omniture

Pemimpin Industri Kecantikan Joel Ronkin Dinamakan Ketua Pegawai Eksekutif Fekkai Brands dan LUXE Brands

LUXE Brands LLC
2015-11-20 20:49 154

EKSEKUTIF INDUSTRI AMY SACHS SERTAI SEBAGAI KETUA PEGAWAI KOMERSIAL

NEW YORK, 20. Nov, 2015 /PRNewswire/ -- Fekkai Brands LLC (Fekkai) dan LUXE Brands LLC (LUXE) hari ini mengumumkan Joel B. Ronkin akan menyertai Fekkai dan LUXE sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mereka berkuat kuasa pada 1 Disember, 2015. En. Ronkin telah membina reputasi yang mantap dalam industri kecantikan sepanjang kerjayanya melebihi 16 tahun di Elizabeth Arden, Inc. (Elizabeth Arden), sebuah syarikat kecantikan berprestij yang terkemuka di peringkat global, termasuk, paling terkini, sebagai Presidennya bagi Wangian Global. Menerusi peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Joel akan menyelia operasi harian Fekkai serta LUXE dan akan bertanggungjawab memimpin kemajuan perniagaan penjagaan rambut mewah dan salon terkemuka Fekkai, selain mengembangkan portfolio LUXE ke peringkat global.

Semasa bertugas di Elizabeth Arden, En. Ronkin bertanggungjawab menyelia semua aspek dalam portfolio Wangian Global Elizabeth Arden, termasuk lebih 300 jenama wangiannya, selain mengurus perniagaan Amerika Utara Elizabeth Arden. Sepanjang perkhidmatannya, Joel membantu Elizabeth Arden menjadi salah sebuah syarikat wangian terkemuka di dunia, termasuk menjadi penyedia utama bagi wangian berprestij kepada akaun runcit secara besar-besaran di A.S., pengurus kategori wangian untuk banyak peruncit terbesar di Amerika Utara serta pengedar utama bagi banyak syarikat kecantikan lain dalam saluran A.S yang luas. Beliau turut membantu membina portfolio wangian terkemuka yang mengungguli industri, yang melibatkan jenama-jenama seperti Juicy Couture, John Varvatos, Elizabeth Taylor, Britney Spears dan Curve. Selain itu, Joel memainkan peranan penting dalam pengambilalihan sebilangan jenama, lesen dan perniagaan penting oleh Elizabeth Arden.

Fekkai dan LUXE turut mengumumkan Amy Sachs akan menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Komersial. Cik Sachs telah berkhidmat dalam kapasiti pengurusan yang sentiasa meningkat di Elizabeth Arden sepanjang 16 tahun lalu, termasuk sebagai Naib Presiden Kanan semasa bagi Tahap Pertengahan dan Ubatan Rantaian. 

Tony Bajaj, Pengurus Fekkai dan LUXE, berkata, "Kami telah bekerjasama dan mengenali Joel selama bertahun-tahun. Setelah mengambil alih Fekkai pada bulan Jun tahun ini, kami serta-merta mengenal pasti Joel sebagai individu yang cukup sempurna untuk bekerjasama dengan kami ketika kami merancang untuk membawa Fekkai serta LUXE ke tahap seterusnya. Selain itu, kami melihatnya sebagai peluang hebat untuk terus mengukuhkan hubungan jangka panjang dan sedia kukuh yang telah wujud bersama Elizabeth Arden, khususnya memandangkan ia berkenaan pengedaran sesetengah jenama dalam portfolio wangian kami." Dilesh Mehta, juga seorang Pengurus Fekkai dan LUXE, menambah, "Kami begitu teruja kerana dapat bekerjasama dengan Joel dan Amy ketika kami berusaha membina jenama Fekkai serta LUXE menjadi pemain dalam industri kecantikan global."

En. Ronkin menyatakan, "Walaupun hubungan saya dengan Tony dan Dilesh pada awalnya menarik minat saya terhadap peluang ini, potensi portfolio unik bagi jenama-jenama ini yang menjadi pemutus bagi saya. Kami ingin membina jenama Fekkai, dengan penglibatan aktif Frederic Fekkai sendiri, menjadi peneraju global dalam penjagaan rambut mewah dan untuk terus membangunkan setiap satu daripada jenama LUXE. Secara peribadi, walaupun amat sukar untuk meninggalkan Elizabeth Arden yang begitu bermakna kepada saya, saya yakin kami akan menemui jalan untuk syarikat-syarikat ini bekerjasama pada masa depan."

Latar Belakang Fekkai Brands LLC
Fekkai Brands LLC merupakan peneraju dalam penjagaan rambut mewah, menawarkan rangkaian produk inovatif yang lengkap dan salon khidmat penuh yang eksklusif. Produk Fekkai diedarkan melalui peruncit kecantikan terkemuka di Amerika Utara serta menerusi Salon Frederic Fekkai di Bandar Raya New York, California, Connecticut, Florida, St. Barths dan Texas. 

Latar Belakang LUXE Brands LLC
LUXE Brands LLC merupakan syarikat kecantikan berprestij dengan portfolio jenama diedarkan di lebih 70 buah negara. Ia telah diasaskan dengan misi untuk membangunkan jenama bertaraf dunia yang akan mampu kekal. Syarikat ini merancang untuk terus mengembangkan portfolio jenamanya yang pelbagai dan mendirikan asas yang kukuh dalam industri kecantikan. Portfolio LUXE Brands terdiri daripada Ariana Grande, Josie Natori serta Hawaiian Tropic dan hak pengedaran di Amerika Utara untuk DDF, Institute Arnaud, Jean Patou dan juga Porsche Design.

Source: LUXE Brands LLC
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Personnel announcements