omniture

Handheld Lancarkan Tablet Android Ultralasak Pertama - ALGIZ RT7 Terbaik dalam kategorinya

Handheld Group
2015-11-18 15:30 271

LIDKOPING, Sweden, 18 November 2015 /PRNewswire/ --

Dikuasakan oleh set cip Qualcomm Snapdragon untuk kelajuan pemprosesan, sambungan ultrapantas dan hayat bateri yang panjang

Handheld Group, pengeluar terkemuka bagi komputer mudah alih lasak, hari ini mengumumkan pelancaran tablet Android baharunya, ALGIZ RT7. ALGIZ RT7 merupakan tablet 7 inci yang berkuasa, ringan dan ergonomik yang direka untuk memberikan prestasi andal dalam persekitaran yang mencabar.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/7688851-handheld-ultra-rugged-android-tablet/

Algiz RT7, yang menggunakan Android 5.1.1 (Lollipop), menyediakan pelbagai ciri dan nilai hebat untuk tenaga kerja bergerak. Ia adalah lasak sepenuhnya, memenuhi piawaian ketenteraan A.S. MIL-STD-810G yang ketat untuk perlindungan daripada jatuh, mengalami getaran serta suhu melampau, dan kadaran IP65nya bermakna ia adalah kalis air dan juga dilindungi sepenuhnya daripada pasir serta debu. Hanya seberat 650 gram, Algiz RT7 direka untuk mobiliti.

Teknologi menerajui industri daripada Qualcomm - set cip MSM8916 (Snapdragon) dan pemproses quad-teras 1.2 GHz, menguasakan Algiz RT7 untuk kepantasan pemprosesan yang hebat, keterhubungan ultrapantas dan jangka hayat bateri yang panjang. Algiz RT7 didatangkan secara standard dengan kemampuan data LTE dan suara selain 802.11 b/g/n WLAN, BT Kelas 1 dan Kelas 2, serta kefungsian NFC. Ia turut menampilkan dua kamera (8 megapiksel bahagian belakang dan 2 megapiksel bahagian hadapan), selain dua slot kad SIM. Unit ini didatangkan dengan akselerometer, giroskop dan e-kompas terbina dalam serta penerima GPS u-blox sendiri untuk fungsi navigasi.

Direka untuk pekerja yang sentiasa bergerak, Algiz RT7 menampilkan paparan kapasitif 7 inci berkecerahan tinggi yang mudah dilihat di kawasan luar dan mampu menangani cabaran luar yang sebenar. Prestasi bateri adalah penting bagi sebarang aplikasi mudah alih, dan Algiz RT7 didatangkan dengan bateri litium-ion 3.7V 6000mAh dengan jangka hayat panjang. Empat butang boleh program membenarkan pengguna melancarkan dan menggunakan aplikasi di lapangan. Bagi mempertingkatkan rakaman data, pengguna boleh memilih perakam imej 2D atau perakam imej 2D dengan RFID.

"Algiz RT7 baharu kami menawarkan perusahaan dengan nilai hebat dan merupakan produk yang banyak mendapat permintaan daripada pengguna kami serta rangkaian rakan kerjasama kami yang luas," kata Jerker Hellstrom, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. "Tablet ultralasak ini menyampaikan prestasi terbaik dalam kategorinya untuk membantu pekerja lapangan melakukan tugas harian mereka. Algiz RT7 dibina untuk persekitaran yang sukar dan menyampaikan pengalaman Android yang lancar dengan kuasa serta ciri yang sesuai dengan kehendak pasaran."

Algiz RT7 boleh ditempah serta merta. Penghantaran akan bermula pada bulan Disember dengan penghantaran pukal bermula pada Januari 2016.

Pautan Berguna
Spesifikasi produk ALGIZ RT7
Imej akhbar ALGIZ RT7
Acara yang menampilkan ALGIZ RT7
Latar Belakang Handheld Group
Rangkaian produk Handheld
Apakah erti lasak?

Twitkan: Handheld lancarkan tablet Android ultralasak pertama - Algiz RT7 yang terbaik dalam kategorinya http://www.handheldgroup.com/RT7

Latar Belakang Handheld

Handheld Group merupakan pengeluar komputer, PDA dan tablet mudah alih yang lasak. Handheld dan rakan kerjasamanya di seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti lengkap kepada perniagaan menerusi pekerja yang bergerak dalam persekitaran luar atau perindustrian. The Handheld Group of Sweden mempunyai beberapa buah pejabat di kawasan tempatan di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.handheldgroup.com

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151111/286188 )

Sumber: Handheld Group

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services