omniture

Laporan Pewarisan Perniagaan Keluarga China Diterbitkan di Beijing

LKK Health Products Group
2015-11-27 16:53 427

BEIJING, 27 November 2015 /PRNewswire/ -- Pada 10 November, Laporan Pewarisan Perniagaan Keluarga China (Chinese Family Business Succession Report) (seterusnya dirujuk sebagai "Laporan") telah diterbitkan di Beijing. Ia telah dirangka bersama Pejabat Penyelidikan Persekutuan Industri dan Perdagangan China (ACFIC ), Jawatankuasa Perniagaan Keluarga bagi Institut Penyelidikan Ekonomi Swasta China, beberapa buah universiti merentasi empat rantau rentas selat, dan Keluarga Lee Kum Kee. Laporan itu adalah yang ketiga tentang perniagaan keluarga di China yang telah disusun di bawah naungan Suruhanjaya Perniagaan Keluarga bagi Persatuan Kajian Ekonomi Swasta China, selepas Laporan Perniagaan Keluarga China pada tahun 2011 dan Laporan Perniagaan Keluarga China berkaitan Tanggungjawab Sosial Korporat pada tahun 2013.

Wakil-wakil daripada Anggota Kumpulan Penyelidikan Menghadiri Majlis Pelancaran Persidangan
Wakil-wakil daripada Anggota Kumpulan Penyelidikan Menghadiri Majlis Pelancaran Persidangan

Pihak Keluarga Lee Kum Kee berkongsi pengalaman mereka berkaitan pewarisan perniagaan keluarga melalui artikel yang bertajuk "Budaya dan Pewarisan Keluarga Lee Kum Kee" ("Lee Kum Kee's Family Culture and Succession") dalam Laporan tersebut. Pada majlis pelancaran persidangan, En. Sammy Lee, Pengarah Eksekutif Lee Kum Kee Group dan Pengerusi & Pengarah Urusan LKK Health Products Group (LKKHPG), berkata Keluarga Lee Kum Kee telah mengalami banyak jatuh bangun sepanjang pewarisan perniagaan keluarga sejak 127 tahun dahulu dan mereka masih memegang konsep "rawatan mencegah penyakit" boleh mendorong kemajuan perniagaan keluarga. Beliau juga berharap Laporan itu akan membantu mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu dalam perniagaan keluarga yang tidak didedahkan kepada umum.

Laporan itu menyediakan maklumat yang menyeluruh dan khusus tentang latar belakang sejarah, status quo, perbandingan antara rantau, dan pola perniagaan keluarga di China. En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG, berkata Laporan itu bertujuan untuk membantu perniagaan keluarga untuk menyelesaikan, merumuskan dan meneroka amalan yang lebih inovatif serta kejayaan pengalaman daripada perspektif teori dan praktikal yang bertujuan untuk membantu pewarisan yang lebih baik dan pembangunan yang mampan. Selain itu, kejayaan penerbitan Laporan itu juga adalah satu amalan inovatif daripada Keluarga Lee Kum Kee dalam menggalas tanggungjawab sosial.

Dimulakan pada era Pembaharuan dan Pembukaan, ekonomi swasta China negara itu berkembang secara berperingkat dan menyumbang kepada GDP yang meningkat tahun demi tahun. Pada masa kini, ia menyumbang kepada separuh daripada GDP China dan memainkan peranan penting dalam membawa perubahan kepada cara pembangunan ekonomi China serta menambah baik sistem ekonomi pasarannya. Oleh itu, perniagaan keluarga yang terdiri daripada 80% daripada ekonomi swasta kini menjadi daya ekonomi yang tidak boleh diabaikan.

Selepas 30 tahun mengalami pembangunan yang pesat, kebanyakan generasi pertama daripada perniagaan keluarga akan bersara. Sementara itu, perniagaan keluarga di China telah memasuki fasa kritikal pewarisan keluarga, yang berhadapan dengan isu-isu yang berhubung kait dengan "perkara biasa yang baharu" dalam menggiatkan pembaharuan yang menyeluruh, kelembapan ekonomi, dan perubahan dalam struktur industri. Oleh itu, pewarisan perniagaan keluarga yang berjaya telah menjadi topik hangat dalam kerajaan, masyarakat, dan perusahaan kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan pembangunan yang baik untuk ekonomi bukan awam dan ahli perniagaan, malah turut berkaitan dengan ekonomi negara, pekerjaan, perlindungan alam sekitar serta kestabilan sosial. Laporan tersebut yang diterbitkan pada saat yang amat penting ini dilihat mempunyai kepentingan yang realistik.

Laporan itu mempunyai tiga bab. "Bab 1: Laporan" mengandungi laporan pewarisan perniagaan keluaga di Tanah Besar China, HK SAR, Macau SAR, dan Taiwan, masing-masing. "Bab 2: Kes" mengandungi kes-kes daripada 16 perniagaan keluarga yang terpilih dari empat rantau rentas selat dan Singapura. "Bab 3: Pandangan" berkongsi sudut pandang yang diberikan oleh 30 sarjana dari seluruh dunia.

Menurut hasil kaji selidik yang dijalankan pada tahun 2014 yang dimuatkan dalam Laporan itu, hanya 40% daripada generasi kedua melahirkan kesanggupan mereka untuk mengambil alih perniagaan keluarga mereka, 15% menolak, manakala 45% tidak pasti. Ini memperlihatkan dilema warisan keluarga yang membimbangkan generasi awal untuk mewariskan perniagaan mereka ketika generasi yang lebih muda tidak sanggup untuk menerimanya.

Latar Belakang LKKHPG

LKKHPG adalah ahli kepada Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan dari Hong Kong yang berusia seabad. Beribu pejabat di Hong Kong, aktiviti perniagaan LKKHPG meliputi penanaman herba Cina, penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan produk kesihatan TCM, platform internet mudah alih, serta pelaburan hartanah.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151125/0861511714

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Survey, Polls & Research