SINGAPURA, Nov. 16, 2015 /PRNewswire/ -- GrabTaxi, jenama pengangkutan darat terbesar di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan GrabHitch, perkhidmatan perkongsian perjalanan ulang-alik sosial dengan harga berpatutan untuk rakyat Singapura. Tawaran produk yang terkini ini direka untuk pemandu yang mempunyai ruang lebihan dalam kenderaan mereka untuk menumpang penumpang lain yang ingin ke tempat yang sama. Aplikasi GrabTaxi kini menawarkan pelbagai perkhidmatan pengangkutan yang saling melengkapi yang memenuhi segmen pelanggan yang berbeza - dengan pilihan perjalanan serta pertimbangan kos yang berbeza.
GrabHitch merapatkan jurang dalam pasaran semasa dan menyediakan Pengangkutan alternatif pada harga yang berpatutan berbanding teksi dan pengangkutan awam, seperti kereta api dan bas. Penumpang yang inginkan perkhidmatan dari pintu ke pintu yang mudah pada harga yang berpatutan boleh memilih GrabHitch. Pemandu boleh berkongsi perjalanan mereka dengan penumpang yang ingin menuju ke tempat yang sama bagi mengurangkan kos perjalanan mereka.
"Dengan lebih setengah juta kereta persendirian[1] di Singapura, terdapat jumlah kereta yang besar dengan tempat duduk lebihan untuk lebih ramai penumpang. Setiap kereta berpotensi untuk memainkan peranan dalam memperbaiki rangkaian pengangkutan awam Singapura dan memenuhi permintaan untuk menyewa kenderaannya yang semakin meningkat setiap hari," kata Anthony Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, GrabTaxi. "Dengan GrabHitch, kini kami menawarkan bilangan pilihan pengangkutan tertinggi yang saling melengkapi untuk orang ramai yang menggunakan aplikasi GrabTaxi - bagi memberi pilihan kepada orang ramai dengan harga yang berpatutan, sepanjang masa serta untuk semua jenis keperluan."
[1] |
Jabatan Statistik Singapura (Sep 2015) |
Faedah GrabHitch
"GrabHitch sememangnya memenuhi keperluan mereka yang inginkan perkhidmatan pengangkutan dari pintu ke pintu, tetapi tidak mahu membayar harga yang lebih tinggi berbanding tambang kereta api atau bas awam. Kami berpendapat GrabHitch akan menarik pengguna yang hanya mempunyai pilihan menggunakan pengangkutan awam, yang akan mengurangkan kesesakan dalam kereta api atau bas," kata Tan Hooi Ling, Pengasas Bersama, GrabTaxi. "Pemandu dan penumpang boleh sama-sama bermanfaat dari segi kos, dan faedah tambahan kerana dapat berkenalan individu baru yang mempunyai minat yang sama. GrabHitch menjadikan pengangkutan lebih daripada sekadar urus niaga - kini ia dapat memupuk hubungan baharu."
GrabHitch akan memadankan pemandu dan penumpang yang mengambil laluan yang sama dan menuju ke destinasi yang sama.
Antara faedah pengguna GrabHitch termasuk:
Pemandu GrabHitch yang berpotensi mesti menyediakan dokumen termasuk lesen memandu, pendaftaran kenderaan bermotor, serta insurans. Pemeriksaan pengesahan lanjut juga akan dibuat untuk kesalahan trafik besar, agar memastikan keselamatan penumpang. Semua pemandu dan penumpang, akan sentiasa disahkan oleh sistem maklum balas kami.
Pengguna GrabHitch juga akan mendapat akses kepada langkah-langkah keselamatan yang mantap daripada aplikasi GrabTaxi, termasuk ciri 'kongsi perjalanan saya' yang membenarkan perjalanan mereka dijejak secara langsung dan talian khidmat pelanggan 24 jam.
Rangkaian GrabTaxi: Semua perkhidmatan - GrabTaxi, GrabCar, GrabHitch dan di sesetengah pasaran, GrabBike - boleh didapati melalui aplikasi GrabTaxi. Penumpang kini mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan dan boleh memilih dengan mudahnya sama ada ingin menempah perkhidmatan yang mereka mahukan pada saat itu.
Dengan pengguna setia GrabTaxi yang ramai, pemandu GrabHitch - dan pemandu bagi mana-mana produk kami - juga akan mendapat peluang lebih tinggi untuk mendapat tempahan, terutamanya semasa waktu puncak iaitu ketika permintaan untuk perjalanan meningkat.
Bagaimana GrabHitch berfungsi
Penumpang boleh membuat pratempahan kereta dari tujuh hari lebih awal sehingga 15 minit sebelum dijemput, hanya dengan melengkapi lokasi mereka berada serta destinasi yang dituju. Pemandu dan penumpang akan dimaklumkan apabila padanan laluan yang berjaya telah dibuat.
Sejajar dengan peraturan berkongsi kereta Singapura, pemandu GrabHitch hanya boleh menerima sehingga dua tempahan setiap hari, dan tambang hanya akan merangkumi kos boleh ubah pemandu, seperti minyak petrol dan susut nilai kereta. Tambang untuk perjalanan GrabHitch dikira berdasarkan jarak perjalanan dan akan ditunjukkan terlebih dahulu, bagi membenarkan penumpang memutuskan sama ada mereka bersetuju dengan harga tersebut sebelum mengesahkan tempahan.
Semua tambang dibayar melalui GrabPay, pilihan kad kredit yang boleh didapati daripada aplikasi GrabTaxi.
Ketersediaan
GrabHitch kini dibuka di Singapura dari 11 hingga 30 November 2015 untuk fasa beta bagi pendaftaran pemandu.. Pemandu yang mendaftar awal semasa fasa beta ini akan menerima hadiah eksklusif GrabHitch dan juga layak untuk cabutan bertuah. Pemandu boleh memuat turun atau mengemas kini versi aplikasi GrabTaxi terkini, yang boleh didapati secara percuma dari Google Play atau App Store Singapura, serta mendaftar dengan mengklik pada ikon "GrabHitch" dan mengikut arahannya.
GrabHitch akan dilancarkan untuk semua pengguna di Singapura menjelang akhir tahun 2015.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati http://www.hitch.grabtaxi.com.
Latar Belakang GrabTaxi
Ditubuhkan pada Julai 2011, misi GrabTaxi adalah untuk merevolusikan industri teksi di Asia Tenggara. Sejak aplikasi itu dilancarkan pada tahun 2012, seramai 160,000 orang pemandu telah menggunakan telefon pintar yang dilengkapi kecanggihan GrabTaxi untuk menerima tempahan teksi di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. GrabTaxi bermula sebagai satu aplikasi teksi namun telah mempelbagaikan tawaran produknya untuk merangkumkan GrabCar dan GrabBike; yang boleh didapati melalui aplikasi GrabTaxi. GrabCar merupakan perkhidmatan sewaan kenderaan persendirian yang kini boleh didapati di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Vietnam. GrabBike merupakan perkhidmatan tempahan teksi motosikal yang dilancarkan di Vietnam, Indonesia dan Thailand. Aplikasi GrabTaxi telah dimuat turun sebanyak 9 juta kali dan merupakan peneraju pasaran di Asia Tenggara.
Aplikasi ini boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar dan tablet melalui:
iOS: http://bit.ly/grabtaxi-iOS
Android: http://bit.ly/grabtaxi-Android
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.grabtaxi.com.
Wakil Media
Hannah Chung +65-6336-8301 E-mel: chungh@ruderfinnasia.com |
Chen Terng Shing +65-6336-9075 E-mel: chents@ruderfinnasia.com |