omniture

Pameran Canton ke-118: "Jualan dan Bilangan Pembeli Stabil dalam Bidang Penting Menunjukkan Harapan Masa akan Datang"

Canton Fair
2015-11-22 22:49 472

GUANGZHOU, China, 22 November 2015 /PRNewswire/ -- Berakhir pada 4 November, Pameran Canton edisi ke-118 - acara perdagangan paling berprestij di China - menunjukkan sedikit pengurangan dari segi kehadiran pembeli secara keseluruhan serta pertumbuhan dalam bidang-bidang penting. Seramai 177,544 pembeli luar negara dari 213 buah negara dan wilayah seluruh dunia menghadiri Pameran itu, satu penurunan sebanyak 4.6% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu. Namun begitu, mengatasi kerisauan meluas terhadap turun naik nilai mata wang, jualan sesetengah produk penting meningkat secara signifikan, sementara banyak negara pembeli menunjukkan peningkatan yang menggalakkan dalam jumlah pembeli.

Menurut pihak penganjur, tiga hari pertama Pameran itu menyaksikan jualan yang lebih baik daripada yang dijangka bagi kebanyakan sektor perindustrian China yang besar, dengan perkakasan rumah, komputer, dan peralatan komunikasi semuanya menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dalam bilangan kontrak yang ditandatangani. Sektor teknologi tinggi lain seperti produk mekanikal dan tenaga baharu turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah kontrak.

Industri perkakasan rumah China, dengan kemajuan yang dicapai baru-baru ini dalam produk pintar dan pengautomatan yang didorong oleh rekaan termaju, mendahului dengan menarik pembeli paling ramai. Pusing ganti bagi perkakasan rumah dalam sesi pertama menyaksikan peningkatan berbanding tahun sebanyak hampir 10%, dengan syarikat-syarikat seperti Haier, Midea, Hisense, dan Galanz setiap satunya mencatat jualan melebihi USD100 juta.

Angka ini jelas menunjukkan daya saing teras yang semakin meningkat bagi perkakasan China. Hisense, contohnya, kini sudah mengambil alih lebih 170 paten untuk televisyen pintar inovatif mereka.

Hisense merupakan contoh biasa bagi banyak syarikat China yang mengadakan pameran di Pameran Canton yang kini memberi tumpuan untuk membangunkan kelebihan berdaya saing baharu di medan antarabangsa melalui inovasi yang dipertingkat, penjenamaan, kualiti, perkhidmatan dan kesedaran alam sekitar.

Astaka Antarabangsa Pameran Canton juga mencatat kejayaan cemerlang, menarik lebih 90,000 kunjungan menjelang 3 November. Dengan lebih 600 buah syarikat dari 40 buah negara, Astaka Antarabangsa menyaksikan bilangan dan kepelbagaian pempamernya meningkat secara signifikan berbanding acara sebelum ini. Terdapat banyak jenama antarabangsa terkenal yang hadir, sementara syarikat-syarikat China terkemuka seperti Suning dan Vanguard mendapatkan sumber produk dari sini.

Terdapat juga petanda menggalakkan bagi "Inisiatif Lingkaran dan Jalan" China semasa Pameran itu. Bilangan pembeli daripada blok Persatuan Asia Selatan, Arab Saudi dan Vietnam semuanya meningkat, sementara Thailand (hampir 400%), Sri Lanka (103%), Serbia (97%), Hungary (44%) dan Jordan (38%) semuanya menambah jumlah pembelian mereka secara signifikan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Source: Canton Fair
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Machinery Retail Trade show news