omniture

Perlumbaan Merebut Kerusi Presiden Virtual Reality Bermula

Mindark PE AB
2015-11-19 19:00 148

Avatar bagi Bill of Rights Dicadangkan

GOTHENBURG, Sweden, 19 November 2015 /PRNewswire/ -- /Mindark/ -- Mindark PE AB, Pembangun bagi Entropia Universe, sebuah platform Realiti Maya MMO Tunai Sebenar, hari ini menggumumkan pengenalan kepada sistem undian berdemokrasi baharu serta tarikh undian untuk memilih Presiden Virtual Reality pertama mereka. Dengan peningkatan kesedaran dan penyertaan dalam realiti maya serta pelaburan global yang signifikan dalam kecerdasan buatan, sebuah kerajaan maya baharu akan dibentuk untuk mengawal selia hak pengguna di seluruh platform.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151116/287817LOGO

Mindark menjemput mana-mana pemain berusia lebih 14 tahun untuk menjadi warganegara realiti maya mereka dan mendaftar untuk mengundi pada hari undian yang bersejarah untuk memilih Presiden Virtual Reality pertama. Calon-calon yang ingin merebut jawatan presiden boleh mula mendaftar dan berkempen. Pembangun, penerbit, dan pencipta Virtual Reality bagi perkakasan dan perisian boleh mendaftar untuk menyertai Pakatan Virtual Reality untuk memilih Avatar bagi Bill of Rights dan mewujudkan penyatuan dalam pembangunan Realiti Maya. Undian akan tamat pada 27 Mac 2016.

Sila lawati www.PresidentofVirtualReality.com untuk mendaftar dan menyertai undian ini.

"Virtual Reality bukan sekadar sebuah syarikat," kata David Simmonds, Naib Pengerusi Mindark PE AB. "Kami berbangga untuk benar-benar memperkasa serta menyokong mana-mana individu yang tinggal dan bekerja dalam sektor realiti maya yang mampu menentukan pilihan sendiri dan kerajaan sendiri. Badan kawal selia dengan Presiden yang dipilih secara demokrasi adalah satu kemajuan yang besar dalam menjadikan realiti maya suatu realiti."

Presiden pertama Virtual Reality akan memegang jawatan selama empat tahun dengan peluang untuk dipilih semula. Presiden tersebut akan berkhidmat dengan belanjawan operasi pendahuluan yang disumbangkan dengan murah hati oleh Entropia Universe; Mindmark akan mendermakan sebahagian daripada GNP Entropia Universe untuk membiayai penubuhan Pejabat Presiden Virtual Reality serta membantu mempromosikan perikatan strategik antara kerajaan realiti maya dengan kumpulan atau institusi dunia nyata. Memandangkan semakin banyak syarikat dan organisasi menyertai perikatan realiti maya itu, belanjawan dijangka akan ditingkatkan untuk membiayai inisiatif yang berikutnya serta kedudukan kerajaan. Selain itu, Entropia Universe akan melaksanakan sistem undian proprietari Demokrasi Maya mereka yang selamat bagi menjadi contoh yang jelas untuk kerajaan dunia sebenar, serta membolehkan penduduk realiti maya itu mengundi isu-isu penting dan juga memilih pemimpin yang mewakili kepentingan mereka.

Entropia Universe telah beroperasi selama lebih 12 tahun dan telah mencatat beberapa rekod dunia, selain membolehkan pemain menikmati avatar mereka yang tiada tarikh luput yang belum pernah berlaku sebelum ini, perdagangan maya yang selamat, platform yang sentiasa berkembang, dan kandungan yang dihasilkan oleh pembangun permainan bebas serta studio utama Hollywood. Dengan kumpulan pemain dari seluruh dunia, ia mencatatka jumlah GNP melebihi &4 Bilion AS. Hasil tergabung sebanyak $2 bilion AS dalam urus niaga bida berlaku ke atas lebih 20 billion barangan maya yang dihasilkan. Sejumlah 30,000,000 urus niaga mikro selamat yang melibatkan wang sebenar diproses setiap hari dengan pengeluaran lebih $35,000,000 AS oleh pengguna.

Aset Disediakan di: www.tractionpr.com/EU

Latar Belakang Mindark PE AB dan Entropia Universe

Mindark PE AB, sebuah Syarikat Realiti Maya, telah ditubuhkan pada tahun 1998 untuk membangunkan sistem Realiti Maya dengan ekonomi berdaya maju dan menyeluruh bagi menyokong pembangunan avatar serta pembuatan dan juga perdagangan barangan maya berdasarkan mata wang sebenar. Mindark PE AB ialah pembangun permainan Entropia Universe, Platform Realiti Maya Dalam Talian Berbilang Pemain Ekonomi Tunai Sebenar (Real Cash Economy Massively Multiplayer Online Virtual Reality) terbesar di dunia. Entropia Universe membolehkan pemain turut serta dalam sistem Realiti Maya Berbilang Dunia menggunakan Avatar boleh kendali dan fungsi-fungsi lain tanpa sebarang caj bulanan. Sistem ekonomi wang sebenar yang inovatif menggunakan mata wang maya yang mempunyai kadar tukaran tetap dengan dolar AS. Hal ini membolehkan pemain menyimpan atau mengeluarkan dana sebenar sepanjang pengembaraan mereka di mana-mana planet maya atau di dunia nyata. Entropia Universe menggunakan enjin grafik tercanggih untuk menghasilkan visual berkualiti tertinggi dalam dunia MMO hari ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Mindark, sila lawati www.mindark.com atau hubungi kami melalui e-mel di bawah atau lawati lawan sesawang kami di http://www.entropiauniverse.com.

Media Entropia Universe: 
David Tractenberg
+1 (310) 453-2050 x111
david@tractionpr.com

Source: Mindark PE AB
Related Links:
Keywords: Computer Software Internet Technology