omniture

Rexel Memperkukuhkan Tawarannya Dalam Kepakaran Penyelesaian Pencahayaan Dengan Pengambilalihan Syarikat Luxlight

Rexel
2012-12-20 01:46 277

SHANGHAI, 19 Disember 2012 Rexel merupakan peneraju global dalam pembekalan dan penyelesaian dalam industri elektrikal, telah mengambilalih LuxLight selaku pengedar terulung dalam peralatan pencahayaan terkini yang berpusat di Singapura.

LuxLight telah memperkukuhkan Rexel untuk segmen hospitaliti, termasuk hotel-hotel mewah, dan bangunan-bangunan kediaman yang memberi keupayaan baru dalam spesifikasi produk pencahayaan terkini.

Sejak penubuhannya, LuxLight telah dikenali sebagai pakar dalam pencahayaan seni bina dan hiasan untuk memenuhi keperluan aspirasi arkitek, pereka, perunding pencahayaan serta pemilik dan pembina hotel, resort dan rumah mewah. LuxLight mempunyai pengalaman yang luas dalam memberi khidmat nasihat dan menguruskan spesifikasi produk pencahayaan untuk pelanggan-pelanggannya yang melebihi 15 buah negara di seluruh dunia.

Pengambilalihan terbaru ini dapat menyokong pelan syarikat Rexel yang dinamakan "Energy in Motion" untuk memacu penyatuan pasaran dengan memperluaskan tawaran perkhidmatan tambah nilai dan kehadirannya di pasaran terkini.

Sinergi antara kepakaran global Rexel dan kelayakan LuxLight yang pakar dalam peralatan pencahayaan terkini, telah mencipta daya persaingan yang tiada tandingan dalam penyelesaian pencahayaan yang menggabungkan kemudahan dan reka bentuk yang terkini.

Dengan Permintaan terhadap produk spesifikasi tinggi yang semakin meningkat, Rexel telah memberi komitmennya untuk menawarkan penyelesaian yang paling canggih pada hari ini, kepada pelanggan-pelanggannya.

Pengambilalihan yang berlangsung pada 30 November 2012, akan diikhtiraf menjelang akhir tahun 2013.

Setelah selesai pengambilanalihan, LuxLight akan berada di bawah arahan Mitchell Williams, timbalan Presiden Kanan Asia Pasifik. Sam Wee Boon Keng dan Prakash akan terus mengetuai pengurusan LuxLight.

Mitchell Williams, Naib Presiden Kanan Rexel Asia Pasifik berkata:

"LuxLight adalah sebuah syarikat yang bergiat aktif, dengan adanya pasukan profesional yang komited, dan sebagai pembekal yang pakar dalam penyelesaian pencahayaan terkini yang berinovatif daripada pengeluar terkemuka di Eropah dan di seluruh dunia, mereka telah berjaya membina perniagaan dan reputasi yang tiada tandingan di rantau Asia Pasifik,.

"Dengan adanya pengalaman yang luas, dan prestasi dalam segmen hospitaliti mewah yang tiada tandingan, menjadikan ini suatu pengambilalihan strategik yang penting bagi Rexel selaras dengan pelan syarikat iaitu "Energy in Motion".

NOTA KEPADA EDITOR

Energy in Motion

Pada bulan Mei 2012, Rexel telah melancarkan satu pelan syarikat yang dinamakan "Energy in Motion" , yang berdasarkan empat keutamaan strategik:

  • Pertumbuhan yang menguntungkan: mempercepatkan pertumbuhan yang menguntungkan secara organik dan melalui pengambilalihan syarikat,
  • Pengurusan sumber yang aktif: mengoptimumkan penggunaan aset dan peruntukan sumber untuk memperolehi pulangan yang semakin meningkat,
  • Budaya kerjasama: memupuk keupayaan dan sinergi di seluruh Kumpulan dan menggalakkan perkongsian nilai tambah dengan pembekal utama dan pelanggan,
  • Mencapai kecemerlangan operasi: meningkatkan produktiviti dan tahap perkhidmatan untuk memacu keberkesanan komersil dan prestasi rantaian bekalan.

"Energy in Motion" bertujuan untuk menjadikan Rexel satu jenama pilihan pelanggan, rakan keutamaan bagi pembekalnya, dan menjadi sebuah syarikat yang paling menarik bagi para pemegang sahamnya.

LuxLight

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2006, LuxLight adalah sebuah syarikat yang muda, giat dan bersemangat. Ianya mewakili jenama-jenama utama dalam industri pencahayaan dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang merangkumi lebih daripada 15 negara di seluruh dunia.
Untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah daripada arkitek, pereka, perunding pencahayaan, pereka seni taman dan pemilik, LuxLight menawarkan satu koleksi produk pencahayaan berkualiti tinggi yang komprehensif serta menawarkan perkhidmatan penyelesaian pencahayaan untuk setiap gaya dan bajet. Pencahayaan seni bina adalah salah satu daripada aktiviti teras LuxLight, tetapi syarikat ini juga mempunyai pengalaman yang luas dalam membekalkan alat pencahayaan hiasan terbaru, gentian optik, landskap serta pencahayaan di bawah air, Lampu LED dan Cahaya Linear.

Rexel Asia-Pacific

Rexel Asia-Pacific adalah anak syarikat Kumpulan Rexel di rantau Asia Pasifik. Rexel merupakan pemimpin global dalam sektor pengedaran barang-barang dan perkhidmatan elektrikal. Ia juga menawarkan pelbagai perkhidmatan penyelesaian pengurusan tenaga yang inovatif. Dengan lebih daripada 2790 pekerja beroperasi di lebih daripada 250 cawangan di seluruh rantau ini, Rexel Asia-Pasific membekalkan produk dan perkhidmatan kepada bidang perdagangan, industri dan rumah kediaman. Pada tahun 2011, operasi Rexel di rantau Asia Pasifik telah menyumbang €1.28bn kepada jualan Kumpulan. Melalui portfolio perniagaannya yang terletak di seluruh China, India, Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia dan New Zealand, Rexel menawarkan satu platform yang bersepadu dengan produk, penyelesaian dan perkhidmatan, yang merangkumi kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui (angin dan PV), naik taraf pencahayaan yang pakar, Penyelenggaraan, Pembaikan dan perkhidmatan Pengendalian (MRO) dalam industri dan bahagian-bahagian elektrikal untuk subpemasangan yang lebih besar, seperti panel elektrikal untuk pelanggan-pelanggan Pengilang Peralatan Asalnya (OEM).

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.rexel.com

Rexel merupakan pemimpin global dalam pengedaran barang-barang elektrikal. Ia membekalkan perkhidmatanya kepada tiga pasaran akhir utama: perindustrian, perdagangan dan kediaman. Kumpulan beroperasi di 37 buah negara, dengan 2,200 cawangan, dan menggaji 28,000 orang pekerja. Jualan Rexel pada tahun 2011 adalah €12.7 billion. Pemegang saham majoritinya terdiri daripada kumpulan pelabur yang diketuai oleh Clayton, Dubilier & Rice, Eurazeo dan BAML Capital Partners.

Rexel disenaraikan di pasaran Euronext Paris Eurolist (Bahagian A, ticker RXL, ISIN kod FR0010451203). Ia bersepadu di dalam indeks berikut: SBF 120, CAC Mid 100, CAC AllTrade, CAC AllShares, FTSE EuroMid, FTSE4Good, STOXX600, STOXX Europe Sustainability dan ESPI Eurozone.

PERHUBUNGAN AKHBAR

Karolina Adamkiewicz

Press Officer

Rexel Group

+33 1 42 85 76 39

kadamkiewicz@rexel.com

 

Josie Qiao

PR Agency (Text100)

+86 21 61155266-892

Josie.qiao@text100.com.cn

Source: Rexel
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services