omniture

RWE Mengadakan Demonstrasi Langsung Lemonbeat untuk Pakar Antarabangsa

RWE Effizienz GmbH
2015-11-30 08:38 419

DORTMUND, Jerman, 30 November 2015 /PRNewswire/ --

RWE berjaya mendemonstrasikan protokol komunikasi Lemonbeat mereka yang baharu sebagai bahasa sejagat untuk peranti IoT - semasa mesyuarat W3C tahunan di Jepun 

  • 100 pakar dari seluruh dunia melihat demonstrasi langsung Lemonbeat
  • Lemonbeat mengagumkan pakar dengan pengendalian bebas ralat dan mencetuskan minat yang tinggi
  • Demonstrasi langsung semasa mesyuarat W3C merupakan langkah penting ke arah pemiawaian

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151126/291277 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151126/291278 )

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com ) dan http://www.presseportal.de/nr/79232/ -

Protokol komunikasi baharu, Lemonbeat, telah membuktikan kehebatannya dalam satu demonstrasi langsung. Demonstrasi yang dibuat di hadapan kira-kira 100 pakar IT dari seluruh dunia itu merupakan satu kejayaan besar. Ia diadakan semasa Mesyuarat Pleno Teknikal dan Jawatankuasa Khidmat Nasihat (TPAC 2015) Konsortium World Wide Web (W3C) di Sapporo, Jepun. Ini merupakan satu langkah penting untuk RWE ke arah pemiawaian "Bahasa Peranti pintar Lemonbeat" (LsDL). Bahasa sejagat baharu untuk peranti IoT itu sudah tersedia untuk W3C bagi diteliti dan diulas sejak September.

"Kami dapat menunjukkan Lemonbeat dalam konteks berfungsi kepada pakar. Kami memaparkan secara visual isyarat arahan yang saling dipindahkan antara semua peranti itu," jelas pengarah urusan Lemonbeat, Holger Wellner. Teras demonstrasi itu merupakan penyepaduan automatik sepenuhnya bagi satu peranti tambahan ke dalam satu rangkaian peranti yang aktif. Rangkaian itu disusun atur semula beberapa kali dan melaksanakan fungsi yang sepatutnya setiap kali tanpa sebarang ralat. Ini menunjukkan yang Lemonbeat merupakan produk yang mampu untuk pengendalian bebas ralat semasa digunakan.

Dengan diperhatikan oleh lebih 100 pakar, demonstrasi langsung itu dihadiri oleh ramai pihak. Ia juga menerima sokongan padu daripada khalayak. Soumya Kanti Datta, Jurutera Penyelidikan di Eurocom/France Telecom dan pakar IoT mengulas: "Lemonbeat adalah sangat, sangat menarik." Ari Keränen, Penyelidik Kanan di Ericsson berkongsi pendapat yang sama, dan berkata: "Demonstrasi langsung Lemonbeat adalah sangat menarik. Kami mahu lihat lebih lagi!" Selepas pembentangan itu, RWE memanfaatkan peluang itu untuk menetapkan hubungan susulan yang penting dengan beberapa syarikat teknologi yang terkenal di peringkat antarabangsa. "Buat masa kini, setakat yang kami tahu, tidak ada protokol komunikasi di mana-mana pun di dunia ini yang setanding dengan Lemonbeat," kata Wellner.

Pada bulan November, RWE menyediakan Lemonbeat untuk pembangun dan pengeluar di Amerika Utara. Pada masa yang sama, syarikat Lemonbeat GmbH ditubuhkan di Dortmund, Jerman. Syarikat itu akan menggalakkan pemiawaian, memperoleh rakan kongsi perniagaan baharu dan membangunkan penyelesaian bagi penggunaan bahasa baharu itu. Setakat ini, protokol itu hanya tersedia sebagai cip prakonfigurasi atau lesen perisian yang boleh digunakan dalam pelbagai peranti.

Lemonbeat merupakan model baharu untuk protokol komunikasi yang membolehkan peranti berbeza membentuk rangkaian dengan sangat mudah. Ia sangat padat, namun cukup fleksibel untuk membenarkannya disesuaikan dengan aplikasi yang rumit. Ini menjadikan Lemonbeat ideal untuk memenuhi cabaran IoT. Sebagai penyedia sistem kawalan kediaman, RWE SmartHome, RWE sudah sedia arif dengan komunikasi peranti pintar. Beberapa pelanggan B2B sudah pun mula menggunakan Lemonbeat.

RWE Effizienz GmbH membantu pelanggan menggunakan tenaga dalam cara yang cekap dan selamat sebaik mungkin. Dengan produk baharu yang inovatif seperti RWE SmartHome, penyelesaian untuk mobiliti elektrik atau penyelesaian simpanan tenaga elektrik termaju, RWE Effizienz kini menetapkan piawaian. Fakta lanjut di http://www.rwe-effizienz.com, http://www.rwe-mobility.com, http://www.rwe-smarthome.de, http://www.lemonbeat.net.

Butiran Hubungan untuk wartawan:

RWE Effizienz GmbH

Harald Fletcher
Ketua Komunikasi
T +49-231-4-38-4840
M +49-173-2904149
harald.fletcher@rwe.com

Julika Gang
T +49-231-438-2248
M +49-172-2361312
julika.gang@rwe.com

Sumber: RWE Effizienz GmbH

Source: RWE Effizienz GmbH
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news