omniture

Booking.com dan Concur Umum Perkongsian bagi Pertingkat Perniagaan Pelancongan Seluruh Dunia

Concur
2015-11-09 17:00 131

BELLEVUE, Washington dan FRANKFURT, Jerman, 9 November 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Concur, penyedia penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan pelancongan serta perbelanjaan bersepadu yang terkenal di dunia, serta Booking.com, peneraju di peringkat global dalam menghubungkan para pelancong dengan pilihan penginapan yang paling luas dan mengagumkan, mengumumkan perkongsian baharu untuk menambah baik perniagaan pelancongan antarabangsa. Melalui perkongsian tersebut, lebih 800,000 unit penginapan Booking.com di seluruh dunia disediakan melalui Concur Travel bagi membolehkan pelanggan Concur mendapat akses kepada pilihan penginapan paling banyak di dunia - daripada hotel-hotel tradisional hinggalah penginapan unik yang lebih banyak seperti pangsapuri dan B&B (penginapan & sarapan) – dengan harga yang hebat.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151107/284938LOGO

"Perkongsian baharu kami bersama Booking.com memperlihatkan kepentingan penyediaan penyelesaian masa depan untuk mengikuti arus perubahan dalam pelancongan perniagaan," kata Tim MacDonald, naib presiden eksekutif bahagian Pelancongan untuk Concur. "Kami memfokuskan penyediaan penyelesaian pelancongan dan perbelanjaan bersepadu sepenuhnya yang memudahkan pelanggan kami menyesuaikan diri masing-masing terhadap perubahan yang berlaku. Bagi bulan-bulan akan datang, kami berharap untuk meluaskan perhubungan kami bersama Booking.com sebagai rakan kongsi TripLink untuk membantu merekodkan maklumat tempahan ini, di samping melenyapkan proses pelaporan perbelanjaan secara manual."

"Kami melihat terdapat peningkatan yang kukuh dalam kalangan pelancong perniagaan di Booking.com. Malah, hampir satu daripada lima tempahan yang dibuat di laman sesawang kami dan aplikasi mudah alih adalah untuk tujuan perniagaan," kata Ripsy Bandourian, Pemilik Produk Kanan di Booking.com. "Perkongsian dengan Concur ini membolehkan kami mengetengahkan pengalaman tempahan khas yang lancar untuk lebih ramai pelancong perniagaan di seluruh dunia dan membantu mereka memanfaatkan sepenuhnya belanjawan pelancongan korporat mereka selain menjimatkan masa dan kos pengurus perjalanan serta majikan."

Rakan-rakan kongsi TripLink Concur termasuk AccorHotels, Airbnb, Air Canada, Avis, Booking.com, Enterprise, Etihad Airways, HotelTonight, InterContinental Hotels Group (IHG), Lufthansa, National Car Rental, Marriott (International), Starwood Hotels & Resorts, Sixt, United Airlines dan juga Wally Park.

Untuk maklumat tentang Triplink, lawati laman sesawang Concur.

Latar Belakang Concur        

Concur, sebahagian daripada SAP, mencari penyelesaian pelancongan dunia yang menjimatkan kos, menawarkan perkhidmatan berasaskan awan yang memudahkan pengurusan pelancongan dan perbelanjaan. Dengan menghubungkan data, aplikasi, dan pengguna, Concur menawarkan pengalaman yang sangat ringkas serta ketelusan yang menyeluruh untuk urusan perbelanjaan tanpa mengira tempat dan masa ia berlaku. Perkhidmatan Concur dapat disesuaikan dengan keutamaan seseorang pekerja dan diperluaskan untuk memenuhi keperluan sesebuah syarikat bersaiz kecil hingga besar agar syarikat-syarikat ini dapat memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting untuk perniagaan masing-masing. Ketahui lebih lanjut di www.concur.com atau blog Concur.

Latar Belakang Booking.com:

Booking.com adalah peneraju global dalam perkhidmatan tempahan hotel dan penginapan lain secara dalam talian. Ia memberi jaminan harga terendah untuk sebarang jenis penginapan – daripada pengusaha kecil yang bebas hingga hotel mewah lima bintang. Tetamu-tetamu boleh mengakses laman sesawang Booking.com pada bila-bila masa melalui komputer meja, telefon mudah alih dan peranti tablet tanpa perlu membuat bayaran tempahan. Laman sesawang Booking.com terdapat dalam 42 bahasa selain daripada menawarkan lebih 818,000 unit hotel dan penginapan termasuk lebih 378,000 unit hartanah sewaan percutian di 84,000 destinasi di 220 buah negara serta wilayah di seluruh dunia. Ia menyediakan 65 juta ulasan bertulis oleh para tetamu yang pernah menginap di hotel tersebut dan menarik para pengunjung dalam talian daripada pasaran pelancongan dan perniagaan di serata dunia. Memiliki pengalaman selama 19 tahun dan pasukan seramai lebih 10,000 kakitangan berdedikasi di 170 buah pejabat seluruh dunia, Booking.com mengendalikan pasukan perkhidmatan pelanggan mereka sendiri yang bersedia sepanjang masa untuk membantu pelancong dalam bahasa pertuturan masing-masing serta memberikan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Diasaskan pada tahun 1996, Booking.com B.V. memiliki serta mengurus Booking.com™, dan merupakan sebahagian daripada The Priceline Group (NASDAQ: PCLN). Ikuti kami di Twitter, Google+ dan Pinterest, serta klik suka pada Facebook, atau ketahui lebih lanjut melalui http://www.booking.com.

Wakil Media: Natasha Ratliff, 206-508-4102, concur@grayling.com

Source: Concur
Related Stocks:
NASDAQ:PCLN
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Travel Web Site Contracts New products/services