omniture

Xiamen Airlines Lancar Perkhidmatan Tanpa Henti Antara Sydney Dengan Dua Bandar di Wilayah Fujian

Xiamen Airlines
2015-11-30 09:12 570

FUZHOU, China, 30 November 2015 /PRNewswire/ -- Xiamen Airlines bakal melancarkan laluan antara benua mereka yang pertama dari Fuzhou ke destinasi luar dari Asia dengan pelancaran penerbangan tanpa henti yang dijadual secara tetap antara Fuzhou dengan Sydney pada 29 November 2015. Syarikat penerbangan itu juga akan melancarkan perkhidmatan tanpa henti antara Xiamen dengan Sydney bermula pada 5 Disember.

Xiamen Airlines mempercepatkan perluasan di peringkat antarabangsa melalui pelancaran dua laluan baharu ke Sydney
Xiamen Airlines mempercepatkan perluasan di peringkat antarabangsa melalui pelancaran dua laluan baharu ke Sydney

Che Shanglun, Pengerusi Lembaga dan Pengurus Besar Xiamen Airlines, dipetik berkata China telah memeterai perkongsian strategik yang menyeluruh bersama Australia pada November 2014, hasil perbincangan antara Presiden China, Xi Jinping, dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbot. Perkhidmatan baharu itu menghubungkan negara Australia yang dinamik dan berbilang bangsa dengan wilayah Fujian yang kaya dengan budaya dan bahasa di samping memperkukuh perdagangan serta kerjasama ekonomi selain pertukaran budaya dan juga individu sementara memudahkan warga China yang lahir di Fujian dan tinggal di Australia untuk pulang ke tanah air.

Xiamen Airlines turut melancarkan perkhidmatan tanpa henti antara Xiamen dan Amsterdam pada Julai 2015 yang menandakan permulaan perkhidmatan laluan antara benua pertama oleh syarikat penerbangan itu. Perkhidmatan baharu ke Sydney yang dikendalikan menggunakan pesawat Boeing 787-8 akan membantu Xiamen Airlines meluaskan rangkaian mereka ke Oceania. Laluan baharu Xiamen itu dapat mengurangkan masa perjalanan antara bandar tersebut ke Australia sebanyak sembilan jam.

Xiamen Airlines merancang untuk terus meluaskan rangkaian luar negara mereka dengan flit pesawat Boeing 787-8 milik mereka akan menyediakan perkhidmatan laluan antarabangsa. Syarikat penerbangan itu merancang untuk menambah pesawat Boeing 787-9 yang lebih canggih ke dalam flit untuk terus meluaskan rangkaian global mereka. Syarikat tersebut merancang untuk melancarkan perkhidmatan tanpa henti ke Melbourne, Vancouver dan New York pada tahun 2016, sebagai usaha mereka untuk membina rangkaian penerbangan yang menyediakan liputan menyeluruh ke AS, Eropah serta Australia.

Sejajar dengan penambahan penerbangan baharu ke Sydney itu, Xiamen Airlines melancarkan program pelancongan perkhidmatan awam dengan pelaburan sebanyak 10 juta yuan (kira-kira AS$1.6 juta) untuk membantu belia China memperoleh visa Australia agar mereka dapat bercuti sambil bekerja di Australia sebagai satu usaha untuk mendorong pertukaran budaya antara kedua-dua negara.

Laluan

No. Penerbangan

Pelepasan

Ketibaan

Kekerapan

Fuzhou-Sydney

MF807

22:10

10:30+1

Setiap Selasa, Khamis dan Ahad

Sydney-Fuzhou

MF808

12:00

18:20

Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat

Xiamen-Sydney

MF801

22:30

10:30+1

Setiap Rabu dan Sabtu

Sydney-Xiamen

MF802

12:00

18:00

Setiap Khamis dan Ahad

Nota: Jadual berdasarkan waktu tempatan

Hubungi:
Qiu Dapeng
E-mel: pressoffice@xiamenair.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151126/0861511733

Source: Xiamen Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel