Jenama itu bersedia untuk berkembang di peringkat antarabangsa; meluaskan sumber global
BOSTON, 2 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- '47, satu jenama gaya hidup sukan utama milik persendirian, memeterai perjanjian pelesenan dengan Major League Baseball International (MLBI), yang berkuat kuasa serta merta. Perkongsian itu memberikan '47 hak untuk mengedar dan menjual topi, pakaian, dan aksesori berjenama di Eropah, Timur Tengah, Afrika Selatan dan juga Asia. '47 telah menjadi rakan Major League Baseball (MLB) sejak beberapa dekad yang lalu dan perjanjian ini meluaskan lagi hak pelesenan antarabangsa yang membolehkan mereka meningkatkan pendedahan kepada jenama itu.
"Major League Baseball, terus berkembang menjadi peneraju sukan antarabangsa dan kami berharap dapat menyumbang kepada perkembangan itu dengan menyediakan pakaian sukan, topi, dan aksesori yang terbaik dalam kategorinya kepada peminat menerusi pasaran global," kata pemilik bersama '47, Steven D'Angelo. "Perjanjian ini akan mengukuhkan hubungan kami bersama MLB – rakan lama yang dipercayai."
"Kisah penubuhan '47 dan daya keusahawanan D'Angelo bersaudara adalah satu bukti yang memberi inspirasi bahawa besbal mampu menyatupadukan orang ramai di seluruh dunia," kata Chris Park, Naib Presiden Kanan untuk Pertumbuhan, Strategi & Antarabangsa, Major League Baseball. Sebagai rakan lama yang dipercayai dalam MLB, '47 sangat sesuai untuk menggalas dan menggerakkan misi MLB untuk berkhidmat kepada komuniti antarabangsa yang pelbagai."
Bagi menyokong usaha perluasan antarabangsa ini, '47 menambah pelbagai sumber ke dalam pasukan globalnya. Individu penting akan dimasukkan ke dalam pasukan kepimpinan di Ibu Pejabat Eropah '47 yang terletak di London, U.K. Jenama itu juga sedang pesat meluaskan pengedaran mereka di Timur Tengah, Afrika Selatan, dan Asia. Selain itu, baru-baru ini '47 juga membuka pejabat dan bilik pameran di Korea dan Jepun.
'47 menghasilkan pakaian dan topi gaya hidup sukan yang utama, diperbuat hanya daripada fabrik yang berkualiti tinggi yang diperoleh dari seluruh dunia. Sebagai pengasas kepada gaya topi yang mengendur dan melengkung, jenama '47 sudah berasimilasi dalam warisan besbal itu sendiri. Moto jenama 'LET YOUR YOU OUT' dilihat pada pelbagai tawaran produk mereka yang menggalakkan pengguna menzahirkan keperibadian mereka. Perjanjian tersebut membolehkan '47 menyebarkan mesej itu dengan lebih jauh ke dalam wilayah baharu di seluruh dunia bersama produk MLB.
Latar Belakang '47
'47 adalah jenama gaya hidup sukan swasta yang ditubuhkan di Boston, MA, oleh saudara kembar, Arthur dan Henry D'Angelo pada tahun 1947. Saudara kembar D'Angelo adalah perintis keusahawanan yang pantas melihat masa depan pelesenan sukan dengan menjual panji dan cenderahati sukan yang lain di kawasan jalanan sekitar Fenway Park. Melalui kerja keras, kata hati, dan minat yang mendalam, saudara kembar tersebut berjaya mengembangkan perniagaan mereka daripada sebuah troli jalanan kepada jenama gaya hidup sukan utama yang menggabungkan sukan dan gaya dengan cara yang unik. Sebelum ini dikenali sebagai Twins Enterprises, '47 kini diuruskan oleh empat orang anak lelaki Arthur, Bobby, David, Mark, dan Steven. '47 adalah rakan kongsi kepada Major League Baseball, National Football League, National Hockey League, National Basketball Association, dan lebih 900 program sukan kolej. '47 memiliki lebih 250 rakan korporat dan niaga di seluruh dunia dan beribu pejabat di Boston serta Westwood, MA. Untuk lebih maklumat, sila lawati www.47brand.com.
Latar Belakang Major League Baseball
Major League Baseball (MLB) adalah liga sukan professional tertua di Amerika Syarikat yang terdiri daripada 30 kelab ahli dari A.S. dan Kanada yang meduduki tahap tertinggi dalam arena besbol profesional. MLB adalah sukan yang paling banyak ditonton di Amerika Utara dan sedekad yang lalu mencatat jumlah penonton teramai selama 10 musim dalam sejarah MLB dengan setiap musim mampu mencapai 73 juta penonton. MLB yang kini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Robert D. Manfred, Jr., MLB kini memiliki rekod yang baik dalam kesejahteraan buruh, keseimbangan persaingan, pendapatan industri, serta memiliki program ujian dadah yang paling menyeluruh dalam sukan profesional Amerika. MLB kekal komited untuk memberi kesan kepada komuniti A.S., Kanada, dan seluruh dunia melalui peranan sukan yang lebih besar dalam masyarakat sambil melibatkan aspek-aspek lain dalam besbal seperti perniagaan, pemasaran, dan perhubungan komuniti. MLB mendapat sokongan dalam menjalankan misinya apabila mendapat perhatian di Beijing, London, New York, Santo Domingo, Sydney dan Tokyo. Dengan perlawanan yang disiarkan di lebih 200 buah negara dalam 20 bahasa, selain rakan dan pelesenan pemasaran yang utuh di seluruh dunia, MLB telah menjadi satu permainan yang benar-benar bersifat global. Untuk maklumat lanjut tentang Major League Baseball, lawati www.mlb.com.
Hubungi
Katie Kulczyk, TURNER
+1 (212) 889.1700 / Katherine.Kulczyk@turnerpr.com