NEW YORK, 6 November 2015 /PRNewswire/ --Bandar-bandar ikonik: Terbina selama berabad-abad—kecuali apabila ia tidak mengambil masa selama itu. Dubai, megalopolis abad ke-21 yang pertama. Terletak di Padang Pasir Arab, Dubai berkembang dari peringkat awal sepanjang satu atau dua dekad lalu, dan kini berani memiliki bangunan tertinggi dunia.
Alami Hebahan Berita Multimedia secara interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7680851-bond-no-9-dubai/
New York amat kagum dengan kebangkitan Dubai—dan kami di Bond No. 9 yang berpusatkan bandar amat mengagumi keberanian metropolis padang pasir ini. Kami kagum dengan kedudukan Dubai sebagai ibu kota wangian Timur Tengah. Oleh itu, kami telah memutuskan untuk memperingati kota hebat padang pasir ini dalam satu-satunya cara yang kami tahu—dengan Bond No. 9's Dubai – koleksi eaux de parfum Timur Tengah berinspirasikan New York.
Seperti New York, Dubai merupakan tempat persinggahan dan pusat perdagangan yang luas, iaitu negeri-bandar yang didorong oleh kewangan serta hartanah. Ia berbangga memiliki pusat membeli belah yang terbesar di dunia.
Bond No. 9's Dubai merupakan koleksi wangian Arab dengan kelebihan New York. Citarasa rempah dan kemenyan klasik Levant, tetapi fokus tetap diberikan kepada botanikal kontemporari. Botol superstar Bond No. 9 yang menyimpan wangian ini diliputi oleh bintang Arab bersilang di atas latar emas, corak permukaannya menimbulkan perasaan harmoni kosmik dan penemuan.
Ini merupakan tiga penampilan pertama Bond No. 9's Dubai:
Dengan pintu Delima, bermula dengan nota safron berempah pahit manis, kemudian menjadi jambangan mawar, magnolia dan geranium. Mengekalkan adunan yang berharga tetapi berubah ini adalah adunan nota asas yang kekal menarik – ambar, cendana, mir, cypriol dan kesturi. Cendana khususnya menambah keinginan bersahaja kepada adunan yang memikat ini.
Zamrud merupakan gabungan menarik antara cahaya dan kegelapan. Ia turut dimulakan dengan safron, selain hisop yang segar dan berkayu serta aldehid yang menyerupai champagne. Terasnya memukau – mawar dan patchouli, dikelilingi dengan oud yang pekat dan bersirap serta dihidupkan dengan sedikit lada. Dan asasnya adalah eksotika tulen: minyak nilam, cendana, ambar, cypriol, dan kulit.
Indigo merupakan fatamorgana padang pasir. Nota atas dengan laici, pic dan bergamot membawa kepada teras peoni dan melur, dihidupkan dengan bunga oren. Ini semua kemudiannya bercampur dengan nota asas eksotik – kesturi putih, ambar, gaharu dan oakmoss.
Dilancarkan pada November 2015.
Harga Runcit Disyorkan: 100ml, $550