omniture

CSA Z662-15: Sistem Saluran Paip Minyak dan Gas Sediakan Garis Panduan Keselamatan Autoritatif untuk Standard Saluran Paip Baharu Kaohsiung untuk Keselamatan Perindustrian dan Bandar

Canadian Standards Association
2015-11-17 21:32 158

KAOHSIUNG, Taiwan, 17 November, 2015 /PRNewswire/ -- CSA Group, penyedia terkemuka dunia bagi perkhidmatan pembangunan, pengujian dan pensijilan standard mengumumkan Biro Pembangunan Ekonomi Kaohsiung Taiwan telah merujuk standard CSA Group bagi Sistem Saluran Paip Minyak dan Gas (CSA Z662) dalam Standard Pengurusan Saluran Paip Bandar Kaohsiung baharunya. Standard tersebut menggunakan garis panduan keselamatan antarabangsa untuk mengawal selia operasi sistem saluran paip bawah tanah di bandar, bagi membantu mengurus keselamatan dan keterjaminan sistem saluran paip di Kaohsiung.

CSA Group mempunyai hampir 50 tahun pengalaman dalam membangunkan standard untuk industri Minyak dan Gas. Sebagai sebahagian daripada proses pembangunan standard CSA Group, standard dikemas kini sekurang-kurangnya setiap lima tahun oleh jawatankuasa teknikal pakar. Ini merupakan edisi ketujuh CSA Z662, standard utama Kanada untuk keadaan yang biasa ditemui dalam pelbagai persekitaran yang membentuk industri minyak dan gas. Versi baharu ini telah menambahkan dan melanjutkan seksyen yang menumpukan kepada sistem pengurusan kerugian, program pengurusan integriti dan proses penilaian kejuruteraan.

Di Kanada, kefahaman mendalam tentang keperluan CSA Z662 merupakan elemen penting dalam rekaan, pembinaan serta penyelenggaraan yang selamat bagi sistem saluran paip di seluruh negara. CSA Z662 dirujuk dalam perundangan oleh daerah, wilayah dan kerajaan persekutuan yang menjadikannya komponen kritikal untuk ahli-ahli profesional industri bagi memahami dan mengaplikasikan standard ini bagi membantu menambah baik keselamatan, mengurangkan risiko serta meningkatkan produktiviti dalam bidang tersebut. Edisi tahun 2015 termasuk ulasan daripada pakar secara langsung dalam dokumen standard, menjadikannya sumber yang komprehensif apabila mengusahakan projek-projek saluran paip.

Dengan pengumuman yang dibuat oleh Biro Pembangunan Ekonomi Kaohsiung Taiwan, semua pengendali saluran paip di Kaohsiung mesti mematuhi standard baharu itu. Pejabat Taiwan CSA Group mengundang semua pengendali saluran paip ke simposium khusus, yang menawarkan peluang untuk sesiapa yang terlibat dalam pembinaan serta penyelenggaraan sistem saluran paip untuk berinteraksi dengan pakar-pakar CSA Group tempatan yang akan membantu mereka memahami keperluan CSA Z662.

CSA Group akan memperkenalkan pengalamannya selama berdekad-dekad dalam pembangunan standard pengurusan saluran paip dan menyediakan khidmat pensijilan kepada pengendali saluran paip tempatan di Kaohsiung dan di seluruh Taiwan. Melalui penglibatan awal dalam rekaan dan pensijilan komponen saluran paip, CSA Group menawarkan garis panduan teknikal sehenti untuk membantu menambah baik keselamatan dan keterjaminan seluruh sistem saluran paip, dan membantu dalam menghapuskan atau mengurangkan risiko kejadian yang mungkin berlaku.

Untuk maklumat lanjut tentang CSA Z662, sila kunjungi: http://shop.csa.ca.

Latar Belakang CSA Group

CSA Group merupakan persatuan bebas berasaskan ahli yang berdedikasi untuk memajukan keselamatan, kelestarian dan kebaikan sosial. Kami merupakan pertubuhan pembangunan standard serta pengujian & pensijilan berakreditasi antarabangsa. Kami turut menyediakan khidmat penilaian produk pengguna serta pendidikan & latihan. Rangkaian pengetahuan dan kepakaran kami yang luas melibatkan: lokasi berbahaya & kelengkapan perindustrian, pengangkutan, pempaipan & pembinaan, perubatan elektronik & kesihatan, perkakasan & gas, tenaga alternatif, pencahayaan dan kelestarian. Tanda CSA terdapat pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group, kunjungi www.csagroup.org.


Wakil Taiwan CSA Group
 


Wakil Media CSA Group

Frances Hung                             

Pino Chen

(02)2901-5123                             

86-21-54261199-822

csataiwan@csagroup.org            

pino.chen@csagroup.org

Source: Canadian Standards Association
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities Joint ventures