BOSTON, 11 November 2015 /PRNewswire/ -- Partners HealthCare International® (PHI) dari Boston Massachusetts, dan Vitals Global Healthcare Limited (VHG) dari Malta hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian yang bertujuan untuk mempertingkatkan khidmat kesihatan dan pendidikan klinikal di Malta. Pengumuman ini hadir ekoran daripada penganugerahan konsesi perkhidmatan daripada Kerajaan Malta (GoM) kepada VGH untuk pengurusan dan operasi Hospital Pemulihan Karin Grech, Hospital Besar Gozo dan Hospital St. Luke. Menerusi kerjasamanya dengan VGH, PHI akan memfokuskan pembangunan kualiti klinikal dan standard keselamatan pesakit, tanda aras dan sistem, selain pembangunan struktur serta sistem untuk pendidikan perubatan pasca siswazah.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151106/284668LOGO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151106/284669LOGO
PHI merupakan cabang global bagi Partners HealthCare, salah satu sistem kesihatan akademik bersepadu terkemuka di A.S. Ahli-ahli pengasas PHI, Hospital Besar Massachusetts (MGH) serta Brigham dan Hospital Wanita (BWH) merupakan dua buah hospital bersekutu terbesar bagi Sekolah Perubatan Harvard dan tersenarai secara tekal dalam kalangan 10 terbaik bagi senarai Hospital Terbaik U.S. News dan World Report.
"Objektif utama kami adalah untuk membantu menyampaikan standard kesihatan terbaik kepada warga Malta. Menjadi matlamat kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang dan menyeluruh yang akan memberikan pengalaman lebih baik kepada para pesakit, kakitangan, keluarga dan rakan-rakan. Bagi mencapai tujuan ini, kami yakin terhadap pengalaman dan kepakaran yang dibawakan oleh PHI kepada projek penting ini, dan tidak sabar untuk berusaha bersama-sama," kata Dr. Ambrish Gupta, MD, Pengerusi, Lembaga Perubatan, VGH.
Usaha sama antara PHI dan VGH akan turut diselaraskan dengan Sekolah Perubatan dan Pergigian Barts, sebuah sekolah perubatan terkemuka yang terletak di United Kingdom yang akan membuka kampus luar pesisir pertamanya di Malta.
"Barts dan Sekolah Perubatan dan Pergigian London, sebuah fakulti di Queen Mary University of London (QMUL), berbesar hati mengalu-alukan kerjasama antara Partners HealthCare International dengan VGH dan Kerajaan Malta. Perjanjian antara QMUL dan Kerajaan Malta untuk membangunkan sebuah cawangan sekolah perubatan di negara itu adalah lebih mengujakan kerana kami bukan sahaja akan melakukannya di kemudahan klinikal yang baru diperluas yang dirancang oleh VGH, tetapi kami akan turut bekerjasama dengan rakan akademik yang setaraf dengan Partners Healthcare International. Kami yakin gabungan kecemerlangan ini akan membawakan produktiviti dan keberkesanan persekitaran klinikal di Malta ke tahap baharu," kata Profesor Anthony N. Warrens, DM, PhD, Dekan.
PHI memanfaatkan pengetahuan luas yang tersedia melalui rangkaian Partners HealthCare yang melibatkan kepakaran klinikal yang tiada tandingan, penyelidikan dan pendidikan terulung.
"Di PHI kami terus didatangi oleh organisasi-organisasi kesihatan dan institusi-institusi akademik di seluruh dunia yang memiliki jangkaan yang tinggi terhadap rawatan kesihatan berkualiti untuk warga tempatan mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PHI, Gilbert H. Mudge, M.D. "PHI mewakili dimensi menyeluruh Partners HealthCare dalam pasaran global; kami akan menyediakan kepakaran luas yang tersedia dalam sistem ini untuk mengendalikan projek transformatif ini. Jalinan kerjasama dengan Barts dan VGH melalui kolaborasi ini memberikan rakan-rakan kerjasama yang unik kepada inovasi dalam bidang kesihatan."
Latar Belakang Partners HealthCare International
PHI telah diasaskan pada tahun 1997 untuk memajukan misi Partners HealthCare ke seluruh dunia melalui kolaborasi dan kerjasama yang diwujudkan untuk meluaskan kapasiti rakan kongsi global bagi menyampaikan rawatan kesihatan berkualiti tinggi. Selama lebih 20 tahun PHI telah bekerjasama dengan pelbagai institusi dan sistem-sistem rawatan kesihatan di lebih 40 buah negara untuk mendorong penambahbaikan yang transformatif dan mampan dalam rawatan kesihatan seluruh dunia.
Partners telah diasaskan pada tahun 1994 oleh Brigham dan Hospital Wanita serta Hospital Besar Massachusetts, dua buah hospital pendidikan tertua dan terbesar bagi Sekolah Perubatan Harvard, dan merangkumi hospital-hospital komuniti dan khas, organisasi pengurusan penjagaan, jaringan doktor, pusat-pusat kesihatan komuniti, pusat-pusat pemulihan, rawatan di rumah dan lain-lain entiti berkaitan kesihatan. Lima buah hospital berkedudukan tinggi Partners membentuk sebahagian daripada sistem rawatan kesihatan ini, dan semuanya diiktiraf oleh U.S. News dan World Report 2015-2016. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PHI dan bagaimana kami meluaskan kemampuan sistem kesihatan, sila kunjungi www.partners.org/international.
Latar Belakang Vitals Global Healthcare
VGH merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Bluestone Investments Malta Limited yang dimiliki oleh Bluestone Special Situations 4 Limited, sebuah dana ekuiti persendirian yang berpangkalan di Singapura dan diuruskan oleh Oxley Group. Pengarah dan rakan-rakan kongsi Oxley memiliki latar belakang yang hebat dalam bidang Kesihatan dan Penjagaan Warga Tua serta telah melabur dalam sektor ini di peringkat global. Visi VGH untuk projek kesihatan di Malta dan negara-negara lain dapat dirangkumi dalam pernyataan misinya – "Sebagai anggota dalam sistem kesihatan yang progresif dan memiliki reputasi yang tinggi, kami menyampaikan khidmat yang menyeluruh dan berkualiti tinggi kepada masyarakat tempatan dan kawasan tempatan yang lebih luas serta antarabangsa dengan kecemerlangan, ihsan dan kecekapan. Kami melakukannya dengan inovasi dan perubatan berasaskan bukti. Nilai-nilai kami mempunyai satu persamaan – kualiti rawatan pesakit."
Latar Belakang Barts dan Sekolah Perubatan dan Pergigian London
Barts dan Sekolah Perubatan dan Pergigian London merupakan sebuah fakulti di QMUL. Sebagai salah sebuah sekolah perubatan terkemuka di UK, Barts dan Sekolah Perubatan dan Pergigian London menyatukan dua buah institusi pendidikan yang disegani: Hospital St Bartholomew, yang ditubuhkan pada tahun 1123, dan Kolej Perubatan Hospital London, yang merupakan sekolah perubatan pertama di England dan Wales, diasaskan pada tahun 1785. Queen Mary University of London (QMUL) menawarkan program selama lima tahun dalam bidang Perubatan, membawa kepada ijazah Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) diajar di Kepulauan Malta. MBBS akan diajar oleh Barts dan Sekolah Perubatan dan Pergigian London, yang merupakan sebuah fakulti QMUL, ahli Russell Group yang terdiri daripada universiti-universiti UK terkemuka diterajui oleh penyelidikan.
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi
Stephanie Adams
Telefon: 011-617-535-6478
E-mel: sadams9@partners.org