omniture

Ekonomi Hidrogen Bermula Hari Ini

H2 Fuel-Systems B.V.
2015-11-23 23:00 316

VOORSCHOTEN, Belanda, 23 November, 2015 /PRNewswire/ --

H2Fuel memungkinkan penggunaan hidrogen untuk mengubah enjin pembakaran menjadi enjin elektrik dan menyimpan tenaga elektrik pada skala besar.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151117/288073-INFO )

Ciptaan baharu H2Fuel menjadikan hidrogen sebagai pengganti yang bersih, selamat dan berdaya maju dari segi ekonomi untuk bahan api fosil dan membolehkan penyimpanan tenaga elektrik dilakukan secara besar-besaran.

H2Fuel merupakan teknologi yang mampu menyimpan hidrogen di bawah keadaan atmosfera normal dalam bentuk cecair (pengangkut). Semasa hidrogen dibebaskan dari pengangkut ini, kuantiti hidrogen simpanan adalah hampir 100%, yang membawa kepada keuntungan yang amat tinggi. Pengangkut ini boleh digunakan semula melalui proses kitar semula.

Sehingga penciptaan H2Fuel, adalah sukar untuk menyimpan dan mengangkut hidrogen yang hanya dapat berlaku di bawah tekanan tinggi atau dengan kaedah penyejukan melampau. Keuntungan yang rendah, bahaya letupan dan ketiadaan rangkaian pengedaran yang dapat diterima dari segi ekonomi bermakna hidrogen secara umumnya tidak dapat digunakan secara berkesan.

H2Fuel merupakan penyelesaiannya. Ia mempunyai ketumpatan tenaga yang amat tinggi dan selamat dalam bentuk cecair, menjadikannya boleh digunakan secara terus dalam rangkaian pengedaran bahan api fosil cecair sedia ada.

Hidrogen tidak mengeluarkan emisi berbahaya, tidak seperti bahan api fosil yang membebaskan gas CO2 (karbon dioksida), NO (nitrogen oksida) dan NO2 (nitrogen dioksida), iaitu punca-punca utama pemanasan global, perubahan iklim serta pencemaran udara.

Tidak seperti minyak dan gas, hidrogen boleh didapati tanpa had dan dapat dihasilkan di seluruh dunia. Tenaga elektrik (melalui sel bahan api) atau haba (melalui pemangkin) dapat dijana daripada hidrogen. Menerusi kelebihan ini, hidrogen merupakan pengganti yang ideal bagi bahan api fosil.

H2Fuel turut membolehkan penyimpanan tenaga elektrik dilakukan pada skala besar, selain membawa tenaga elektrik tanpa rangkaian. Contohnya, tenaga boleh diperbaharui kini boleh dijana di lokasi dengan keuntungan tertinggi dan kemudian diangkut ke seluruh dunia.

H2Fuel membolehkan enjin pembakaran yang digunakan dalam kereta, kapal dan pesawat diubah menjadi enjin elektrik menggunakan hidrogen, yang tidak menghasilkan emisi berbahaya. Haba dapat dijana untuk tujuan perindustrian atau kediaman, tanpa sebarang pelepasan gas yang berbahaya.

H2Fuel menjadi penghubung kepada ekonomi hidrogen yang akan membawakan kesan ekologi dan komersial yang positif. Salah satu daripada kesan ini ialah pemanasan global akibat pelepasan gas CO2 kini dapat dihentikan. Dengan H2Fuel, ekonomi hidrogen bermula hari ini.

Organisasi penyelidikan Belanda yang terkemuka TNO telah menjalankan kajian makmal tentang bukti prinsip keberkesanan H2Fuel untuk menukarkan natrium borohidrida kepada gas hidrogen di bawah keadaan atmosfera. Kajian ini mendapati formulasi H2Fuel berfungsi di dalam makmal, seperti yang diterbitkan di laman sesawangnya.

Pembangunan serta pengoptimuman lanjut selain usaha untuk meningkatkan skala ke tahap perindustrian dan komersial akan berlaku menerusi jalinan kerjasama dengan bakal pelabur.

Maklumat tambahan boleh didapati melalui http://www.H2-Fuel.nl

H2Fuel-Systems B.V.
http://www.H2-Fuel.nl

Sumber: H2 Fuel-Systems B.V.

Source: H2 Fuel-Systems B.V.
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services