omniture

Keputusan Menakjubkan di Kejohanan Dunia STIHL TIMBERSPORTS(R) 2015

STIHL TIMBERSPORTS Series
2015-11-16 13:45 346

POZNAN, Poland, November 16, 2015 /PRNewswire/ --

Rekod Dunia Baharu Kapak dan Gergaji

Kejohanan Dunia STIHL TIMBERSPORTS® 2015 mengumpulkan atlet pembalak elit dunia di Poland pada 13 dan 14 November.  Pemegang rekod semasa Jason Wynyard, New Zealand, memenangi Pertandingan Solo untuk kali ketujuh.  Dalam pertandingan berpasukan, pasukan kiwi (New Zealand) bersaing hebat menentang Australia.  Dalam persaingan sengit ini, pasukan Australia memenangi satu rekod dunia baharu 47.22 saat.  Sukan ekstrem kapak dan gergaji ini mengujakan 5,000 penonton dalam arena di Poznan yang laris terjual.

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/111314 -

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151115/287425 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151115/287426 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151115/287427 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151115/287428 )

Jason Wynyard tidak mampu ditewaskan

Jason Wynyard dari New Zealand membuktikan di Kejohanan Dunia STIHL TIMBERSPORTS® 2015 bahawa tiada siapa yang dapat mengendali kapak dan gergaji mengatasinya.  Beliau mendahului pertandingan dua belas orang itu sejak di peringkat awal lagi.  "Kejayaan sebegini berasaskan kerja keras yang melangkaui batasan.  Saya gembira kerja keras itu membuahkan hasil untuk saya hari ini.  Bendera New Zealand berkibar di atas tempat pemenang, dan saya berbangga dengannya," ujar Wynyard.  Christophe Geissler dari Switzerland memperoleh pingat perak hasil daripada potongan cemerlang dengan menggunakan gergaji rantai 80 kuasa kuda dalam pertandingan 'Hot Saw'.  "Saya sangat berbangga menjadi orang Eropah yang terbaik di atas podium; ia sesuatu yang tidak dijangka.  Dan itulah yang membuatkan ia lebih berharga!"  Rookie Brayden Mayer pemuda berusia 20 tahun dari Australia mendapat pingat gangsa.  Pertandingan pada 2015 ini menyaksikan kemunculan sebilangan besar atlet muda yang meningkat naik.  Secara keseluruhanya, kesemua dua belas atlet itu menunjukkan persembahan yang hebat: 20 rekod kebangsaan yang disaingi oleh atlet dari sebelas Negara.  Dua rekod dunia dalam 'Stock Saw' dan Underhand Chop' dipecahkan oleh Dirk Braun dari Jerman dan Meyer dari Australia.

Memecah rekod Pertandingan Berpasukan 

Pasukan dari Australia adalah juara baharu dan lama di Kejohanan Siri Dunia STIHL TIMBERSPORTS®.  Mereka mempamerkan persembahan yang menakjubkan, dengan empat orang memecahkan empat blok kayu menjadi kayu api dalam 47.22 saat.  Ini menjadikan atlet Australia sebagai pemegang rekod baharu dunia.  Pertembungan dengan pasukan pesaing turun temurun dari New Zealand menyaksikan kemenangan yang sangat tipis.  Pasukan Kiwi hanya memerlukan lebih daripada 0.77 saat dalam pertandingan berpasukan untuk empat kategori.  Pasukan yang bergelar juara meraikan kemenangan itu dengan penuh kegembiraan:  "Ia satu perasaan yang hebat, dapat menyaksikan pasukan kami menjadi Juara Dunia buat kali kedua berturut-turut."  Tempat ketiga disandang oleh pasukan dari Amerika Syarikat.  Pasukan-pasukan Eropah terpaksa mengakui keunggulan pasukan dari luar negara, yang menyaksikan tiada satu pasukan Eropah pun yang berjaya menjadi pemenang.  Pasukan tuan rumah Poland tersingkir di suku akhir, namun berjaya memecah rekod Eropah dengan 59.96 saat.  Di tangga kelima, pasukan Jerman merupakan pasukan terbaik Eropah.

Hubungan media:
STIHL TIMBERSPORTS® SERIES
Presse international
Telefon: +49(0)71-51 / 26-4521
Mudahalih: +49(0)151 / 54409636
Emel: mailto:jasmin.oun@stihl.de
Internet http://www.stihl-timbersports.com

Sumber: STIHL TIMBERSPORTS Series

Source: STIHL TIMBERSPORTS Series
Keywords: Sporting Events Sports Awards