omniture

ET Solar Buka Syarikat Pembangunan Perniagaan Serantau di Pakistan

ET Solar
2015-11-19 01:56 317

LAHORE, Pakistan, 19 November, 2015 /PRNewswire/ -- ET Solar, penyedia penyelesaian tenaga utama global, mengumumkan ia telah menubuhkan secara rasmi ET Solar Pakistan PLC, di Lahore, Pakistan, ketika ia berkembang kepada pembinaan projek Pengeluar Kuasa Bebas (IPP) di negara itu.

Menerusi anak syarikat ini, ET Solar kini memiliki infrastruktur di Pakistan untuk menawarkan pembangunan projek yang lebih baik, EPC, perkhidmatan operasi & penyelenggaraan (O&M), selain bantuan teknikal dan komersial untuk pemaju projek tempatan, pelabur serta pelanggan lain. Perkhidmatan ET Solar disediakan untuk loji kuasa suria bergred MW, selain projek atas bumbung kediaman & komersial.

ET Solar telah berada dalam pasaran Pakistan selama beberapa tahun dengan rancangan projek suria berjumlah 150 MWp, dan telah meneruskan program pembangunan projek 75 MWp sendiri. Menjelang akhir tahun ini, sejumlah 40 MWp projek akan menjalani pecah tanah. Syarikat itu telah memulakan pembangunan projek IPP dengan pembiayaan, EPC dan khidmat O&M untuk dua loji di Pind Dadan Khan, sebuah loji berjumlah 10 MWp manakala satu lagi 11.5 MWp, dengan kerja-kerja pembinaan bakal bermula pada Disember 2015.

Perniagaan EPC dijalankan melalui anak syarikat ET Solar yang berpangkalan di Munich, Jerman, ET Solutions AG (ETS), yang melaksanakan kontrak EPC Pakistan dengan pasukan Jerman yang amat berpengalaman. ETS telah menyempurnakan kontrak EPC di Jerman, Itali, Perancis, Romania, UK, Brazil, Chile dan negara-negara lain. Tiada kontraktor EPC China lain mempunyai kehadiran antarabangsa yang begitu besar, menjadikan ETS amat mudah diterima bank dalam pasaran PV global.

Mudah diterima bank bermakna kelulusan kewangan yang pantas: apabila pemberi pinjaman Eropah yang besar melantik penasihat teknikal untuk menilai cadangan EPC ET Solar, mereka meluluskannya hanya dalam tempoh yang singkat. Penerimaan bank adalah amat penting dalam pasaran Pakistan kerana pemaju IPP di sana sering kali mempunyai tempoh masa pendek untuk mendapat kepastian kewangan. Hasil daripada kekukuhan kewangan, pengalaman antarabangsa dan anak syarikat tempatan, banyak pelabur Pakistan telah mengundang ET Solar untuk bekerjasama dalam projek-projek IPP dan PV penjanaan teragih.

Selain kekuatannya sendiri, ET Solar turut memiliki kerjasama kukuh dengan pemain PV tempatan di Pakistan, seterusnya menyokong perniagaan EPC syarikat di sana.

"Pakistan merupakan salah satu pasaran terpenting dalam inisiatif Satu Lingkaran dan Satu Jalan China, kami komited untuk memainkan peranan signifikan dalam membangunkan projek-projek PV untuk pasaran ini," kata Dennis She, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ET Solar. "Kami berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha pertumbuhan Pakistan mampu diri dari segi tenaga menggunakan kekayaan sumber cahaya mataharinya yang bersih dan boleh diperbaharui. ET Solar telah menunjukkan komitmennya dengan penubuhan setempat, bekerjasama dengan syarikat-syarikat Pakistan dan menetapkan matlamat yang besar."

Latar Belakang ET Solar

ET Solar merupakan penyedia penyelesaian tenaga terkemuka global. Dengan teknologi suria yang inovatif dan penyelesaian kewangan terkhusus, ET Solar menyediakan penyelesaian profesional sehenti merentasi keseluruhan kitar hayat loji kuasa suria termasuk pembangunan, pembiayaan, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, dan operasi & penyelenggaraan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ET Solar, sila kunjungi http://www.etsolar.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Eric Zhang
Tel: +86 25 8689 8098 samb.9011 / +86 136 4518 8386
Faks: +86 25 8689 8097
E-mel: eric.zhang@etsolar.com / pr@etsolar.com

Source: ET Solar
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services