omniture

China Hi-Tech Fair 2015 Berakhir Dengan Jayanya

Shenzhen Convention & Exhibition Center Management Co. Ltd.
2015-11-23 23:07 528

SHENZHEN, China, 23 November 2015 /PRNewswire/ -- China Hi-Tech Fair (CHTF) 2015 telah berakhir di Shenzhen pada 21 November. Pameran selama 6 hari itu disifatkan sebagai satu kejayaan cemerlang. Ia menarik lebih 128 delegasi daripada 28 buah negara dan wilayah, serta kira-kira 3, 686 pempamer yang mempamerkan sekurang-kurangnya 16,825 projek dan kebanyakan daripadanya pertama kali dipamerkan.

China Hi-Tech Fair 2015 menarik ramai pengunjung
China Hi-Tech Fair 2015 menarik ramai pengunjung

Menerusi tema "Keusahawanan Inovatif, Integrasi Rentas Sempadan", CHTF 2015 mengetengahkan inovasi berteknologi dan ia mempamerkan pembangunan dan pencapaian terkini yang didorong oleh inovasi. Penekanan diberikan terhadap produk IT, "Internet plus", penanda, penjimatan tenaga, perlindungan alam sekitar, teknologi maklumat generasi baharu, biologi, dan tenaga baharu. Terdapat bahagian pameran yang menonjol di CHTF 2015, seperti "Rumah Hijau" ("Green House"), yang menjadi salah satu tarikan di Kawasan Pameran Bangunan Hijau. Mereka mensimulasikan produk sebenar di pameran itu dan kegunaan produk terbaharu mereka di kawasan pameran bangunan hijau; Tencent dan Baidu, yang merupakan syarikat-syarikat Internet terkemuka, mempamerkan penyelesaian "Internet plus" mereka; sebuah robot menari yang dinamakan Alpha. CHTF2015 menyediakan beberapa bahagian untuk sistem kenderaan tanpa pemandu di Pusat Universiti Shenzen yang dibahagikan kepada pameran pegun dan prestasi penerbangan yang menarik ramai pengunjung. Selain itu, Forum China Hi-Tech 2015 berusaha untuk mengikuti arus pembangunan teknologi dan kerjasama antarabangsa. Objektifnya adalah untuk menggalakkan inovasi terbuka dengan lebih luas dan mencapai tahap yang lebih tinggi, dikenali secara meluas sebagai acara bertema teknologi tinggi yang terbesar dan paling berpengaruh di China.

China telah memberi penekanan tinggi terhadap inovasi, dengan para pemimpin China berulang-ulang kali menekankan dalam beberapa situasi bahawa ia adalah penting untuk pembangunan masa depan China. CHTF semakin memainkan peranan penting dalam mendorong pelaksanaan strategi pembangunan berasaskan inovasi China. Sebagai platform pertukaran idea tentang teknologi, CHTF sememangnya memberi penekanan untuk membangun daripada hasil inovasi.

Kami berharap akan berjumpa anda di CHTF tahun hadapan di Shenzhen.

Latar Belakang CHTF

Diluluskan oleh Majlis Negeri Republik Rakyat China pada tahun 1999, China Hi-Tech Fair (CHTF) dilangsungkan di Shenzhen dari 16 hingga 21 November setiap tahun. Ia turut dijayakan oleh Kementerian Perdagangan dan kementerian-kementerian negara yang lain serta Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen. Ia juga adalah pameran teknikal yang terbesar dan paling berpengaruh di China yang dikenali sebagai "Pameran Teknologi No. 1 di China".

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151121/0861511539

Source: Shenzhen Convention & Exhibition Center Management Co. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Multimedia/Online/Internet Trade show news