omniture

Firma Kajian Bebas Memetik Videology sebagai Peneraju dalam kalangan Penyedia Platform Pengiklanan Video Sisi Permintaan

Videology
2015-12-02 06:18 142

"Videology cemerlang dalam menguasai penumpuan televisyen dan video dalam talian," menurut laporan.

NEW YORK, 2 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Videology – penyedia perisian terkemuka untuk pengiklanan TV dan video tertumpu – merupakan antara syarikat terpilih yang dijemput oleh Forrester untuk menyertai penilaian November 2015 mereka, "The Forrester Wave™: Platform Pengiklanan Video Sisi Permintaan, Q4 2015." Dalam penilaian ini, Videology dipetik sebagai Peneraju dalam bidang DSP Pengiklanan Video. "Peneraju" merupakan gelaran tertinggi yang diberikan oleh Forrester, diikuti dengan Pemberi Prestasi Hebat, Petanding dan Pencabar.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130108/NY37257LOGO

"Videology cemerlang dalam menguasai penumpuan televisyen dan video dalam talian," tulis Forrester dalam laporan itu. "Videology mewujudkan penyelesaiannya menerusi pandangan yang proses pembelian TV lama-kelamaan akan diautomasikan dan pemikiran di sebalik perancangan TV akan mendorong pembelian video dalam talian. Hasilnya, Videology mempunyai pengoptimum media paling canggih untuk menganalisis peruntukan yang sesuai bagi TV dan video dalam talian bagi mengoptimumkan jangkauan dan kos kempen, ciri yang menarik untuk perancang media yang mahir dalam disiplin TV tradisional."

Menurut laporan itu, "Kemampuan televisyen membezakan pasaran DSP pengiklanan video. Apabila pengguna yang menonton bahan televisyen dan video terus menerima kepelbagaian merentasi peranti, vendor yang boleh membantu pengiklan membawa golongan penonton yang mereka inginkan akan menjadi penerajunya." 

Menerusi analisis Forrester, Videology menerima markah setinggi yang mungkin bagi kemampuan Lanjutan Kempen Televisyen. Kriteria tambahan yang dinilai termasuk Kemampuan Perancangan, Kemampuan Urus Niaga, Pelaksanaan Kempen, dan Pengukuran, antara lainnya.

"Lapan tahun lalu, kami mula membina perisian yang membantu pengiklan dan syarikat-syarikat media memandu arah dalam dunia TV dan video yang semakin digital dan semakin menumpu," kata Scott Ferber, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Videology. "Kami berada sedikit ke hadapan dalam pasaran dari segi pemikiran pengutamaan TV kami, tapi sehingga ke hari ini, tidak ada pihak lain yang mengambil pendekatan unik kami ke arah pengiklanan tertumpu. Bagi pihak Videology, kami berterima kasih kepada Forrester untuk penilaian ini, dan kami percaya mereka telah mengesahkan teknologi dan strategi kami dalam masa penentu menerusi evolusi televisyen ini."

Gelaran yang diberi oleh Forrester ini, sebagai Peneraju dalam kalangan DSP Pengiklanan Video diperoleh sejurus selepas kemenangan yang diraih oleh Videology baru-baru ini. Awal bulan ini, Cynopsis Media menganugerahkan Videology sebagai Platform Pengiklanan Video Terbaik tahun 2015, penyiar U.K. Sky Media mengumumkan yang ia telah memilih Videology untuk menggerakkan fasa pertama bagi penyelesaian pengiklanan video tertumpu mereka, dan Nielsen menyatakan yang platform Videology mendorong peningkatan jenama sebanyak 6 kali ganda berbanding kebiasaan industri dalam satu analisis bebas.

Latar Belakang Videology
Videology (videologygroup.com) merupakan penyedia perisian terkemuka untuk pengiklanan TV dan video tertumpu. Dengan meringkaskan data besar, kami mendorong pemasar dan syarikat-syarikat media untuk membuat keputusan pengiklanan lebih pintar bagi memanfaatkan sepenuhnya nilai penonton mereka merentasi skrin. Teknologi kami membolehkan pelanggan kami mengurus, menilai dan mengoptimumkan video digital dan pengiklanan TV untuk mencapai keputusan terbaik dalam landskap media tertumpu.

Videology, Inc., merupakan syarikat pegangan swasta, disokong modal usaha niaga dan antara pelaburnya termasuk Catalyst Investors, Comcast Ventures, NEA, Pinnacle Ventures, dan Valhalla Partners. Videology beribu pejabat di New York, NY, dengan cawangan utama di Baltimore, Austin, Toronto, London, Paris, Madrid, Singapura, Sydney, Tokyo dan pasukan jualan di seluruh Amerika Utara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Michele Skettino melalui Michele@videologygroup.com atau +1-917-653-0073.

Source: Videology
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Television Awards