omniture

Undian Bermula apabila Campari® Mengambil Pendirian untuk Pahit Manisnya dengan Kate Hudson sebagai Bintang Utama dalam Kalendar Campari 2016

Gruppo Campari
2015-11-19 02:00 372

NEW YORK, 19 November 2015 /PRNewswire/ --

Hari ini Campari® dengan rasminya mempersembahkan imej lengkap bagi Kalendar 2016nya di Bandar Raya New York, yang dikenali sebagai 'The BitterSweet Campaign' dan dibintangi oleh aktres serta usahawan Amerika, Kate Hudson.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7694751-kate-hudson-campari-bittersweet-campaign/

Khas untuk meraikan profil rasa pahit manis Campari yang unik, menarik, dan versatil, Kalendar tahun ini memanfaatkan kesibukan serta keterujaan pilihan raya dengan meminta orang ramai menetapkan pendirian dalam aspek aperitif klasik itu yang lebih digemari oleh mereka: Pahit atau Manis dan ini membawa kepada 'hari pengundian' pada 1 Mac 2016.  

Tiga belas imej - setiap satunya dirakam oleh jurugambar fesyen antarabangsa yang terkemuka Michelangelo Di Battista - menyaksikan Kate Hudson menyelami dan melambangkan dua jiwa Campari, selain memainkan peranan dua calon yang sedang berkempen: satu mempromosikan platform kepahitan yang memukau sementara lawannya menyokong platform kemanisan yang lebih lembut serta menarik.

Tentang membintangi Kalendar Campari 2016, Kate Hudson mengulas, "Projek ini lebih besar ertinya daripada sekadar menghasilkan kalendar yang baik kerana ia merupakan proses kreatif menceritakan kisah yang hebat. Tema tahun ini meminta orang ramai untuk menetapkan pendirian berkaitan kepercayaan mereka yang merupakan pesanan yang amat penting."

Tentang penglibatannya dalam Kalendar Campari 2016, Michelangelo Di Battista menambah, "Projek ini telah memberikan saya peluang untuk menggunakan keyakinan estetika saya yang unik dan gaya saya yang tersendiri bagi mencerminkan jenama Campari sepenuhnya."

Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari mengulas, "Saya teruja kerana dapat melancarkan Kalendar Campari tahun ini, The Bittersweet Campaign, yang sekali lagi membolehkan kami meraikan keunikan Campari. Kate Hudson menghidupkan kedua-dua profil rasa bertentangan Campari dengan sempurna yang menyerlahkan kebijaksanaan kreatif Michelangelo, seterusnya memberikan Kalendar ini keseimbangan sempurna dari segi moden dan klasik."

Orang awam turut diundang untuk berkongsi pendapat mereka dan menetapkan pendirian dengan berinteraksi bersama setiap parti yang terlibat melalui saluran sosial Campari. Kandungan eksklusif akan disiarkan sepanjang kempen ini dan satu platform dalam talian yang khusus telah diwujudkan yang membolehkan para pengguna mengambil ujian BitterSweet untuk melihat parti yang benar-benar sesuai dengan mereka, dan paling penting, mengundi serta menetapkan pendirian!

Kalendar Campari, yang hanya dicetak sebanyak 9,999 naskhah, tidak akan dijual tetapi akan diedarkan di seluruh dunia kepada rakan-rakan Campari.

http://www.campari.com

http://www.bittersweetcampaign.com

#CampariCalendar - #goBitter - #goSweet

Facebook  Twitter  Instagram  YouTube  Pinterest

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150929/271787 )

Sumber: Gruppo Campari

Source: Gruppo Campari
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Licensing/marketing agreements