NEW HAVEN, Connecticut, 19 November 2015 /PRNewswire/ -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Kanak-kanak Philadelphia, Madeline Bell, Keluarga Buerger, kakitangan hospital, keluarga, dan pemimpin masyarakat setempat menyambut pembukaan Pusat Penjagaan Pediatrik Lanjutan Buerger dengan upacara memotong reben pada 7 November. Kemudahan pesakit luar baharu hasil rekaan Pelli Clarke Pelli Architect itu berkeluasan 700,000 kaki persegi merupakan yang pertama seumpamanya untuk Hospital itu, menyediakan rawatan khusus dan perkhidmatan pemulihan kepada kira-kira 200,000 pesakit kanak-kanak setiap tahun. Prinsipal Kanan Cesar Pelli, Prinsipal FAIA Mark Shoemaker, AIA, dan Ahli Bersekutu Kanan Chris Koon, AIA turut hadir. En. Pelli dipetik berkata, "Menggambarkan keceriaan kanak-kanak dapat membantu mengukuhkan idea bagi pengalaman perubatan yang positif."
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151117/288554
Rekaan PCPA bagi Pusat Buerger adalah satu pertambahan yang dinamik kepada kampus utama CHOP di West Philadelphia. Bangunan dua belas tingkat dan sayap enam tingkat itu dibina dengan bentuk tersusun dan beralun serta dihiasi palet warna utama bagi menawarkan persekitaran rawatan yang memberi semangat dan interaktif kepada kepada kanak-kanak dan keluarga. Lantai yang mudah dipandu arahnya, pod berwarna-warni dengan paparan "Berhenti, Bermain, Belajar" ("Wait, Play, Learn") untuk bermain dengan gembira, selain taman bumbung untuk pemulihan dan bermain adalah ciri-ciri yang akan membantu mengurangkan tekanan yang biasanya berkaitan dengan hospital. Plaza berlandskap seluas tiga ekar menyediakan ruang terbuka untuk rekreasi selamat, perhimpunan keluarga, dan ruang kecil untuk refleksi peribadi; taman herba juga disediakan untuk kegunaan terapeutik.
Bahagian lobinya pula adalah luas dan dilimpahi cahaya dengan tanjakan melengkung yang mudah diakses oleh kanak-kanak untuk menaiki tingkat tiga secara bengkang-bengkok seterusnya melihat aktiviti yang berlaku di bawah. Tanjakan itu dihubungkan ke jambatan yang bersambung ke Kampus Utara di seberang jalan. Bangunan utama bertingkat dua belas itu berbentuk segi empat tepat di satu bahagian untuk menempatkan "kejiranan penjagaan" klinikal manakala bahagian selebihnya berbentuk melengkung untuk mewujudkan lobi yang ceria. Bangunan sayap bertingkat enam mempunyai gimnasium pemulihan di tingkat tiga dan taman di atas bumbung berada di tingkat teratas. Lif kaca berbentuk bujur menyajikan pesakit dan pelawat secara terus dengan aura "menyambut" yang ceria oleh pusat-pusat perubatan di setiap tingkat klinikal.
FKP Architects, berpangkalan di Houston, Texas, berperanan sebagai Arkitek Rekod.
Latar Belakang Pelli Clarke Pelli Architects
Ditubuhkan pada tahun 1977 dan diketuai Cesar Pelli FAIA, Fred Clarke FAIA, dan Rafael Pelli FAIA, Pelli Clarke Pelli Architects adalah sebuah firma yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan memenangi anugerah. Firma itu mereka cipta bangunan yang mengambil inspirasi daripada kekayaan sejarah seni bina, teknologi yang berkembang, dan perkongsian yang diwujudkan dengan pelanggan mereka.