ATLANTA, 13 November 2015 /PRNewswire/ -- Precision Heliparts Canada (PHP-C), sebuah Syarikat Precision Aviation Group (PAG), yang terletak di Vancouver, Kanada, hari ini mengumumkan syarikat itu telah menandatangani perjanjian pembaikan, baik pulih dan rantaian bekalan dengan Coast to Coast Helicopters.
"Coast to Coast merupakan salah satu pengendali terbesar dan paling dihormati bukan sahaja di Kanada, tetapi juga di seluruh industri penerbangan," kata Naib Presiden dan Pengurus Besar PHP Canada yang baru dilantik, Kieran Hannan. "Coast to Coast menyediakan perkhidmatan udara yang penting kepada pelbagai industri di Kanada dan di beberapa pangkalan udara di seluruh negara. Ini adalah satu penghormatan apabila dipilih sebagai Pembekal Utama kepada Coast to Coast dan menyediakan perkhidmatan sokongan yang menyeluruh daripada Pasukan Sokongan Precision yang berpangkalan di Vancouver."
Flit Coast to Coast terdiri daripada pelbagai pesawat bersayap putar dan tetap yang menyediakan perkhidmatan untuk sektor Minyak dan Gas, Perhutanan, Hidro, Pengangkutan Penumpang dan Kargo, Perlombongan, Perkhidmatan Kecemasan dan juga Pelancongan.
"Kami telah memilih PHP-Canada sebagai Pembekal Utama atas banyak sebab termasuk kehebatan kepakaran dan pengalaman, kecemerlangan sokongan pelanggan yang ditunjukkan, ketersediaan inventori, fokus kualiti dan reputasi PHP-Canada," kata Frederic Allard, presiden, Mustang Helicopters, satu divisyen Coast to Coast Helicopters. "Kami mengendalikan beberapa pesawat dalam menyokong pelbagai industri. Ketersediaan pesawat, Keselamatan dan Kualiti, dan kesediaan operasi adalah keutamaan tertinggi kami. PHP-Canada bukan sahaja dapat memastikan kami mencapai tahap ketersediaan yang tinggi dengan mempunyai alat ganti yang kami perlukan mengikut jadual dan tidak berjadual malah ia turut menyediakan masa penyempurnaan baik pulih dan pembaikan yang terulung dalam industri. Kami tahu jika sesuatu diperlukan untuk pesawat kami, mereka dapat membantu kami untuk kembali terbang dengan segera."
Coast to Coast mengendalikan 86 helikopter dan 36 pesawat bersayap tetap yang terdiri daripada helikopter Bell, Airbus, Sikorsky dan Robinson. Mereka turut mengendalikan model sayap tetap Cessna, Jet Stream, King Air, dan Piper.
"Di seluruh rangkaian syarikat PAG, kami memiliki pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan sebarang model pesawat," kata Hannan. "Daripada penjana pemula, avionik dan petunjuk kepada roda serta brek, kami memiliki inventori terbesar yang boleh didapati. Pasukan berkemahiran kami dapat mengurus petunjuk terkecil hinggalah kepada enjin terbesar. Kami berbangga dengan pertumbuhan dan kejayaan organisasi kami dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan flit Coast to Coast yang luas ini agar dapat berjalan lancar."
Precision Heliparts Canada akan mempunyai reruai di konvensyen Persatuan Helikopter Kanada di Vancouver, Kanada dari 13-15 November. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Precision Heliparts Canada dan untuk menemui ahli pasukan mereka, sila kunjungi reruai bernombor 408.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140730/131516
Latar Belakang Precision Aviation Group (PAG)
Precision Aviation Group (PAG) merupakan penyedia utama bagi produk dan khidmat bernilai tambah kepada industri aeroangkasa dan pertahanan dunia. Dengan 8 lokasi dan lebih 245,000 kaki persegi kemudahan jualan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, PAG menggunakan unit perniagaan tersendirinya dan model perniagaan berfokuskan pelanggan untuk memberi khidmat kepada pelanggan industry penerbangan melalui dua fungsi perniagaan – Rantaian Bekalan Penerbangan – dan perkhidmatan Inventory Supported Maintenance, Repair and Overhaul (ISMRO®) yang bertanda niaga.
PAG menyediakan Penyelesaian MRO dan Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap Tetap dan Putar melalui: Precision Heliparts - PHP (www.heliparts.com); Precision Aviation Services - PAS (www.precisionaviationservices.com); Precision Accessories & Instruments - PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-IA (www.heliparts.la); Precision Aero Technology –PAT (www.precisionaerotechnology.com), Precision Heliparts - Australia - PHP-AU (http://www.precisionheliparts.com.au), Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au) dan Aviation Controls, Inc. – ACI (www.aviationcontrolsinc.com). Anak-anak syarikat PAG mempunyai kemampuan MRO untuk lebih 35,000 produk, termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, perkakasan, NDT, pemula/penjana, dan roda/brek (www.precisionaviationgroup.com).
Latar Belakang Coast to Coast Helicopters Inc.
Kumpulan Coast to Coast Helicopters merupakan perniagaan milik keluarga terbesar di Kanada yang mempunyai lebih 130 pesawat. Flit ini terdiri daripada 19 jenis pesawat termasuk helikopter dan pesawat sayap tetap berdaya angkat sederhana, pertengahan dan ringan, beroperasi daripada rangkaian pangkalan global. Sejak 10 tahun lalu, empat pengendali terkemuka dari seluruh Kanada telah menyertai Coast to Coast, termasuk: Mustang Helicopters, Heli-Excel, Heli-Inter dan Exact Air. Coast to Coast menawarkan kepada pelanggannya dengan liputan penuh merentasi Kanada dengan perkhidmatan berkemampuan, mantap, dan tertumpu dalam industri pesawat. Pasukan profesional pesawat mereka yang hebat terdiri daripada lebih 300 pekerja yang berdedikasi.