SINGAPURA, 13 Dis, 2012 /PRNewswire/ -- Meritus Hotels & Resorts memperoleh dua kejayaan pada Anugerah Perniagaan ASEAN (2012 ABA) yang berlangsung sempena Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ASEAN-BIS) kesembilan di Phnom Penh, Kemboja.
(Foto : http://www.prnasia.com/sa/2012/12/11/20121211193426920875.html )
(Logo : http://www.prnasia.com/sa/2011/12/09/20111209194931399475-l.jpg )
Meritus dipilih sebagai Perusahaan Yang Paling Dikagumi (Most Admired Enterprise) (Syarikat Besar) dalam Kategori 'Pertumbuhan', atas kejayaan mencatat peningkatan keuntungan yang luar biasa serta visi jangka panjang untuk pertumbuhan mampan; dan Perusahaan Yang Paling Dikagumi (Syarikat Besar) dalam Kategori 'Inovasi', atas kecemerlangan inovasi dalam proses perniagaan, produk, Pemasaran dan Pengurusan Saluran.
Anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan dihoskan bersama oleh Dewan Perniagaan Kemboja, ASEAN-BIS ditubuhkan sebagai acara sampingan rasmi pada Sidang Kemuncak Para Pemimpin ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur(EAS), di mana tidak kurang daripada 16 Ketua Negara dan Kerajaan bertemu di ibu negara Kemboja. Lebih daripada 1000 peserta menyertai pelbagaimesyuarat mendalam dan panel maklumat yang membincangkan pelbagai topik mengenai pembangunan Asean untuk tahun-tahun yang akan datang serta cara untuk merealisasikan AEC 2015 (Komuniti Ekonomi ASEAN).
ASEAN-BIS tahun ini mengetengahkan para pencermah utama, antara lainseperti H.E. Samdech Decho Hun Sen, Perdana Menteri Kerajaan Kemboja ; H.E. Cham Prasidh, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan ; H.E. Surin Pitsuwan, Setiausaha Agung ASEAN; Donald P. Kanak, Pengerusi Prudential Corporation Asia; Gilles Plante, Ketua Pegawai (CEO) Asia of ANZ Banking Group; dan Dr. Jonathan Choi, Pengerusi Sunwah Group, dan ramai lagi.
Sidang Kemuncak diakhiri dengan Majlis Gala Anugerah Perniagaan ASEAN yang memperakui Perusahaan Kecil dan Sederhana dan syarikat besar yang palingberjaya dalam bidang pertumbuhan pekerjaan, inovasi serta tanggungjawab korporat di rantau ini.
Kedua-dua anugerah dalam kategori Pertumbuhan dan Inovasi diterima oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Chua ian Chu bagi pihak Meritus Hotels & Resorts, dan dalam ucapannya beliau berkata, "Kami sangat berbangga dan berterima kasih atas perakuan sebagai antara organisasi yang dibangunkan dalam negara yang paling berjaya. Anugerah ini pastinya merupakan kejayaan yang paling penting bagi Meritus dalam meneruskan perjalanan untuk menembusi lebih banyak pasaran."
Untuk maklumat lanjut mengenai Meritus Hotels & Resorts, layari www.meritushotels.com.
Nota kepada Editor
Maklumat Mengenai Meritus Hotels & Resorts
Meritus Hotels & Resorts ialah bahagian hospitaliti Exchange-listed Overseas Union Enterprise Limited (OUE) Singapura yang merupakan antara syarikat pemaju hartanah utama di Asia, dan merupakan antara beberapa pemaju bersepadu di Singapura yang memiliki portfolio lengkap aset-aset utama dalam sektor preuncitan, komersil, kediaman dan hospitaliti.
Sebagai pemenang anugrrah dalam jenama hospitaliti, Meritus sinonim dengan hospitaliti dan warisan Asia, dengan hartanah mewah terletak dibandar raya utama serta destinasi resort indah di Singapura, Malaysia, Indonesia, dan Tanah Besar China. Portfolio semasanya termasuk Mandarin Orchard Singapura, Marina Mandarin Singapura, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi, Meritus Surabaya City Centre, Meritus Mandarin Haikou, dan Meritus Shantou China.
Untuk maklumat lanjut media, sila hubungi :
Janice Azupardo
Naib Presiden Serantau, Jenama & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
T +65-6831-6385
janice.azupardo@meritushotels.com
Grace Ho
Pengurus Jenama & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
T +65-6831-6054
grace.ho@meritushotels.com
SUMBER Meritus Hotels & Resorts