omniture

Pegawai Kanan Tentera Laut dan Pengawal Pantai dari Asia Pasifik akan Berhimpun

IQPC Worldwide
2012-12-17 11:00 220

pada Sidang Kemuncak Kapal Peronda Luar Pesisir 2013 di Singapura

SINGAPURA, 17 Dis, 2012 /PRNewswire/ -- Defence IQ baru-baru ini mengumumkan bahawa Persidangan Tahunan ke-3 Kapal

Peronda Luar Pesisir Asia Pasifik akan diadakan pada 16 dan 17 April, 2013 di Singapura.

Pegawai kanan dari Angkatan Laut dan Pengawal Pantai serantau akan berkumpul pada persidangan itu bagi membincangkan perkembangan terbaharu di dalam keupayaan dan keperluan armada, serta untuk membincangkan pengalaman operasi dan perspektif dalam mengatasi ancaman keselamatan maritim serantau. Dipengerusikan oleh Laksamana Muda Thomas Carney, Komander bagi Kumpulan Logistik, Armada Pasifik Barat Tentera Laut Amerika Syarikat, persidangan itu akan menampilkan wakil-wakil terkemuka dari Tentera Laut dan Pengawal Pantai dari Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina, Malaysia, Thailand dan banyak lagi, dan memberi tumpuan kepada isu-isu yang kritikal kepada pembangunan keupayaan armada, keselamatan maritim dan pelan pengambilalihan. Sehingga kini, lebih 20 agensi akan hadir, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, MMEA, Tentera Laut Indonesia, Bakorkamla, Pengawal Pantai Filipina, Tentera Laut Filipina, Polis Marin Vietnam, Tentera Laut Diraja Thailand dan banyak lagi. Di samping itu, sidang kemuncak berkenaan akan menampilkan satu hari keperluan pra-persidangan khusus untuk membincangkan perkembangan keupayaan dan pelan pengambilalihan bagi agensi-agensi maritim di rantau itu.

Dengan menghimpunkan tokoh-tokoh terbaik daripada pasukan tentera dan industri untuk berbincang  mengenai keupayaan OPV, cabaran dan keperluan adalah penting dalam meningkatkan operasi dan keselamatan maritim di rantau itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Colin Simpson, Pengarah serantau di Austal. "OPV di Asia Pasifik akan menyediakan satu peluang besar kepada industri berkenaan untuk bertemu dengan pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan bagi membincangkan bagaimana kita boleh membantu mereka dalam menghadapi cabaran mereka," kata beliau.

Sidang Kemuncak Kapal Peronda Luar Pesisir Asia Pasifik 2013 akan menampilkan kehadiran lebih 80 orang pegawai kanan tentera laut, sekaligus menjadikannya sebagai perhimpunan terbesar di Asia bagi pegawai kanan maritim kerajaan.Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau untuk melibatkan diri dengan acara itu, sila layari laman sesawang http://www.offshorepatrolasia.com , e-mel kepada: enquiry@iqpc.com.sg atau dengan menghubungi +65 6722 9388. Jika anda eorang pengamal media dan ingin untuk membuat liputan acara itu, sila berhubung dengan Susy.Angryany@iqpc.com.sg untuk keterangan lanjut.

 

Source: IQPC Worldwide
Keywords: Maritime/Shipbuilding Trade show news