Bangunan Empire State Meraikan Musim Perayaan dengan Hiasan Menakjubkan, Tetamu Selebriti Kejutan, dan Pertunjukan Cahaya Mengikut Muzik Tahunan
NEW YORK, 19 November 2015 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan butiran hadiah tahunan Bangunan Empire State (ESB) kepada warga New York, pelancong, dan peminat seluruh dunia pada musim perayaan ini – "ESB Unwrapped." Keraian selama sebulan ini bakal menampilkan hiasan musim perayaan menakjubkan di tingkap bangunan Fifth Avenue serta lobi Art Deco, kemunculan tetamu istimewa secara kejutan, dan pertunjukan cahaya menara yang mengikut rentak lagu-lagu musim perayaan.
"Setiap tahun, Bangunan Empire State mengalu-alukan ketibaan musim perayaan ke Bandar Raya New York," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ESRT. "Kami menjemput berjuta-juta pengunjung yang datang ke New York untuk mengalami musim perayaan di tengah-tengah NYC dengan lawatan ke Bangunan Empire State pada musim ini."
Kemunculan Kejutan
Anda tentu tidak akan menyangka siapa yang bakal anda akan jumpa ketika mengunjungi ESB dan sepanjang bulan November serta Disember, bangunan itu akan mengalu-alukan kedatangan tetamu selebriti terkemuka ke Lantai Cerap tingkat ke-86 yang terkenal di seluruh dunia itu bagi menikmati pandangan 360 darjah dan bertemu para peminat.
Hiasan Musim Perayaan:
Pada 18 November, para pengunjung dapat melihat bangunan itu "memperlihatkan" hiasan pameran jendela Fifth Avenue mereka yang dibuat khas, hasil rekaan Mark Stephen Experiential Agency, menampilkan set reka bentuk yang memasukkan model bangunan itu dalam pemandangan musim perayaan yang berkilauan. Hiasan dalam tona warna emas, gangsa dan perak menyerlahkan seni bina Art Deco ikon global itu, akan menghiasi lobi bangunan itu mulai 18 November hingga 5 Januari.
Pencahayaan Menara Ikonik:
ESB akan meneruskan keraian musim perayaan dengan pencahayaan menara bagi meraikan Hari Kesyukuran, Chanukah, Krismas, dan Tahun Baharu. Tambahan lagi, ESB akan bekerjasama dengan iHeartMedia untuk pertunjukan cahaya dan muzik musim perayaan tahunan mereka, yang disegerakkan mengikut lagu musim perayaan yang disiarkan di stesen radio New York iHeartMedia.
Untuk jadual pencahayaan yang lengkap, sila lawati: http://www.esbnyc.com/explore/tower-lights/calendar.
Pertunjukan Muzik Musim Perayaan:
Mulai 30 November hingga 18 Disember, pada jam 8-11 pagi, 12-3 petang, dan 4-7 petang, seorang pemain piano akan membuat persembahan di lobi Fifth Avenue, memainkan lagu-lagu klasik musim perayaan serta koleksi lagu kegemaran bermusim. Tambahan lagi, ESB akan membuat tayangan perdana sebuah video muzik di Jingle Ball Z100 di NYC pada 11 Disember, mempersembahkan beberapa pertunjukan cahaya menara ikonik itu serta kemunculan selebriti.
Pemuzik profesional akan mempersembahkan alunan lagu hit musim perayaan mereka mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari di sudut Barat Daya pameran "Dare to Dream" tingkat ke-80 Lantai Cerap itu. Barisan persembahan konsert musim perayaan ini termasuk:
26 Disember - Jazz with Mike Howell
27 Disember - Jersey Four Tribute
28 Disember - Anderson Brothers Jazz
29 Disember - Baby Soda
30 Disember - Dan Levinson Jazz Band
31 Disember - Melissa Hammens
Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Pusat Bandar Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan membuat pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik kehadiran penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit itu yang teguh menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Lantai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan yang paling digemari di dunia sebagai destinasi pelancongan #1 di rantau itu. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.
Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), amanah pelaburan harta tanah (REIT) terkemuka yang memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih dan menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan kedai di Manhattan serta kawasan metropolitan besar New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan kedai Syarikat itu meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2015, terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; dan kira-kira 720,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio kedai.
Latar Belakang iHeartMedia
Dengan 245 juta pendengar setiap bulan di A.S., 87 juta pengguna digital unik bulanan, lebih 75 juta pengikut sosial, dan 196 juta pengguna bulanan Rangkaian Lalu Lintas dan Cuaca Lengkap mereka, iHeartMedia mempunyai jangkauan terluas bagi mana-mana outlet radio atau televisyen di Amerika. Ia berkhidmat untuk lebih 150 pasaran melalui 858 stesen radio milik mereka, dan stesen radio serta bahan syarikat itu boleh didengari melalui radio AM/FM, radio digital HD, radio satelit, melalui Internet di iHeartRadio.com serta melalui laman sesawang stesen radio syarikat itu, melalui aplikasi mudah alih iHeartRadio, dalam papan pemuka automatik dipertingkat, melalui tablet dan telefon pintar, dan juga melalui konsol permainan.
iHeartRadio, platform radio digital iHeartMedia, merupakan perkhidmatan audio digital semua dalam satu No. 1 dengan lebih 700 juta muat turun; ia mencecah angka 20 juta pengguna berdaftar mereka yang pertama lebih pantas berbanding mana-mana perkhidmatan digital dalam sejarah Internet dan mendapat 70 juta pengguna lebih pantas berbanding mana-mana perkhidmatan radio atau muzik digital lain, malah lebih pantas berbanding Facebook. Operasi syarikat itu termasuk penyiaran radio, dalam talian, mudah alih, media digital dan sosial, konsert dan acara langsung, pensindiketan, perkhidmatan penyelidikan muzik, dan perwakilan media bebas. iHeartMedia merupakan divisyen iHeartMedia, Inc. (OTCBB: IHRT). Lawati iHeartMedia.com untuk mendapatkan lebih banyak maklumat syarikat.
Kenyataan Jangkaan
Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan". Kenyataan jangkaan boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "percaya", "menjangka", "mungkin", "akan", "patut", "ingin", "kira-kira", "berniat", "merancang", "pro forma", " menganggarkan", "mempertimbangkan", "menyasarkan", "terus", atau "mengagak" atau maksud berlawanan bagi semua perkataan dan frasa ini atau perkataan atau frasa yang mirip. Faktor berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan kejadian masa depan berbeza daripada yang dinyatakan atau dipertimbangkan dalam kenyataan jangkaan itu: faktor ini terkandung dalam Laporan Tahunan Syarikat itu dalam Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2014, termasuk yang dinyatakan di bawah tajuk "Faktor Risiko," "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Keputusan Operasi," "Perniagaan," dan "Harta Tanah". Walaupun kenyataan jangkaan mencerminkan kepercayaan dan keyakinan Syarikat, ia tidak menjamin prestasi masa depan. Syarikat menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara umum sebarang kenyataan jangkaan bagi mencerminkan perubahan dalam andaian atau faktor terselindung atau maklumat, data atau kaedah baharu, kejadian masa depan atau perubahan lain selepas tarikh siaran media ini, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. Bagi perbincangan lanjut tentang semua ini dan faktor lain yang boleh memberi impak kepada keputusan, prestasi, atau urus niaga masa depan Syarikat, lihat seksyen bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 dan risiko-risiko lain yang digambarkan dalam dokumen yang difailkan selepas itu oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran. Bakal pelabur tidak wajar bergantung sepenuhnya pada mana-mana kenyataan jangkaan, yang hanya dibuat berdasarkan maklumat yang sedia ada pada Syarikat (atau kepada pihak ketiga yang membuat kenyataan jangkaan itu).
Wakil Media:
Katherine Davis, Edelman
(212) 738-6098
Katherine.Davis@Edelman.com