bandar beraneka.
RAKAN STRATEGIK BAHARU
Salomon Salinas, Ketua Bandar Raya Pintar Global Accenture, menyatakan: "Accenture dan Cityzenith bergabung tenaga untuk berkolaborasi dalam projek Bandar Raya Pintar dan IoT di seluruh dunia, menyasarkan sektor kerajaan dan perusahaan komersial. 5D Smart City™ Cityzenith merupakan platform IoT 5D yang pertama dan paling matang dalam kategorinya yang terdapat di pasaran hari ini, dan menyediakan padanan sempurna untuk kepelbagaian kemampuan Accenture. Seperti yang dibuktikan melalui hasil kerja kami di Chicago, kami yakin perkembangan teknologi yang dapat kami capai melalui Internet of Things kini membolehkan kami membantu bandar-bandar memutuskan bukan sahaja apa yang boleh mereka lakukan, tetapi sebaliknya apa patut mereka lakukan pada dasarnya, berasaskan keperluan penduduk mereka. Fokus Cityzenith terhadap keputusan menjadikan mereka sebagai rakan gandingan sempurna untuk kami."
Jose Antonio Garcia, Pengurus Industri Keselamatan Awam Microsoft, mengulas: "Platform IoT baharu yang mengagumkan ini menggunakan kuasa Windows Azure dan memainkan peranan penting dalam ekosistem City Next kami, membantu bandar-bandar kami memperoleh maklumat baharu untuk menyelesaikan cabaran strategik yang dihadapi oleh mereka."
Pendekatan berplatform terbuka, modular dan boleh skala daripada Cityzenith membolehkan kejayaan penyelesaian dikongsi dan dimanfaatkan di dalam serta antara bandar dan juga perusahaan komersial. Para pengguna dan pemaju menggunakan teknologi IT sedia ada tanpa perlu melakukan pelaburan tambahan dalam penyelidikan & pembangunan (R&D). Syarikat ini secara aktif berkolaborasi dengan jaringan bandar antarabangsa, organisasi-organisasi piawaian, dan firma-firma penyelidikan pasaran untuk membantu menentukan matlamat bersama bagi manfaat rangkaian rakan pembangunannya di seluruh dunia.
"C40 yakin membawakan data ke dalam model sistem yang dapat digunakan secara kolaboratif di rantau bandar untuk melaksanakan perancangan yang bersepadu merupakan langkah yang amat diingini untuk membantu kami beralih kepada rancangan pembangunan yang lebih inklusif dan berdaya tahan. Kami yakin pendekatan Cityzenith merupakan pembangunan yang amat penting dan dengan memerhatikan serta mengambil bahagian dalam fasa masa kini C40 patut berada dalam kedudukan untuk membantu membawa penyelesaian ini dengan lebih meluas." - Seth Schultz, Pengarah Penyelidikan & Pembangunan untuk Kumpulan Tindakan Iklim Bandar Raya C40.
"Cityzenith menawarkan cara yang mengujakan, tersendiri dan bermanfaat untuk menggambarkan data bagi pelbagai kes penggunaan Bandar Pintar yang penting. Dengan mengambil kira pertumbuhan pesat dalam maklumat bandar, bandar-bandar perlu mendapatkan instrumen ini untuk kegunaan pihak-pihak berkepentingan kerajaan dan komersial yang meluas yang mungkin tidak mempunyai kepakaran khusus dalam analitik atau sains data untuk membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya menyediakan perkhidmatan yang dipertingkat kepada para penduduk." -Ruthbea Yesner Clarke, Pengarah Penyelidikan, program Strategi Bandar Raya Pintar IDC.
Bagi memastikan bilangan pengguna 5D Smart City yang semakin bertambah di seluruh dunia mendapat akses kepada rangkaian penyelesaian Bandar Pintar dan IoT terbaik dalam kategorinya yang terluas, Cityzenith dengan sukacitanya mengumumkan program Rakan Pintar 5D.
Program Rakan Pintar 5D ini merupakan platform kolaboratif dan perkongsian perkhidmatan terurus untuk kerajaan dan organisasi-organisasi perusahaan komersial, menghubungkan para penyedia penyelesaian kepada pengguna. Program ini akan dilancarkan pada Januari 2016. Untuk maklumat lanjut sila e-melkan kepada partners@cityzenith.com.
LATAR BELAKANG CITYZENITH
Cityzenith merupakan sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Chicago dengan anak-anak syarikat di London serta Singapura. Misi syarikat ini adalah untuk mengubah kehidupan di bandar-bandar di seluruh dunia www.cityzenith.com.