omniture

CSA Group Lantik David Weinstein sebagai Presiden dan KPE

CSA Group
2015-11-11 17:58 203

TORONTO, 11 November 2015 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah CSA Group hari ini mengumumkan pelantikan David Weinstein sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu organisasi itu, berkuat kuasa pada 11 November 2015. CSA Group merupakan sebuah organisasi pembangunan piawaian terkemuka dan penyedia global untuk perkhidmatan pengujian serta pensijilan untuk piawaian kebangsaan dan global.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151110/285897)

"Kami berbesar hati mengalu-alukan David Weinstein ke CSA Group," kata Dr. Roland Hosein, Pengerusi, Lembaga Pengarah, CSA Group. "Beliau menyertai kami dengan rekod pencapaian selama 30 tahun sebagai pakar strategi perniagaan global yang hebat dengan kepakaran dalam memacu pertumbuhan organisasi, akan memberi manfaat kepada CSA Group ketika kami terus berkembang sebagai pemain antarabangsa dalam pembangunan piawaian, pengujian dan pensijilan."

Sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, David Weinstein akan bertanggungjawab terhadap kepimpinan dan hala tuju syarikat global itu, yang menggaji lebih 1,800 orang kakitangan yang memberi khidmat kepada kira-kira 35,000 pelanggan merangkumi portfolio pembangunan piawaian dan penyelesaian, khidmat nasihat dan latihan, serta pengujian dan juga pensijilan di Amerika Utara, Eropah dan Asia. CSA Group juga mempunyai lebih 8,700 anggota sukarelawan yang berkhidmat di lebih 1,300 jawatankuasa untuk pembangunan piawaian.

Terkini, En. Weinstein merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ABS Group dan beliau bertanggungjawab untuk memimpin kemajuan dan kejayaan firma itu. ABS Group merupakan firma perkhidmatan teknikal berasaskan keahlian seramai 2,400 orang yang beroperasi di lebih 30 buah negara yang menyediakan khidmat runding, pemeriksaan, dan khidmat pensijilan untuk para pelanggan dalam industri minyak dan gas, kuasa, farmaseutikal, pengeluaran, serta kerajaan — membolehkan mereka beroperasi dengan selamat, andal, cekap dan juga mematuhi peraturan serta piawaian. Sebelum menyertai ABS Group, beliau merupakan rakan kongsi untuk beberapa firma khidmat runding pengurusan, termasuk Accenture dan Oliver Wyman — membantu pelanggan daripada agensi komersial, bukan untung dan kerajaan, yang berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk meningkatkan kemajuan dan prestasi. Selama bertahun-tahun, pelanggan-pelanggannya terdiri daripada organisasi-organisasi yang terlibat dalam pembangunan piawaian, penyedia khidmat pengujian dan pensijilan, serta sejumlah syarikat dari Kanada dan perbadanan Crown.

"Saya gembira menyertai CSA Group dan berbesar hati mendapat peluang untuk bekerja sebagai sebahagian daripada sebuah organsisasi global yang begitu inovatif ketika ia bakal menyambut ulang tahun ke-100nya," kata David Weinstein, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, CSA Group. "Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan kakitangan dan ahli CSA Group ketika kami memberi khidmat kepada para pelanggan kami di seluruh dunia dan terus memperluaskan penyelesaian perniagaan kami."

David Weinstein memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Wharton School di Universiti Pennsylvania dengan dua pengkhususan iaitu Kewangan dan Pengurusan Multinasional. Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Sains dan Sarjana Muda Sains daripada Institut Teknologi Massachusetts.

Latar Belakang CSA Group
CSA Group merupakan sebuah persatuan keahlian bebas yang berdedikasi terhadap keselamatan, kebaikan sosial dan kelestarian. Pengetahuan dan kepakaran merangkumi pembangunan piawaian; penyelesaian latihan dan khidmat nasihat; khidmat pengujian dan pensijilan global merentasi bidang perniagaan penting termasuk lokasi berbahaya dan perindustrian, pengangkutan, pempaipan dan pembinaan, perubatan, keselamatan dan juga teknologi, perkakasan serta gas, tenaga alternatif, pencahayaan dan kelestarian; selain khidmat penilaian produk pengguna. Tanda pensijilan CSA terdapat pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group kunjungi www.csagroup.org

Untuk maklumat lanjut: Allison Hawkins, Pengurus, Hal Ehwal Korporat, CSA Group, 416 747 2615, allison.hawkins@csagroup.org

Source: CSA Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Personnel announcements