omniture

RS Components Lancar Cabaran DesignSpark chipKIT(TM) 2013 bagi Asia Pasifik

RS Components
2012-12-19 22:18 209

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Dis, 2012 /PRNewswire/ --

Dengan pelancarannya pada bulan ini, pertandingan itu akan termasuk penggunaan chipKIT(TM) UNO32 yang mudah dan tidak mahal

RS Components (http://www.rs-components.com/index.html) (RS), jenama perdagangan bagi Electrocomponents plc (http://www.electrocomponents.com/ ) (LSE: ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang terkemuka di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, hari ini mengumumkan butiran lengkap bagi Cabaran DesignSpark chipKIT(TM) mereka, satu pertandingan bagi rantau Asia Pasifik. Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sesawang DesignSpark chipKIT Challenge (http://www.designspark.com/nodes/view/type:design-centre/slug:ap-chipkit-challenge-connectivity/preview:true)

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Cabaran DesignSpark chipKIT (TM) adalah satu pertandingan dalam talian yang dikendalikan oleh DesignSpark (http://www.designspark.com/) yang mencabar jurutera reka bentuk elektronik, pelajar dan penggemar untuk menghasilkan reka bentuk yang menggunakan tenaga dengan cekap dan mesra alam.

Peserta pertandingan akan menggunakan peranti perisian DesignSpark PCB dari RS Components (http://www.rs-components.com/index.html) yang telah memenangi anugerah bersama-sama dengan Microchip chipKIT(TM) UNO32 (http://singapore.rs-online.com/web/p/processor-microcontroller-development-kits/7377956/) ​untuk melakukan fungsi penyambungan. DesignSpark PCB adalah merupakan perisian reka bentuk elektronik percuma yang paling berkuasa di dunia bagi kemasukan skematik dan susun atur PCB yang boleh digunakan untuk membuat  reka bentuk sumber terbuka yang rumit bagi jurutera. Peserta boleh memuat turun peranti itu daripada www.designspark.com, komuniti reka bentuk dalam talian syarikat itu yang boleh diakses secara percuma, yang menyediakan kepada jurutera di seluruh dunia dengan maklumat dan sumber teknikal yang boleh dipercayai. Dengan mempunyai lebih 100,000 ahli berdaftar, DesignSpark juga menawarkan satu platform di mana pengguna boleh berinteraksi dan menghantar soalan kepada jurutera lain dan individu yang mempunyai fikiran yang sehaluan.

Satu panel hakim daripada RS Components akan menilai projek-projek itu berdasarkan kepada pelbagai kriteria termasuk kreativiti / inovasi, penggunaan yang praktikal, potensi perniagaan dan penggunaan produk Microchip. Pemenang dari setiap rantau berpeluang untuk memenangi dua hadiah: satu Anugerah Juara sebanyak USD$ 1,100 dan satu Anugerah Kecemerlangan sebanyak USD$ 700.

CM Lim, Ketua Pemasaran Produk, Asia Pasifik, di RS Components berkata, "Pertandingan ini merupakan satu peluang terbaik bagi pihak-pihak yang berminat seperti jurutera, penggemar dan pelajar untuk mengambil bahagian dan mempamerkan kemahiran mereka kepada audiens yang lebih luas. Kami amat berbangga untuk menyediakan kepada mereka dengan satu platform yang dapat mencetuskan kreativiti dan inovasi, dan tidak sabar-sabar untuk melihat aplikasi yang baharu dan menarik yang dapat dihasilkan daripada pertandingan ini. Saya pasti bahawa Microchip chipKIT(TM) UNO32 (http://singapore.rs-online.com/web/p/processor-microcontroller-development-kits/7377956/), yang murah dan mudah untuk digunakan, dengan digabungkan bersama-sama dengan perisian DesignSpark PCB kami akan dapat menjanakan beberapa projek yang benar-benar menarik."

Edward Ho, Pengurus Kanan Pengedaran Timur Jauh di Microchip Technology mengulas, "Microchip amat gembira kerana menjadi rakan kongsi dalam Cabaran DesignSpark chipKIT ini. Papan chipKIT berasaskan PIC32 itu menyediakan satu platform yang terbaik untuk peserta dalam semua kebolehan bagi membangunkan penyelesaian aplikasi dalam persekitaran kejuruteraan yang biasa. Mikrochip ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua peserta."

Pertandingan itu akan berlangsung dari 17 Disember 2012 sehingga 12 April 2013.

Maklumat mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics adalah jenama perdagangan milik Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi terkemuka dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan mempunyai operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan dan menghantar kira-kira 46,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal terkemuka, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan terakhir yang berakhir pada 31 Mac 2012 ia mencatatkan pendapatan sebanyak  GBP1.27 bilion.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
Tweet: RS Components
Hashtags: #ecommerce #electronics

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

Pihak yang boleh dihubungi  bagi Bahagian Editorial:

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65-6391-5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
E-mel: rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250

SUMBER:  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Components New products/services