omniture

Upacara Pecah Tanah untuk gelanggang 10,000 tempat duduk baharu Pelli Clarke Pelli Architects di Chicago

Pelli Clarke Pelli Architects
2015-11-23 10:30 251

NEW HAVEN, Connecticut, 23 Nov., 2015 /PRNewswire/ -- Datuk Bandar Rahm Emanual telah menyertai Ketua Pegawai Eksekutif Lori Healey dan Pengerusi Jack Greenberg daripada Lembaga Jeti dan Eksposisi Metropolitan, Presiden Universiti DePaul Rev. Dennis H. Holtschneider, serta Alderman Pat Dowell untuk menjalankan pecah tanah bagi Pusat Acara McCormick Place di Chicago. Prinsipal Kanan Fred Clarke, FAIA dan Prinsipal Mitch Hirsch, AIA, telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151118/288957

Sebagai komponen penting Daerah Hiburan McCormick Place, Pusat Acara baharu Pelli Clarke Pelli Architects dengan keluasan 300,000 kaki persegi akan menganjurkan acara hiburan, konvensyen dan pameran perniagaan besar-besaran, selain menjadi gelanggang baharu bagi perlawanan bola keranjang DePaul's Blue Demons. Ia akan menjadi pemangkin bertaraf dunia dalam inisiatif oleh Datuk Bandar bagi mempromosikan pelancongan dan pembangunan ekonomi.

"Kami teruja kerana dapat menjalankan pecah tanah untuk projek penting ini bersama Universiti DePaul," kata Ketua Pegawai Eksekutif Lori Healey. "Pusat Acara ini akan menjadi penambahan yang indah kepada Cermak Road dengan reka bentuk seni bina kontemporarinya."

Terletak di sempadan Daerah Prairie bandar itu, sebuah kejiranan yang mesra pejalan kaki dan kampus sedia ada McCormick Place, reka bentuk PCPA mengimbau ruang perhimpunan besar Chicago, seperti Teater Auditorium Adler dan Sullivan dan Dewan Tarian Besar Jeti Tentera Laut. Ia menempati blok penuh dengan latar berlandskap di penjuru Cermak dan Indiana Street serta menyediakan plaza yang luas untuk penonton berkumpul sebelum dan juga selepas acara. Bumbung melengkung dengan lengkungan menaik dramatik berasingan membentuk imej yang dapat dikenali serta merta di kawasan kejiranan dan juga bandar, terutamanya apabila diterangi cahaya pada waktu malam.  

Dengan dinding kaca yang ringan, pintu masuk yang lutsinar sepenuhnya mewujudkan suatu pengalaman seni bina: tenaga dan keterujaan gelanggang itu dapat dirasakan dari luar di kawasan jalanan serta di dalam ruang utama.

Latar Belakang Pelli Clarke Pelli Architects
Ditubuhkan pada tahun 1977 dan diketuai oleh Cesar Pelli FAIA, Fred Clarke FAIA, dan Rafael Pelli FAIA, Pelli Clarke Pelli Architects mereka cipta bangunan yang mengambil inspirasi daripada kekayaan sejarah seni bina, teknologi yang berkembang, dan perkongsian yang diwujudkan dengan pelanggan kami.

Ini merupakan kolaborasi kedua PCPA dengan Universiti DePaul. Sekolah Teater tersebut terletak di kampus Lincoln Park dan telah menjadi gerbang DePaul yang baharu. Diketuai oleh Prinsipal Bertanggungjawab, Mitch Hirsch, AIA, projek itu telah menerima anugerah AIA Chicago pada Oktober lalu, yang merupakan anugerah kebangsaan keempat sejak diperkenalkan pada tahun 2013.

Source: Pelli Clarke Pelli Architects
Related Links:
Keywords: Construction/Building Entertainment Sports