Usaha sektor swasta pimpinan Bill Gates untuk berkolaborasi dengan Inisiatif Inovasi Misi daripada sektor awam
PARIS, 30 November 2015 /PRNewswire/ -- Gabungan Tenaga Ulung (Breakthrough Energy Coalition), yang dilancarkan hari ini di Paris, merupakan kumpulan global yang terdiri daripada pelabur swasta yang akan mengambil risiko dengan membenarkan syarikat-syarikat tenaga peringkat awal untuk membawa inovasi keluar dari makmal dan dipasarkan. Kumpulan itu akan melabur dalam syarikat-syarikat yang mempunyai peluang terbaik untuk menyediakan tenaga karbon sifar yang andal kepada semua orang pada harga berpatutan. Gabungan Tenaga Ulung terdiri daripada lebih 25 pelabur dari 10 buah negara. Ia dilancarkan serentak dengan Inovasi Misi (Mission Innovation), satu usaha antarabangsa yang terdiri daripada lebih 15 kerajaan bagi menggandakan komitmen mereka terhadap penyelidikan dan pembangunan tenaga peringkat awal agar dapat menemui serta mencipta teknologi yang boleh dibangunkan oleh para pelabur ini menjadi suatu penyelesaian yang boleh diperluas dan boleh dipasarkan bagi tujuan gabungan tenaga global masa depan kita. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.breakthroughenergycoalition.com.