omniture

APR Energy Tandatangani Lanjutan Projek 102MW di Myanmar Hingga 2016

APR Energy plc
2015-11-17 15:20 108

JACKSONVILLE, Florida, 17 November 2015 /PRNewswire/ -- APR Energy plc (LSE: APR), peneraju global dalam penyelesaian kuasa pantas, hari ini mengumumkan projek 102MW di Myanmar telah dilanjutkan hingga tahun 2016, dengan terma-terma kewangan yang sama dengan perjanjian asal. Kontrak asal untuk loji tersebut yang ditandatangani pada Februari 2014 adalah perjanjian pertama antara syarikat yang berpangkalan di A.S. dengan kerajaan Myanmar untuk penjanaan kuasa sejak sekatan ke atas Myanmar ditarik balik.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151116/287746
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO

Loji jana kuasa Kyaukse terletak di bahagian selatan Mandalay, iaitu bandar kedua terbesar di sebuah negara yang hampir 42 juta penduduknya tidak mendapat akses kepada tenaga elektrik. Kemudahan pasang siap itu memerlukan hanya 90 hari untuk dipasang dan merupakan salah satu loji jana kuasa terma terbesar di negara itu yang mampu menyediakan kuasa yang mencukupi kepada lebih enam juta pengguna. Pada awal September, ia berjaya meraih Anugerah Loji Terbaik bagi kategori jana kuasa berasaskan gas oleh majalah POWER.

"Kami teruja dengan peluang yang dilanjutkan untuk mendorong pembangunan bagi salah satu ekonomi yang pesat membangun di Asia Tenggara," kata Laurence Anderson, selaku Ketua Pegawai Eksekutif. "Sebagai syarikat kuasa pertama dari A.S. yang memasuki pasaran Myanmar beberapa tahun kebelakangan ini, kami bernasib baik kerana memiliki rakan perniagaan yang hebat seperti Myanma Electric Power Enterprise dan kerajaan setempat. Mereka sangat komited terhadap kejayaan projek ini serta peranan yang mereka mainkan untuk menambah baik kualiti hidup penduduk di Myanmar."

Clive Turton, pengarah urusan Syarikat tersebut bagi rantau Asia Pasifik, berkata: "Saya ingin mengucapkan syabas kepada kementerian serta kakitangan Myanmar atas jalinan kerjasama yang profesional dan cekap bersama pasukan APR Energy untuk menyiapkan proses ini. Kami berharap dapat meneruskan kerjasama positif ini dengan Myanma Electric Power Enterprise."

Selepas memulakan loji jana kuasa berkapasiti 82MW pada April 2014, APR Energy membuat tambahan sebanyak 20MW semasa suku pertama tahun 2015 untuk membantu mengimbangi pengurangan kuasa hidro semasa keadaan kering pada musim bunga yang berlaku setiap tahun.

Klik di sini untuk menonton video pendek tentang projek tersebut.

Latar Belakang APR Energy

APR Energy ialah penyedia terulung dunia untuk kuasa turbin mudah alih yang pantas. Penyelesaian kuasa yang pantas, fleksibel dan lengkap daripada kami menyediakan kepada pelanggan kami tenaga elektrik yang andal di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, selagi mana mereka memerlukannya. Gabungan antara teknologi canggih yang menjimatkan bahan api dengan kepakaran yang terkemuka dalam industri, loji jana kuasa pasang siap kami yang berskala besar membantu mengurus bandar, negara, dan industri di seluruh dunia dalam pasaran maju serta pasaran membangun. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Syarikat melalui www.aprenergy.com.

Galeri Gambar Media

 

 

Source: APR Energy plc
Related Stocks:
LSE:APR OTC:APRYY
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Contracts