omniture

China Hi-Tech Fair 2015: "Internet Plus" Berkembang Maju

The China Hi-Tech Fair
2015-11-18 10:33 406

SHENZHEN, China, 18 November, 2015 /PRNewswire/ -- China Hi-Tech Fair (CHTF) 2015 telah bermula pada 16 November di Shenzhen, China, merangkumi kawasan pameran seluas lebih 150,000 meter persegi dan dianjurkan dengan tema "Internet Plus". Internet Plus merupakan penyepaduan Internet dan industri tradisional melalui platform dalam talian serta teknologi IT, yang dijangka membantu usaha penstrukturan semula ekonomi, menambah baik kehidupan orang ramai dan juga mengubah fungsi kerajaan.

"Internet plus" menjadi tumpuan di CHTF 2015
"Internet plus" menjadi tumpuan di CHTF 2015

Penggalakan penyepaduan rentas sempadan Internet telah menjadi projek penting daripada usaha kerajaan, dengan itu CHTF 2015 telah mengadakan kawasan "Internet Plus" di dewan No.1 dan 4. Kawasan "Internet Plus" menekankan produk rentas sempadan dan pembangunan teknologi serta bidang-bidang lain yang berkaitan, seperti perubatan, pendidikan, kehidupan dan hartanah turut ditampilkan. Teknologi "Internet Plus" terkini telah dipaparkan oleh perusahaan domestik dan antarabangsa terkemuka. Tencent telah membawakan penyelesaian "Internet Plus" mereka, Baidu telah mempamerkan projek dipanggil "store.baidu.com," E-Techno Group pula telah menampilkan penyelesaian "Internet tambah perubatan tambah pengurusan kesihatan tambah pencen," manakala sebuah syarikat hartanah terkemuka, Vanke, telah menunjukkan bagaimana untuk menggabungkan pengurusan hartanah dengan Internet.

Internet merupakan kuasa pendorong bagi melakukan transformasi pengeluaran tradisional. Maklumat dalaman melaporkan "Internet Plus" telah menyediakan dorongan tinggi untuk syarikat-syarikat Internet di China. Menurut laporan kerja kerajaan, Li Keqiang, Perdana Menteri China, berkata, "China akan membangunkan pelan tindakan "Internet Plus" untuk menyepadukan Internet mudah alih, pengkomputeran awan, data besar dan Internet of Things dengan pengilangan moden, bagi menggalakkan pembangunan e-dagang, rangkaian perindustrian, serta perbankan Internet yang baik, dan juga untuk membantu syarikat-syarikat Internet."

Dengan menggabungkan pameran besar produk dengan sesi persidangan dan acara sokongan yang disampaikan oleh penyampai yang terdiri daripada pakar akademik serta ahli-ahli profesional dari seluruh dunia, CHTF2015 menyediakan peluang hebat untuk pempamer serta platform untuk mendekati khalayak sasaran mereka. Bagi mengetahui lebih banyak projek teknikal tinggi dan forum yang menarik, sertai CHTF 2015.

Latar Belakang CHTF:

Diluluskan oleh Majlis Negara Republik Rakyat China pada tahun 1999, China High-Tech Fair (CHTF) diadakan di Shenzhen dari 16 hingga 21 November setiap tahun. Ia dianjurkan bersama Kementerian Perdagangan dan lain-lain kementerian negara serta Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen. Ia merupakan pameran teknikal terbesar dan paling berpengaruh di China, yang dikenali sebagai "Pameran Teknologi No.1 di China."

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151117/0861511322

Source: The China Hi-Tech Fair
Keywords: