omniture

The WORD Network Serius Tentang Sirius

The WORD Network
2015-11-20 21:17 158

DETROIT, 20 Nov., 2015 /PRNewswire/ -- The WORD Network, rangkaian keagamaan warga Afrika Amerika terbesar di dunia, telah meminta mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sirius Jim Meyer untuk membincangkan penyiaran The WORD Network selama beberapa bulan. The WORD Network telah memanggil Rev. Jesse Jackson untuk mengatur pertemuan dengan Sirius. Rev. Jackson dan Kevin Adell, Ketua Pegawai Eksekutif The WORD Network, telah bercakap dengan seorang wakil yang mengatakan, "Program The WORD Network tidak cukup menarik dan Jim Meyer, Ketua Pegawai Eksekutif SiriusXM Satellite Radio, tidak dapat bertemu kerana menghadiri mesyuarat yang berlangsung setiap hari dan sepanjang hari."

Kami melihat perkara ini sebagai satu penolakan terhadap Rev. Jackson dan The WORD Network akan memanggil pemimpin Agama lain yang telah menyokong The WORD Network, seperti Rev. Al Sharpton, Pemimpin Gerakan Agama Louis Farrakhan dan lebih 400 kumpulan pemimpin agama yang terdapat dalam The WORD Network. Kami akan meneliti syarikat-syarikat automotif, dan pengilang mereka, yang membekalkan serta memasang radio satelit SiriusXM dalam kereta.  

Kevin Adell, Ketua Pegawai Eksekutif The WORD Network berkata, "Agaknya program keagamaan warga Afrika Amerika belum cukup menarik. Namun begitu, Catholic Channels dan Joel Olsteen, yang bukan merupakan program keagamaan Afrika Amerika, jauh lebih menarik kepada Jim Meyer, Ketua Pegawai Eksekutif SiriusXM."

 

Source: The WORD Network
Keywords: Radio Advocacy Group Opinion Black-oriented news Religion