NORWALK, Connecticut, 18 Nov., 2015 /PRNewswire/ -- Kongres-kongres perubatan utama musim luruh ini telah menampilkan Stretta untuk rawatan penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Sesi-sesi menampilkan Stretta merupakan sebahagian daripada program pendidikan sempena Minggu Obesiti, Persekutuan Antarabangsa bagi Pembedahan Obesiti (IFSO), American College of Surgeons (ACS) dan Pertubuhan Sedunia bagi Kajian Khusus tentang Penyakit Esofagus (OESO).
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151117/288282
Di OESO di Monaco, George Triadafilopoulos, MD, Profesor Klinikal Perubatan di Universiti Stanford, telah mengetuai sesi tentang Stretta untuk GERD. Serhat Bor, Profesor Gastroenterologi daripada Sekolah Perubatan Universiti Ege, Izmir Turki, dan Kevin Reavis, MD di Klinik Oregon di Portland, telah mengkaji penggunaan Stretta untuk merawat GERD kronik dalam pelbagai pesakit, termasuk GERD tahan ubat; GERD dengan simptom seperti batuk kronik, suara serak, atau lelah; GERD dalam populasi obes; mereka yang mengalami GERD selepas menjalani pembedahan bariatrik; dan mereka yang mengalami GERD walaupun telah menjalani pembedahan antirefluks.
Lebih daripada sedekad bukti yang meyakinkan menunjukkan Stretta merupakan penyelesaian yang selamat, berkesan dan tahan lama bagi pesakit dengan GERD," jelas Dr. Triadafilopoulos.
Semasa Program IFSO di Vienna, Samer Mattar, MD Universiti Kesihatan & Sains Oregon, membentangkan terapi Stretta dan mengetuai sesi latihan pendidikan. Menurut Dr. Mattar, pesakit yang GERD mereka tidak dikawal baik oleh PPI merupakan calon yang sesuai untuk terapi Stretta, terutamanya pesakit bariatrik. Dr. Mattar menerangkan, "GERD kronik selepas menjalani pembedahan bariatrik adalah sukar untuk dirawat. Stretta merupakan pilihan rawatan logikal apabila ubat-ubatan tidak berkesan atau tidak diingini, memberikan kelegaan simptom tanpa melakukan pembedahan tambahan."
Perjumpaan ACS di Chicago telah menampilkan Stretta dalam dua makmal latihan dan sesi membincangkan GERD dalam kalangan pesakit selepas menjalani pembedahan bariatrik.
Semasa Minggu Obesiti di Los Angeles, Stretta telah ditampilkan semasa kursus latihan pendidikan selain dalam sesi panel bertajuk, Mengurus Refluks dalam Pesakit Bariatrik. Topik-topik termasuk; penukaran daripada Gastrektomi Sarung kepada Pintasan Gastrik, dan Stretta sebagai pilihan untuk merawat GERD selepas pembedahan bariatrik. Dana Portenier MD, Ketua Bahagian, Pembedahan Metabolik dan Pengurangan Berat Badan Duke, Jabatan Pembedahan, Sekolah Perubatan Universiti Duke; Pengerusi, Jabatan Pembedahan, Hospital Daerah Duke; dan Pengarah Bersama, Program Fellowship Pembedahan Invasif Minimum dan Bariatrik, telah menampilkan Stretta sebagai rawatan baharu untuk pesakit ini. Beliau menerangkan, "Stretta merupakan prosedur endoskopik bukan pembedahan, yang mengekalkan anatomi pesakit. Stretta disokong oleh data selama 10 tahun dan Garis Panduan SAGES yang memberi kadaran kepada Stretta dengan saranan bergred tertinggi. Dalam siri pesakit awal kami, 9 daripada 10 pesakit telah mendapat resolusi penuh simptom mereka selepas menerima rawatan Stretta." Menyedari cabaran bagi populasi pesakit ini beliau menambah, "Kami bertanggungjawab terhadap pesakit kami untuk mencuba dan mengelakkan daripada melakukan pembedahan baik pulih, Stretta benar-benar munasabah di sini."
LATAR BELAKANG STRETTA®
Terapi Stretta merupakan rawatan bukan pembedahan untuk pesakit GERD yang tidak memberi tindak balas dengan baik kepada ubat-ubatan dan ingin mengelakkan pembedahan. Lebih 37 kajian menunjukkan tahap keselamatan dan keberkesanannya yang tinggi. Stretta dibuat oleh Mederi Therapeutics dan boleh didapati di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: www.stretta-therapy.com
Hubungi: Julia Brannan
(908) 464-2470
julia@pascalecommunications.com