HOUSTON, 11 November 2015 /PRNewswire/ -- Stewart & Stevenson LLC berbesar hati mengumumkan pelantikan Anthony James Davis sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah Syarikat itu, berkuat kuasa pada 1 Februari 2016.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151109/285551LOGO
Semasa membuat pengumuman tersebut, Hushang Ansary, Pengerusi Eksekutif Syarikat itu berkata: "Kami berbesar hati kerana Tony Davis bakal mengetuai pasukan Eksekutif Kanan kami yang berpengalaman luas dan berdedikasi pada masa yang amat tepat. Kunci kira-kira yang kukuh, kawalan kos yang tepat pada masanya dan inisiatif penambahbaikan produktiviti telah menyediakan Syarikat kami untuk menghadapi cabaran yang terdapat di dalam industri dengan jayanya serta memaksimumkan manfaat daripada peluang yang tersedia. Pengalaman global yang luas dan pengetahuan mendalam Tony sangat diperlukan sebagai tambahan dalam usaha untuk mencapai objektif kami."
En. Davis memiliki rekod perkhidmatan yang cemerlang semasa memegang jawatan sebagai Eksekutif Kanan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang pengedaran di peringkat global yang merupakan perniagaan teras Syarikat tersebut.
Beribu pejabat di Singapura, En. Davis pernah mengetuai operasi Rangkaian dan Pemasaran Global Rolls-Royce Power Systems dan pernah menyandang jawatan sebagai Presiden korporat untuk Hab Asia-Pasifik. Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan lain di Rolls-Royce Marine temasuk sebagai Naib Presiden Eksekutif untuk Pembangunan Perniagaan, Naib Presiden Eksekutif untuk Hal Ehwal Komersial, dan baru-baru ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengarah Rantau Australia dan juga New Zealand untuk Rolls-Royce International.
En. Ansary menambah: "En. Davis akan ditempatkan di Houston, Texas dan menggantikan En. John Simmons yang pernah menjalankan tugas yang berdedikasi kepada Syarikat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang kini dinaikkan pangkat menjadi Naib Pengerusi Hal Ehwal Kewangan."
n. Davis, 54, memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan daripada University of New South Wales dan Ijazah Sarjana dalam Sains Komputer daripada U.S. Naval Post Graduate School di Monterey, California. Beliau merupakan siswazah daripada Australian Institute of Company Directors dan Program Pengurusan Lanjutan daripada Melbourne Business School. Beliau pernah berkhidmat sebagai Komander dalam Tentera Laut Diraja Australia dan merupakan seorang Felow untuk Persatuan Penerbangan Diraja.
Stewart & Stevenson adalah penyedia utama bagi perkakasan khas serta alat ganti dan perkhidmatan untuk industri minyak & gas serta industri-industri lain. Untuk maklumat lanjut, lawati www.stewartandstevenson.com.
Hubungi : |
Chris Archie |
Pejabat Pengerusi |
|
+1-713-751-2772 |