omniture

Flexjet sebagai Pelanggan Pertama Flit Jet Perniagaan Supersonik Aerion

Aerion Corporation
2015-11-18 11:30 151

Jet Baharu Yang Revolusioner Akan Mencantas Masa Penerbangan bagi Perjalanan Antara Benua

LAS VEGAS, 18 November 2015 /PRNewswire/ -- NBAAAerion Corp., peneraju dalam teknologi supersonik, dan Flexjet LLC, menawarkan akses kumpulan jet peribadi paling mewah di dunia kepada para pengembara, hari ini mengumumkan Flexjet telah membuat tempahan tetap untuk 20 pesawat AS2 daripada Aerion, yang akan menjadi jet perniagaan supersonik komersial pertama yang disediakan. Flexjet juga menjadi pembeli kumpulan sulung bagi AS2.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151117/288051

"Sepanjang sejarahnya, Flexjet sentiasa menjadi peneraju dalam teknologi penerbangannya untuk memberikan prestasi cemerlang kepada Pemilik kami. Hari ini, kami berbangga untuk menjadi perintis dalam revolusi penerbangan jet perniagaan seterusnya, iaitu perjalanan supersonik. Kami berbesar hati kerana menjadi pembeli kumpulan pertama Aerion AS2 dan mampu menawarkan kemudahan penerbangan supersonik dan merentasi benua kepada Pemilik kami," kata Pengerusi Flexjet Kenn Ricci.

Jet perniagaan Aerion AS2 mampu terbang sepantas Mach 1.5 iaitu 67 peratus lebih pantas daripada kelajuan pelayaran terpantas bagi jet subsonik berjarak jauh sedia ada atau yang dijangkakan. AS2 mampu membawa lapan hingga 12 penumpang dan mempunyai jarak penerbangan antara benua sejauh 4,750 batu nautika dengan kelajuan supersonik, menjimatkan tiga jam perjalanan merentasi lautan Atlantik berbanding pesawat subsonik dan lebih enam jam bagi laluan merentasi Pasifik yang lebih panjang. Jet tiga enjin itu kini sedang dibangunkan oleh Aerion dengan kerjasama Airbus Group dan dijadualkan membuat penerbangan pertama pada tahun 2021 dan memulakan perkhidmatan pada tahun 2023.

"Kami telah menilai teknologi Aerion dan kemampuan prestasi AS2 yang hebat, dan melihat potensinya untuk mengubah landskap perjalanan perniagaan. Aerion dan Airbus Group terus maju dengan pantas sekali dalam membangunkan AS2," tambah Ricci.

Aerion dan Flexjet akan bekerjasama untuk mereka cipta rekaan dalaman AS2 yang mengagumkan dan unik, sambil meneruskan tradisi rekaan dalaman premium seperti yang terdapat pada flit Red Label yang baru dilancarkan oleh Flexjet. Flexjet menjangkakan ramai pelanggan, melalui program inovatif Akses Global (Global Access) mereka, akan menggunakan AS2 bersama pesawat berkabin besar Flexjet yang lain sambil memanfaatkan kelajuan AS2 untuk memenuhi khususnya jadual perjalanan yang padat, seperti perjalanan merentasi benua dalam hari yang sama.

"Kenn Ricci, dan semua syarikat Directional Aviation di bawah seliaan beliau, telah membuktikan dari masa ke masa yang mereka mampu menjadi peneraju dan penginovasi dalam industri," kata Pengerusi Aerion, Robert Bass. "Kami berkongsi kesungguhan terhadap prestasi dan merevolusikan penerbangan perniagaan. Hal ini sememangnya suatu permulaan bagi hubungan yang hebat antara syarikat kami. Saya ingin berterima kasih kepada Kenn atas visi dan keyakinan beliau terhadap Aerion."

Latar Belakang Aerion Corporation

Aerion Corporation dari Reno, Nevada, ditubuhkan pada tahun 2002 dan memperkenalkan era baharu dalam penerbangan supersonik yang lebih praktikal dan cekap. Selama lebih sedekad, Aerion telah mempamerkan teknologi sayap yang maju hasil kerjasama dengan NASA dan institusi penerbangan utama yang lain. Kajian ini termasuk hasil penemuan penting dalam bidang aliran laminar semula jadi supersonik yang menjadi teknologi tunjang kepada jet perniagaan AS2 syarikat itu. Pada tahun 2014, Aerion bekerjasama dengan Airbus Group untuk membangunkan jet supersonik Aerion AS2 Mach 1.5. Pembangunan sedang berjalan dan penerbangan sulung dijadualkan pada tahun 2021 dan bakal memulakan perkhidmatan pada tahun 2023. Maklumat lanjut boleh dirujuk di www.aerionsupersonic.com.

Latar Belakang Flexjet

Flexjet, LLC pertama kali memasuki pasaran pemilikan jet secara berperingkat pada tahun 1995, dan menyambut ulang tahun ke-20 pada Mei 2015. Flexjet menawarkan pemilikan dan pajakan jet secara berperingkat. Program pesawat Flexjet secara berperingkat adalah yang pertama diperakui di dunia yang mencapai Piawaian Audit Industri oleh Yayasan Keselamatan Air Charter dan Flexjet juga adalah yang pertama dan satu-satunya syarikat yang diberi penghormatan menerusi Anugerah Kecemerlangan Berlian FAA yang ke-16.

Program berperingkat Flexjet menawarkan pelbagai jet perniagaan yang eksklusif—terdiri daripada jet-jet baharu dalam industri jet berperingkat dan memiliki purata umur sekitar enam tahun — termasuk LXi Cabin Collection yang terdiri daripada Learjet 75, Challenger 350, Embraer Legacy 450, Global Express dan jet perniagaan Gulfstream G450, G500 serta G650. Selain itu, seluruh koleksi jet terdiri daripada Embraer Phenom 300, Challenger 300 dan Challenger 605. Flexjet ialah ahli bagi kumpulan syarikat Directional Aviation. Untuk maklumat lanjut tentang program inovatif dan tawaran fleksibel kami, lawati www.flexjet.com atau ikuti kami melalui Twitter di @Flexjet.

Source: Aerion Corporation
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Licensing/marketing agreements Trade show news