omniture

Shopbop.com Umumkan Koleksi Kapsul Mira Mikati Untuk Musim Perayaan

Shopbop
2015-11-20 20:02 171

Koleksi tampilkan gaya eksklusif daripada pereka tersebut dan lain-lain jenama kegemaran Shopbop

NEW YORK, 20 Nov., 2015 /PRNewswire/ -- Shopbop.com, destinasi beli-belah global utama untuk wanita, mengumumkan koleksi kapsul yang eksklusif dengan pereka yang berpangkalan di London Mira Mikati untuk musim perayaan. Terkenal dengan motif cerianya pada potongan sedia dipakai yang sofistikated, Mira Mikati memperluaskan nilai estetika beliau melangkaui pakaian, untuk merangkumi aksesori cuaca sejuk, barang kemas, dan produk gaya hidup yang boleh didapati secara eksklusif melalui Shopbop.com dan sesuai untuk musim memberi hadiah. 

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120831/NY65266LOGO
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151119/289332
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151119/289333
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151119/289335

Gaya-gaya eksklusif itu dihasilkan daripada potongan-potongan penting dalam koleksi eponim Mikati dan ditujukan khas untuk gadis Shopbop. Menampilkan jaket varsiti, baju panas, beanie pom-pom, skaf dan set baju tidur yang lengkap dengan topeng mata sepadan, koleksi itu dipenuhi perincian tersendiri oleh Mikati dan cetakan yang menarik, seperti grafik buku nota, muka senyum (smiley) dan bola mata. Koleksi itu turut melibatkan kolaborasi dengan S'well, Frends, Venessa Arizaga dan Del Duca, memperluaskan grafik Mira yang menyeronokkan kepada barang kemas, beg kepit, hiasan beg, botol air serta fon kepala.

'Koleksi saya sentiasa diilhamkan daripada musim Perayaan dan saat gembira, dengan itu, apabila Shopbop mendekati saya untuk berkolaborasi dalam koleksi perayaan yang eksklusif ini, saya segera menjawab YA!" kata Mira Mikati. "Ketawa, bermain dan melayari Shopbop. Ia cukup sempurna untuk musim Perayaan!"

"Hasil rekaan pintar Mira membawakan tenaga ceria kepada Butik Hadiah Perayaan kami," kata Stephanie Nelson, DMM Aksesori dan Pereka RTW, Shopbop. "Koleksi beliau merupakan gabungan keceriaan dan tarikan yang sempurna, yang pasti digemari oleh gadis Shopbop."

Dengan harga bermula $40 hingga $1,650, koleksi eponim ini mempunyai sesuatu untuk setiap gadis bergaya yang anda kenal. Barang kemas Venessa Arizaga berharga antara $55 hingga $215; hiasan beg Del Duca berharga $40 manakala beg kepit berharga $430; dan botol air S'well serta fon kepala Frends berharga $42 dan $225 setiap satu, masing-masing. Shopbop menawarkan khidmat pelanggan sepanjang masa dalam berbilang bahasa, penghantaran global percuma yang pantas selain pemulangan percuma di A.S. dan juga Kanada serta manfaat Amazon Prime untuk ahli yang membuat pesanan di A.S.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Lauren Kanter, PR, Kanterl@shopbop.com, 212.274.2609

Latar Belakang Shopbop
Shopbop.com merupakan destinasi beli-belah pilihan secara dalam talian untuk gaya moden, menawarkan wanita di seluruh dunia dengan koleksi pereka terkenal dan baharu yang lengkap serta terpilih. Bekerjasama dengan lebih 1,000 jenama di seluruh dunia, Shopbop.com menawarkan wanita di 165 buah negara dengan pelbagai pakaian sedia dipakai dan aksesori melalui penghantaran di seluruh dunia yang pantas serta percuma selain pemulangan percuma di A.S. dan juga Kanada. Shopbop merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Amazon.com Inc.

Latar Belakang Mira Mikati
Pereka Lubnan yang berpangkalan di London Mira Mikati memulakan kerjaya fesyennya pada tahun 2007 sebagai pengasas bersama gedung konsep terkemuka Timur Tengah, Plum. Pada tahun 2012, Mikati telah diundang untuk menghasilkan koleksi kapsul untuk label Paris Faconnable: "Sebagai seorang pembeli saya ingin mendapatkan sesuatu yang menyeronokkan yang juga dijahit dengan cantik," kata Mikati. "Inilah sebenarnya yang saya lakukan." Koleksi kapsul itu menjadi kejayaan yang laris terjual. Hasil daripada galakan yang diberikan, Mikati memulakan label eponimnya, dan kini dalam musim keduanya, Mira Mikati dengan unik menggabungkan keseronokan, perincian bergaya emoji dengan potongan yang anggun serta berdaya dewasa.

Source: Shopbop
Keywords: Electronic Commerce Fashion Internet Technology Multimedia/Online/Internet Retail Textiles New products/services Women-related news