omniture

JA Solar Bekalkan Modul untuk Projek Suria Terbesar Pernah Dibina di Fillipina

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2015-11-11 09:25 316

BANDAR CADIZ, Fillipina, 11 November 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar produk kuasa suria berprestasi tinggi terbesar di dunia, hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan penghantaran modul 92.5 MW pada pertengahan Oktober untuk digunakan dalam projek kuasa fotovolta (PV) suria terbesar yang pernah dibina di Fillipina.

Loji yang terletak di Bandar Cadiz dalam wilayah Negros Occidental itu dibangunkan dengan jumlah kapasiti sebanyak 132.5MW dengan 92.5MW daripadanya adalah modul JAP6-72 310W keluaran JA Solar, termasuk pemasangan awal di tapak dengan lebih 30MW. Wilayah Negros Occidental terletak berdekatan dengan khatulistiwa manakala loji tersebut terletak kira-kira 3 km dari kawasan persisiran pantai. Kelajuan angin maksimum di kemudahan itu dicatatkan pada 56 meter/saat (125 bsj). Angin kencang, digandingkan dengan keadaan udara yang lembap dan masin memerlukan modul suria yang berprestasi tinggi yang mampu bertahan terhadap kemerosotan potensi teraruh (PID), hakisan semburan garam, dan tekanan angin.

Sebagai pengeluar pertama di dunia yang memulakan pengeluaran sel rintang PID 100% secara besar-besaran, JA Solar menghasilkan modul rintang PID yang terbaik dalam industri. Pada awal Ogos 2014, JA Solar mengumumkan modul RIECIUM polihabluran berprestasi tinggi telah lulus ujian PID selama 500 jam yang dijalankan oleh TÜV SÜD. Ujian dijalankan di bawah keadaan melampau iaitu 85 darjah Celcius, 85% kelembapan relatif dan 1,000 volt pincangan sistem voltan.

Pada Mac tahun ini, modul PV rintang wap masin daripada JA Solar lulus Ujian Kakisan Wap Masin Dwistandard IEC 61701 (Keterukan Tahap 6) yang dijalankan oleh TÜV NORD. Selepas 112 hari menjalani ujian, modul JA memperlihatkan kehilangan kuasa kurang daripada 2%. Dari segi prestasi beban, modul JAP6 JA Solar mampu beroperasi dalam keadaan beban angin kencang (2400Pa) dan beban salji (5400Pa), sambil memastikan kestabilan jangka panjang serta kecekapan output kuasa.

En. Jian Xie, Presiden JA Solar, mengulas, "Penghantaran modul untuk projek solar di Bandar Cadiz menandakan kemasukan pertama JA Solar ke dalam pasaran Fillipina, melambangkan resolusi dan keyakinan kami dalam membina kehadiran dalam pasaran membangun. Ciri-ciri rintang PID, prestasi, dan keandalan modul JA Solar memastikan output kuasa yang cekap dan andal dalam keadaan panas serta lembab di negara Fillipina."

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150522/0861504483LOGO

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities