omniture

ICBC Credit Suisse Lantik Laura Lui Sebagai Ketua Pelaburan Indeks & Kuantitatif

ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
2015-11-09 19:20 390

HONG KONG, 9 November 2015 /PRNewswire/ -- ICBC Credit Suisse Asset Management International, cabang antarabangsa bagi salah satu pengurus aset terbesar China, hari ini mengumumkan ia telah melantik Laura Lui, sebagai Ketua Pelaburan Indeks dan Kuantitatif. Laura akan melaporkan diri kepada Richard Tang, selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan akan ditempatkan di Hong Kong.

"Kemampuan untuk mengakses China dengan cekap telah menjadi semakin relevan untuk para pelabur antarabangsa apabila membuat keputusan agihan aset untuk portfolio global mereka," kata Richard. "Kami mempunyai cita-cita strategik yang besar untuk memenuhi keperluan ini, dan amat berbesar hati kerana seseorang yang berwibawa hebat seperti Laura dapat menyertai kami pada saat yang mengujakan ini."

"Sebagai salah satu pengurus aset dalam pesisir terbesar di China, firma ini telah mengikuti trajektori pertumbuhan yang mantap dan mempunyai kedudukan yang baik untuk menjadi sebuah francais yang hebat dalam ruang ETF dan indeks China," kata Laura. "Kolaborasinya yang terkini bersama S&P Dow Jones Indices di S&P China 500 yang terkemuka khususnya merupakan satu pencapaian penting. Saya amat teruja dengan peluang yang diberikan untuk bekerjasama dengan pasukan ini dan menyumbang kepada kejayaannya."

"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Laura atas peranan baharunya di ICBCCS International," kata Michael Orzano, Pengarah Indeks Ekuiti Global di S&P Dow Jones Indices. "Dengan melancarkan Indeks S&P China 500, kami berbangga membawakan penyelesaian berasaskan indeks yang lebih hebat kepada pelabur-pelabur China. Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan ICBCCS International dalam pelbagai inisiatif lain."

Laura memiliki lebih 12 tahun pengalaman dalam industri kewangan. Sebelum menyertai ICBC Credit Suisse, beliau memegang jawatan sebagai Ketua pasukan ETF dan Indeks di Mirae Asset Global Investments, yang bertanggungjawab membina kemampuan ETF dan Indeks firma itu di Asia. Laura memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam Sains Aktuari dan Statistik daripada University of Toronto, serta Ijazah Sarjana Sains dalam Kewangan Global daripada New York University dan HKUST.

Latar Belakang ICBC Credit Suisse Asset Management

ICBC Credit Suisse Asset Management merupakan usaha sama pengurusan aset antara Industrial and Commercial Bank of China dan Credit Suisse. Setakat 30 September 2015, firma itu mempunyai kira-kira 550 orang pekerja dan RMB800 bilion bagi aset di bawah pengurusan, menyediakan khidmat pengurusan dan nasihat pelaburan berkualiti tinggi untuk lebih 12 juta pelanggan institusi dan runcit.

Wakil Media

ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co. Ltd.
+852-3975-3675
enquiries@icbccs.com.hk

Source: ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Personnel announcements