omniture

Harbour City Mempersembahkan: Raikan Percutian Bersama Rakan-rakan Disney di "Happily Ever After" Christmas Avenue

Harbour City Estates Limited
2015-11-09 19:50 650

HONG KONG, 9 November 2015 /PRNewswire/ -- Sebagai pusat membeli belah terbesar dan salah satu tarikan sambutan Krismas yang wajib disaksikan di Hong Kong, hiasan lampu dan dekorasi Krismas luar bangunan di Harbour City membawakan kegembiraan serta kejutan tanpa penghujung pada setiap tahun kepada para penduduk Hong Kong dan para pelancong. Pada hari Krismas ini, Harbour City dan Hong Kong Disneyland membawakan tema Sambutan Ulang Tahun ke-10 "Happily Ever After" untuk hiasan Krismas dan mengubah Laman Hadapan Ocean Terminal menjadi "Happily Ever After" Christmas Avenue pada 5 Nov 2015 hingga 3 Jan 2016.

Bahagian Luar Hiasan Krismas "Happily Ever After Christmas Avenue" di Harbour City
Bahagian Luar Hiasan Krismas "Happily Ever After Christmas Avenue" di Harbour City

 

Majlis Cahaya Krismas Harbour City telah diadakan pada 4 Nov 2015 dan telah dirasmikan oleh artis tersohor Cik Michelle Reis dan Rakan-rakan Disney. Selain itu, Harbour City bekerjasama dengan Google buat pertama kali untuk berkongsi kegembiraan hiasan lampu Krismas yang bergemerlapan serta sambutannya dari lokasi ke dalam talian agar orang ramai dapat menyaksikan majlis cahaya itu secara langsung melalui YouTube GOOGLEinHK dan HKHarbourCity.

Muat Turun lebih banyak gambar:  https://www.dropbox.com/sh/luotrfefm7djhag/AAAVh9Ve9zOwQgGIkbZKm7d2a?dl=0

Harbour City membawakan anda sambutan Krismas untuk Diingati dengan Tarikan Perayaan yang Mengujakan! 

Bagi meraikan sambutan Krismas, Harbour City telah mengubah Laman Hadapan Ocean Terminal menjadi "Happily Ever After" Christmas Avenue dan "Christmas Magical Theatre" dengan pelbagai tempat untuk menangkap gambar dan selfie. Hampir 40 rakan-rakan Disney termasuk Mickey Mouse, Minnie Mouse, Queen Elsa, Princess Anna, dan banyak lagi akan berkongsi kegembiraan perayaan dan meraikan hari Krismas "Happily Ever After" bersama anda!

a)      Pohon Berbintang Emas Gergasi dan Kotak Hadiah Krismas

Mulakan pengembaraan Krismas Gembira anda di pintu masuk "Happily Ever After" Christmas Avenue yang mana anda dapat melihat pohon berbintang emas gergasi dengan hiasan berbentuk kepala Mickey di puncaknya. Kedai-kedai di kedua belah laluan itu dihiasi dengan tema Krismas dan sesetengahnya dibaluti dengan riben berwarna merah dengan papan tanda yang dilitupi oleh mentol lampu.

b)      Jendela Percutian Disney   

"Happily Ever After" Christmas Avenue membawa tiga tema Disney berbeza dalam bentuk paparan Jendela Percutian yang memberikan pengunjung dengan hiasan menarik di Harbour City. Krismas pastinya tidak lengkap tanpa Queen Elsa dan keajaiban saljinya. "A Frozen Christmas" menghimpunkan Queen Elsa, Princess Anna dan Olaf untuk meraikan Krismas dengan anda semua! Ekstravaganza teater baharu "Mickey and the Wondrous Book" dan babak paling mengujakan menampilkan Mickey dan Goofy akan turut ditampilkan. TSUM TSUM yang terkenal juga akan menampilkan "The Biggest Holiday Gift" untuk mengalu-alukan anda semua.

c)      Carian Foto Gembira untuk Rakan-rakan Disney dan Mickey Tersembunyi       

Para pengunjung dapat menjumpai bentuk rakan-rakan Disney yang pelbagai sepanjang "Happily Ever After" Christmas Avenue. Marilah menikmati detik romantik bersama Joy, Sadness, Anger, Disgust dan Fear daripada "Inside Out", Snow White dan Tujuh Orang Kerdil daripada "Snow White and the Seven Dwarfs", Belle dan Beast daripada "Beauty and the Beast", Cinderella dan Prince Charming daripada "Cinderella", Alice dan Cheshire Cat daripada "Alice in Wonderland", Genie daripada "Aladdin", Rapunzel daripada "Tangled" dan banyak lagi melalui kesan pencahayaan khas di dalam pelbagai kedai.

Lebih banyak bentuk rakan-rakan Disney akan muncul di balkoni "Christmas Magical Theatre", termasuk  Minnie Mouse, Donald Duck, Pluto, Chip' N Dale, Duffy dan ShellieMay; Hamm, Lotso, Woody dan Jessie, Rex, Little Green Men, Buzz Lightyear serta Slinky Dog daripada "Toy Stoy", Mike dan Sulley daripada "Monsters, Inc.", dll. Semuanya berada di sini untuk mengalu-alukan para pengunjung bagi meraikan "Happily Ever After Moments" di Harbour City.

d)      Hadiah Krismas Bercahaya Fantasi

Seperti mana semua sambutan Krismas, hadiah adalah suatu kemestian! Mulai pertengahan November, alamilah Hadiah Krismas Bercahaya Fantasi yang besar dengan pancaran istimewa 10 bentuk rakan Disney pada tarikh yang ditetapkan, dan bawa pulang foto penuh kenangan pada sesi ramah mesra maya dengan salah satu rakan Disney melalui sumbangan yang ditetapkan kepada "Yayasan Barah Darah Hong Kong"!

Butiran


Tarikh: 

5 Nov 2015 hingga 3 Jan 2016

Masa:

10pagi – 10malam

Tempat:

Laman Hadapan Ocean Terminal, Harbour City



Talian pertanyaan:

(852)-2118-8666 

Laman sesawang:

www.harbourcity.com.hk



Facebook (B.Inggeris):

 @hkharbourcity  #hcxmas #harbourcity

Twitter:

 @hkharbourcity #harbourcity

Instagram:

 @harbourcity      #hcxmas #harbourcity

YouTube:

 https://www.youtube.com/HKHarbourCity

Pertanyaan media: Harbour City Estates Limited

Andrew Yeung 
Pengurus - Promosi & Pengiklanan
Tel:(852)-2118-8674
E-mel:andrewyeung@harbourcity.com.hk

Florence Man 
Pengurus Promosi & Pengiklanan
Tel:(852)-2118-8623
E-mel:florenceman@harbourcity.com.hk

Jendela Percutian Disney "Mickey and the Wondrous Book" TSUM TSUM "The Biggest Holiday Gift" dan "A Frozen Christmas" dipaparkan di Avenue
Jendela Percutian Disney "Mickey and the Wondrous Book" TSUM TSUM "The Biggest Holiday Gift" dan "A Frozen Christmas" dipaparkan di Avenue

 

Majlis Cahaya Krismas di Harbour City diadakan pada 4 Nov 2015 bagi memulakan dekorasi Krismas tersebut
Majlis Cahaya Krismas di Harbour City diadakan pada 4 Nov 2015 bagi memulakan dekorasi Krismas tersebut

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151106/8521507454-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151106/8521507454-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151106/8521507454-d
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City Estates Limited
Keywords: Retail